Rasa anak marah dan geram semua ada bila tengok rumah bersepah. Baru saja lima minit kemas ruang tamu, tup-tup ada lagi barang mainan yang anak selerakkan.
Inilah rutin hari-hari mak-mak yang ada anak kecil. Memang jarang nak nampak rumah kemas dan tersusun. Kalau ada pun berapa lama sangat. Nanti, akan muncullah patung maianna, dinasour, kertas, robot dan sebagainya.
Mak-mak tak perlu nak marah atau nak OCD sangat, fasa umur anak begini memang mereka akan buat rumah bersepah. Biarlah mereka nak berkreatif dan eksplorasi. Nanti kalau dah bear, tak adalah lagi keadaan rumah macam ini.
Inilah keadaan rumah saya waktu anak masih kecil lagi.
Bila siang, lantai akan penuh dengan macam-macam benda.
Kertas, kotak, plastesin, malah lopak air pun ada.
Beras dan sayur dari peti ais pun kadang-kadang tersesat dalam longgokan mainan.
Bukan kami ni sejenis tak runsing bila tengok sepah begini. Macam mana mak-mak rasa menggigil lutut tahan geram tengok rumah yang dikemas bersepah, begitu juga kami.
Tapi, bila sedar kebaikan yang anak dapat dengan bermain sampai bersepah gini, kami belajar untuk tarif nafas, bertenang dan redha.
Fikir macam ni je. Rumah yang bersepah disebabkan anak yang sedang berkreatif di dalamnya, mungkin adalah madrasah buat seorang bakal saintis/ pereka/ pencipta/ pioneer di masa hadapan.
Ads
Kena bayangkan hebatnya otak anak bekerja sewaktu mereka menyepah.
Cuma, kenalah buat rules sebelum mula bermain. Lepas main, kemas balik!
Kalau tak, tunggulah bebelan dari encik suami yang pengemas tahap Konmari tu bila dia balik.
Otak Sedang Berfungsi
Neil deGrasse Tyson, seorang ahli astrofizik berkata,
“Jangan tanya saya, macam mana nak anak minat Sains. Anak-anak sememangnya dilahirkan dengan sifat seorang saintis.
Mereka exploratif. Suka cuba buat itu-ini. Keluarkan telur, pecahkan. Ambil periuk dan ketuk. Petik bunga di pokok. Buka kereta mainan part by part sampai tak rupa kereta.
Semua itu asas untuk seseorang memahami dunia sains. Memahami cara kehidupan sekelilingnya berfungsi. Dan bibit bermulanya sifat seorang saintis.
Tapi kita mak ayah yang sebenarnya mematikan sifat tu. Tiap kali anak nak mencuba je, kita melarang. Tiap kali anak buat silap, kita menghukum.”
Ads
Sentap!
Tapi lebih sentap dengan kenyataan seorang penyelidik Korea ni.
Ada satu kajian dijalankan oleh penyelidik bernama Kyung Hee Kim. Katanya, tahap kreativiti kanak-kanak zaman sekarang menurun sebanyak 85% berbanding dengan kanak-kanak sama usia pada tahun 80-an.
Antara punca kanak-kanak makin hilang sifat kreatif adalah, kurangnya peluang untuk berekplorasi.
Ini bermakna, anak-anak makin kurang bermain. Kalau bermain pun, dah tak meluas macam kanak-kanak dulu bermain.
Puncanya adalah : 1. Kewujudan skrin seperti TV dan gajet. 2. Kurang outdoor (disebabkan rumah bertanah makin kurang & risiko merbahaya yang makin meningkat) 3. Penglibatan ibu bapa dengan anak berkurang atas faktor kerjaya. 4. Kurang free time sebab trend kelas tambahan.
Punca paling utama juga adalah KESEDARAN. Kurangnya kesedaran ibu ayah bahawa pentingnya kanak-kanak ni bereksplorasi, buat silap, buat messy dan mencuba itu dan ini.
Fikirkan ini.
Biarkan anak melalui fasa mereka. Fasa ini tak lama. Rumah akan sepah sikit. Tapi jiwa mereka akan hidup sebagai kanak-kanak yang berani bereksplorasi.
Ads
Bijak dalam menyelesaikan masalah.
Punya daya fikir yang tinggi dan kritis.
Tak kekok memanipulasi apa jua peralatan.
Boleh bertoleransi terhadap stres, terutamanya bila buat sesuatu yang tak menjadi.
Mampu memahami bahawa untuk terjadinya sesuatu, ada proses yang perlu dilalui.
Paling penting, mereka mampu beradaptasi hidup dalam dunia yang makin mencabar ni.
Semakin besar ruang yang kita buka untuk anak meneroka,
Semakin rendah ekspektasi yang kita letak pada mereka,
Semakin kita faham proses yang perlu dilalui mereka,
Semakin tinggi juga potensi anak-anak untuk jadi saintis, pencipta, pereka, saintis atau pioneer yang menyemarakkan dunia.
Mingguan Wanita : Tak kisahlah dia sepahkan mainan apa-apa, asalkan lepas sepahkan kenalah simpan. Kena juga ajar disiplin ini.
Suami bersara awal, isteri pula terbeban, umur baru 40-an tapi dah malas kerja. Situasi ini mungkin tidak asing lagi, suami yang masih cergas, belum pun mencecah usia emas, namun memilih untuk bersara awal.
Suami Bersara Awal, Isteri Pula Terbeban, Umur Baru 40-an Tapi Dah Malas Kerja
Sementara itu, isteri pula bersengkang mata membanting tulang mencari rezeki. Fenomena ini bukan terpencil, malah semakin ramai wanita kini terpaksa memikul tanggungjawab sebagai tulang belakang keluarga — tanpa sebarang pengiktirafan.
Realitinya, ini bukan skrip drama waktu petang, tetapi kisah benar yang berlaku dalam banyak rumah. Si isteri keluar bekerja, penat lelah mencari nafkah, tetapi si suami? Lebih selesa duduk di rumah menunggu gaji isteri masuk ke akaun. Akaun sendiri? Kosong tanpa isi.
Tidak kira bekerja dalam sektor awam atau swasta, wanita ini tetap perlu memenuhi keperluan kewangan keluarga. Pulang ke rumah pun kerja belum tamat — memasak, mengemas, melipat baju, menjaga anak-anak. Kadang tertidur pun masih berpakaian kerja. Keletihan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
Suami pula beralasan “pencen awal”, walhal usia baru awal 40-an, badan masih kuat. Tapi semangat bekerja seperti sudah habis dikerah. Bersara bukan untuk menceburi bidang lain atau jana pendapatan secara alternatif, tapi lebih kepada bersara sepenuhnya. Tidak bekerja, tidak berusaha, tetapi aktif di media sosial mencari motivasi — ironinya, motivasi itu tidak langsung membuahkan tindakan.
Kini sudah 2025. Peluang kerja tidak terhad seperti dulu. Banyak pilihan yang fleksibel — boleh jadi pemandu e-hailing, penghantar makanan, berniaga dalam talian, jadi ejen hartanah, freelancer, malah cipta kandungan di media sosial. Tak perlu kerja 9 ke 5 pun. Tapi ramai yang memilih untuk tidak mencuba langsung. Bila ditanya, jawapan biasa: “Susah kerja dengan orang.” Tapi nampaknya, nak kerja dengan diri sendiri pun tak menjadi.
Isteri pula, kerja lebih masa tanpa henti — bukan untuk melancong atau berbelanja mewah. Tetapi demi menampung keperluan rumah tangga yang makin mendesak. Suami? Wujud secara fizikal, tapi dari segi sumbangan, seolah-olah ghaib.
Bila isteri mula bersuara, mula penat, mula marah — si suami pula kehairanan. “Kenapa marah-marah sangat?” Mungkin dia lupa yang dia berkahwin dengan manusia, bukan peralatan rumah serbaguna.
Ramai isteri yang memilih untuk berdiam. Bukan kerana lemah, tetapi kerana masih mahu menjaga keharmonian keluarga, demi anak-anak, demi maruah suami walaupun suami sendiri tidak menjaga tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.
Kalau suami yang duduk di rumah masih memainkan peranan — urus rumah, jaga anak, masak — itu masih boleh diterima. Itu juga satu bentuk sumbangan. Tapi jika tidak bekerja, tidak bantu, hanya tahu mengarah dan bersyarah, sedangkan tindakan kosong — itu bukan tanggungjawab, itu membebankan.
Jadi, siapa sebenarnya ketua dalam keluarga?
Dalam Islam, suami wajib memberi nafkah, bukan sekadar makanan, tapi juga tempat tinggal, pendidikan, kesejahteraan emosi isteri dan anak-anak. Jika semua itu sudah ditanggung oleh isteri, peranan suami di mana? Masih layakkah memegang gelaran ketua keluarga?
Jika cinta hanya ditanggung sebelah pihak, itu bukan rumah tangga — itu rumah tumpangan. Dan yang menumpang biasanya diam. Tapi peliknya, dalam situasi ini, si penumpang pula yang paling banyak bersuara.
Ada benarnya apa yang dikongsikan pengasas Jamu Ratu Malaya, Bonda Rozita Ibrahimyang juga ibu kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri. Tentang didikan orang dulu yang membentuk keperibadian anak lebih kental dan tahan dugaan.
Anak sekarang, terlalu terdedah dengan gajet dan media sosial. Yang mana, kesannya membuatkan jiwa mudah rapuh malah tidak tahan dengan dugaan. Biarpun hidup di kelilingi dengan kesenangan, namun masih mendengar rungutan ketidak puasan hati.
Ini yang dikongsikan di dalam instagramnya tak lama dulu. Tulisnya,
Gambar ni rumah Kri. Saya tak mewah macam dia. Sekadar renungan.. tabik sangat generasi di zaman 60-an. Kami anak generasi survival yang multi task. Walau tak sekolah tinggi.. campak mana pun hidup.
Saya selalu fikir. Anak-anak zaman dulu didera mentalnya (pasca merdeka). Macam mana boleh tahan yer?
Saya tak keluar rumah. Tak ada hiburan. TV, radio pun tak ada.. hanya dengan tanaman dan binatang hiburan hati. Fesyen-fesyen memang tak ada.
Saya mahir masak dan sifat wanita urus rumah tangga melayan mak ayah sejak umur 12 tahun.
Tak ada pulak kena depresion atau sakit mental. Sedangkan anak zaman sekarang jauh lebih bertuah yang penuh dengan aktiviti di sekolah dan hiburan. Tapi masih merungut tertekan dengan keluarga. Bunuh diri, lari rumah, bercinta muda-muda. ‘Saya rasa aneh’.
Kemahiran urus rumah, pertanian atau alam memang langsung tak tahu. Yang mahir hanyalah media sosial dan artis Korea, melancong dan lain-lain.
Ketahanan mental lemah gara-gara tak latih ke dunia realiti. Sebab khayal, lemah.. gara-gara gajet. ‘Angan banyak isi tak ada’.
Betul kata nabi kita akhir zaman ‘ibu bapa akan takut dengan anak-anaknya.’
MW :Banyak benarnya apa yang dititipkan Bonda Rozita Ibrahim itu, ada didikan orang lama yang masih boleh diguna pakai dan boleh dijadikan panduan untuk melahirkan anak yang kental jiwa raga.
Membuat keputusan dalam rumah tangga terletak pada perbincangan suami, isteri bukan orang luar biarpun mereka adalah mak ayah atau ahli keluarga terdekat.
Mereka hanya berperanan sebagai penasihat bukanlah pembuat kuputusan dalam menyelesaikan masalah yang dialami oleh suami dan isteri. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik ya:
Membuat Keputusan Dalam Rumah Tangga
Saat orang tua dan adik beradik mencampuri urusan rumah tangga kita, maka ketahuilah bahawa kita sebenarnya lemah dalam mengemudi rumah tangga kita sendiri…
Hak mutlak untuk urusan rumah tangga kita terletak pada perbincangan dan persetujuan bersama kita dengan isteri…
Keputusan yang datang selain daripada perbincangan dua pihak ini, malah keputusan yang dibuat diluar pengetahuan dua pihak ni, maka keputusan itu bukanlah keputusan yang baik untuk rumah tangga tersebut…
Orang tua dan adik beradik hanya ada hak untuk menasihati apabila berlaku pergaduhan, perselisihan, salah faham antara suami isteri. Hak mereka hanyalah untuk menjernihkan keadaan, membaiki hubungan, menyelesaikan permasalahan…
Selain daripada perkara ini, jika tiada apa-apa masalah antara suami dan isteri, maka tidak ada keperluan untuk orang tua serta adik beradik lain untuk masuk campur, membuat keputusan serta memberi arahan kepada pasangan dan hubungan ini…
Jika perkara ini berlaku, suami membiarkan orang tuanya dan adik beradiknya “menguruskan” rumah tangganya, maka dia adalah seorang pemimpin yang lemah dalam menjadi nakhoda untuk mengemudi bahtera rumah tangga itu…
BUKAN Orang Luar
Hala tuju rumah tangga suami isteri ditentukan oleh diri suami sendiri dengan meminta bantuan nasihat isteri, pandangan isteri…
Selain itu, hala tuju rumah tangga ini tidak ditentukan oleh orang tua suami ataupun adik beradik suami kerana pihak yang tahu akan apa yang terbaik untuk hubungan itu hanyalah suami dan juga isteri…
Andai ada pihak lain lebih tahu akan apa yang terbaik untuk mereka berdua, maka pihak ini adalah pihak yang sibuk dengan rumah tangga orang…
P/S : Jika tak yakin anak anda, abang anda, adik anda boleh menguruskan rumah tangga dan keluarganya, maka belalah dia sehingga tua.
Mingguan Wanita : Tak salah mendapatkan pandangan mereka yang lebih berpengalaman namun jangan sampai mereka mencampuri urusan atau hal rumah tangga mak, ayah.
Salah seorang daripada tiga bayi kembar perempuan dilahirkan pramatang di Hospital Melaka berada dalam keadaan membimbangkan. Ketahui perkembangan terkini bayi kembar tiga pramatang kepada pasangan Mohd Fikry Amri dan Sabrina Hakiem.