Hidup berumahtangga sebenarnya tidak seindah dalam drama. Realitinya dalam rumahtangga memerlukan suami dan isteri memahami antara satu sama lain. Tidak salah suami bersikap tegas dengan isteri, namun sebenarnya bertegas dengan isteri perlu ikut keadaan.

Jangan terlalu mengikut emosi hingga langsung tidak memahami keadaan isteri. Jangan jadikan kesilapan isteri yang kecil membuatkan suami bermasam muka seterusnya timbul sengketa.

Fahami perkongsian Firdaus Shakirin ini kerana kadang-kadang kurang sempurnanya sesebuah rumahtangga disebabkan oleh kekangan yang tidak kita cuba fahami :

Bertegas dengan isteri perlu ikut keadaan dan situasi…

Isteri tak sambut depan pintu, terus kata isteri sudah abaikan kita… Isteri tak mesej atau tak call, terus anggap isteri sudah tak nak ambil tahu tentang kita… Isteri tak sempat masak atau kemas rumah, terus kata isteri duduk saja di rumah, tidak buat apa-apa…

Hal-hal yang tak sepatutnya dijadikan isu, jangan diperbesarkan sehingga terjadinya pergaduhan…

IKLAN

Realiti Berumahtangga

Realiti kehidupan berumahtangga ini tak sama macam yang kita tengok dalam drama… Balik kerja saja, isteri terus datang buka pintu kereta, angkat beg, tolong buang kasut, tanggalkan stokin…

Terus saja ke meja makan, angkat tudung, sudah ada spaghetti carbonara, roti john cheese leleh, corndog bagai… Rumah kemas, teratur, satu barang pun tak bersepah dan terletak di tempatnya…

Nampak macam kehidupan rumahtangga yang sempurna…

Well, nama pun drama kan…realitinya, ada suami yang bagi salam 5 kali pun belum tentu isteri datang buka pintu… Ada suami yang masuk rumah terus terpijak mainan, tersepak mainan, tersadung barang… Ada suami yang angkat tudung saji, nampak muka sendiri…

Normal Bagi Yang Memahami

Bagi yang suami yang memahami, ianya normal…

IKLAN

Isteri lambat buka pintu mungkin sebab tengah tidurkan atau susukan anak… Rumah bersepah mungkin bukan sebab isteri tak kemas, tapi anak-anak yang sepahkan kembali selepas isteri sudah pun kemas…

Tidak ada makanan bawah tudung mungkin sebab isteri tak sihat, atau anak merab (menempel) pada isteri sehingga isteri tak boleh hendak buat apa-apa…

Kalau kita bersangka baik dengan pasangan, aman dan tenteram hubungan…

Bertegas Perlu Ikut Keadaan

Bertegas dengan isteri perlu ikut keadaan dan situasi… Kalau terang-terangan kita bagi salam, selepas itu nampak dia tengah main PUBG, buat tak endah dekat suami yang sudah smpai depan pintu rumah, maka bolehlah marah…

IKLAN

Kalau terang-terangan rumah bersepah disebabkan dia asyik buat thread di twitter atau live di facebook, maka bolehlah kita marah… Kalau tak masak, tidak ada apa-apa di bawah tudung saji sebab dia sibuk upload gambar dalam Instagram, maka bolehlah kita marah…

Dia sudah terlupa keutamaan dia… Dia sudah terleka dengan perkara-perkara yang bukan kewajipannya…

Kalau setakat isteri sibuk di dapur, sibuk dengan anak-anak, dia balik kerja lambat, dia tak sihat, dia tak larat, anak buat perangai, maka keadaan dan situasi ini memerlukan kita untuk tidak bertegas dengan isteri dalam tuntutan kita sebagai suami untuk dipenuhi kemahuan dan keinginan kita…

Bertegaslah ikut kesesuaian, bukan perasaan…

Sumber: Firdaus Shakirin

MW: Sebagai pasangan suami, isteri seharusnya kita memahami antara satu lain dan terimalah pasangan seadanya. Jika sikapnya melampaui batas barulah bertegas, sebelum itu fahami dahulu situasi bukannya bertindak melulu. 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI