
Bersekedudukan Dengan Wanita 69 Tahun, Atuk 81 Tahun Di Lubok China Jadi Tumpuan
Seorang lelaki berusia 81 tahun ditahan bersama seorang wanita berusia 69 tahun selepas disyaki bersekedudukan di Lubok China, Melaka, malam Isnin lalu.
Serbuan tersebut dijalankan sekitar jam 10 malam oleh sekumpulan penduduk kampung bersama imam, ketua kampung dan anggota polis sebelum perkara itu dimaklumkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk tindakan lanjut.

Gagal Tunjuk Dokumen Nikah Sah
Hasil pemeriksaan mendapati kedua-duanya gagal menunjukkan sebarang dokumen pernikahan yang sah, menyebabkan mereka dibawa ke pejabat agama bagi siasatan lanjut.
Insiden bersekedudukan dengan wanita 69 tahun itu menjadi perhatian ramai selepas gambar serbuan berkenaan tersebar di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.

Pasangan Warga Emas Jadi Perhatian Warga Maya
Menurut seorang sumber kariah masjid, lelaki terbabit yang baharu kehilangan isterinya sebulan lalu merupakan seorang peniaga dan kerap dilihat berdua dengan wanita berkenaan di sekitar kawasan kampung.

“Penduduk sebelum ini sudah menegur tindakan pasangan warga emas terbabit yang sering dilihat keluar berdua.
“Tetapi mereka bukanlah tinggal bersama di rumah itu, cuma ketika serbuan dibuat, hanya mereka berdua yang berada di dalam rumah,” katanya.

Disiasat Di Bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah
Pasangan berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan tanpa nikah.

Kejadian bersekedudukan di Lubok China itu turut menjadi perbualan hangat di media sosial, dengan ramai pengguna memberi pelbagai pandangan terhadap tindakan pasangan warga emas tersebut.
Setakat ini, pihak Jabatan Agama Islam Melaka belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung siasatan lanjut kes bersekedudukan dengan wanita 69 tahun itu.
Sumber: Melaka Daily dan Sinar Harian
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!



 






