Hadapilah nikmat Allah dengan hati yang rasa takut-takut kalau itu ialah istidraj. Kerana hidup ini terlalu singkat.
Baik suami, isteri, anak-anak, pangkat mahupun harta benda, itu hanyalah alat atau asbab untuk seseorang menuai hasil di akhirat.
Hadamkan pesanan Bonda Nor selanjutnya. Agar dapat menjalani ujianNya di muka bumi ini dengan rasa taqwa.
Dapat Nikmat Allah, Kawal Hati Kita
Melihat gambar kereta mewah yang meragut nyawa sahabat saya petang semalam, hati jadi sebak.
Teringat kemalangan yang menimpa anak saya dengan motor baharunya sampai patah tangan, patah kaki segala.
Memanglah bukan salah motor, bukan salah kereta, tapi yang kita risaukan hati kita.
“Dapat nikmat Allah, kawal hati kita. Jangan layan sangat teruja. Kita tak tahu, entah-entah itu yang mungkin jadi asbab musibah seterusnya.”
Ads
Itulah yang selalu saya pesan pada anak-anak, juga yang saya titipkan dalam buku saya.
Ya, ada kawan saya seronok dapat isteri cantik dan berpendidikan tinggi. Akhirnya, isteri itulah yang sering buat ibu kandungnya menangis dan merajuk hati sampai tak mahu tinggal serumah dengannya lagi.
Latih Hati Agar Berpada-pada
Ada yang seronok dapat beli rumah mewah, rupa-rupanya rumah itulah yang jadi asbab keluarganya berpecah belah.
Dulu masa rumah kecil, elok rapat dan pandai berpakat. Bila rumah dah besar sangat, masing-masing bawa hal sendiri, dah pandai besar kepala dan meninggi diri.
Ads
Ada yang bahagia anak-anak pandai, masuk U belaka, hafaz Quran belaka, rupa-rupanya itu yang jadi asbab dia mula sombong dan berbangga-bangga. Akhirnya, Allah murka. Allah benci.
Allahu Rabbi. Tak mudah nak kawal hati. Tapi tetap juga kena selalu latih hati kita supaya sentiasa berpada-pada.
Kena Ada Rasa Takut-takut Kalau Itu Ialah istidraj
Berdepan musibah, tenang-tenang saja kerana yakin ada hikmahnya.
Menadah nikmat, kena ada rasa takut-takut kalau itu ialah istidraj.
Sandarkan selalu hati kita pada Allah, mudah-mudahan kita tak mudah rebah.
Hidup ini terlalu singkat, teman-teman.
Jangan dikejarkan sangat!
Ads
Hakikatnya, hidup ini hanyalah seputar kisah kita dengan Allah.
Suami, isteri, anak-anak, pangkat atau harta benda, hanya alat atau asbab untuk kita menuai hasil di akhirat.
Kita yang mana?
Yang miskin masuk syurga, atau yang miskin masuk neraka?
Yang cantik masuk syurga, atau yang cantik masuk neraka?
Yang guna pangkat untuk masuk syurga, atau yang guna pangkat masuk neraka?
Ya, di akhirat nanti hanya ada dua tempat saja.
Syurga atau neraka.
Bergantung pada kemampuan kita mengendalikan apa yang Allah beri pada kita.
Beringat selalu ya.
Waspada selalu terhadap segala peringatan Allah dan Rasulullah.
Itulah taqwa.
Mempunyai Saka keluarga yang diwarisi daripada daripada generasi terdahulu memang cukup mengganggu kehidupan. Meskipun mungkin ada yang tidak mempercayai kewujudan ‘pembantu & pendamping’ sebagai pengantara untuk pelbagai urusan, namun hakikatnya Saka adalah benar dan wujud. Amat sukar untuk melepaskan ‘saka keluarga’ ini, namun ia tidak mustahil. Beruslah untuk ‘membuangnya’ apatah lagi ia merupakan perbuatan syirik yang bertentangan dengan akidah dan kepercayaan dalam agama.
Ustaz pesan, jika berubat dengan ‘pengamal perubatan’ jauhi mereka yang guna kain hitam, kain kuning, asap, ayam, telur, darah, keris, jarum, paku, pulut kuning, gelang, cincin dan lain-lain. Itu semua guna PERANTARA. Lagi-lagi jika mereka claim, mereka itu ‘pengamal perubatan Islam’.
Jangan tertipu dengan alunan bacaan al-Quran yang dipasang. Atau dengan ‘zikir’ yang seolah-olah seperti ayat al-Quran. Dengar betul-betul setiap butir perkataan. Kadang kala ia adalah ayat pemujaan yang dibuka dengan perkataan bismillah.
Dalam perubatan Islam sebenar, antara yang biasa digunakan ialah air, limau, lada hitam dan garam. Tiada barang yang pelik-pelik.Ini adalah pengalaman keluarga sendiri, setelah berjumpa dengan berpuluh-puluh ‘pengamal perubatan Islam’ dalam usaha membuang saka keluarga.
Tuan puan,Saka keluarga adalah benar.Dan ia AMAT MENGGANGGU kehidupan anak cucu. Hanya yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu.
Jangan berbangga dengan keturunan harimau-harimau, keturunan buaya putih, kain keturunan berwarna pelangi, perlu diasap setiap malam Jumaat, ada penjaga, ada pendamping, kuasa mengubat dari keturunan dan sebagainya.
Ya, saya bercakap atas KAPASITI PENGALAMAN SENDIRI. 12 tahun lepas, saya sendiri telah dinasihatkan oleh doktor perubatan untuk bertemu ustaz sebagai alternatif kerana medical itself tak boleh explain.
Selagi mana kita ada rasa bangga memiliki, percaya kekuasaan & tidak mahu melepaskannya, maka ia amat payah untuk dilepaskan. Dan wallahi, ia amat SUKAR dan perlukan kekuatan yang hanya Allah sahaja mampu beri. Mintalah padaNya. Menangis kalau diingat semula, perjalanan panjang ini.
Perlu kita insafi, kita ini hanya hamba yang lemah.Tiada perantara hanya Allah.Kita ini 100% dalam jagaan Allah, bukan makhluk.
Satu yang saya perasan, mereka yang punya pendamping ini, selalu rasa tindakan mereka betul. Walaupun amat salah.Peribadi yang angkuh, keras kepala, digeruni, ditakuti, selalu mahu jadi dominan.Bersemangat tak tentu hala.
Untuk wanita, ada gangguan yang lebih spesifik. Tetapi, saya tak mampu nak tulis, sebab ia tak kelihatan convincing bila ditulis tanpa bukti profesional, kan?
Apapun, moyang kita mungkin telah tersilap langkah, mengambil jalan mudah untuk mengharungi kehidupan yang payah.Juga tiada ilmu di dada. Mereka dahulu, mengambil jalan pintas. Menggunakan ‘pembantu & pendamping’ untuk membuka tanah, mengharungi pelayaran yang panjang, meredah hutan.
Kerana waktu itu, pada firasat mereka, tidak mampu menjalaninya dengan kudrat seorang manusia yang kerdil. Lalu mereka membuat perjanjian dengan makhluk/jin.
Kita sebagai generasi baru, yang berilmu dan telah dididik dengan ilmu agama dan akidah yang jitu, wajib berusaha untuk menghentikan dan melepaskan semua talian-talian makhluk ini dan jangan bergantung dengannya!
Sandaran kita hanya Allah semata-mata. Moga Allah ihsan dan mengampunkan kita semua.Jika kita pernah tersilap langkah kerana tiada ilmu, segeralah solat taubat dan meminta keampunanNya.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan pedoman. Sekiranya mewarisi ‘saka’ daripa nenek moyang terdahulu, segeralah dapatkan rawatan perubatan Islam yang dipercayai. Sandaran kita hanya pada Allah semata-mata bukan pengantara makhluk lain.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Tular sebelum ini mengenai komen yang bertanya adakah hutang si mati boleh di faraid kan? Peguam Syarie, Muhammad Amirul Akmal Ismail terpanggil untuk menjawab persoalan ini.
“Pertama sekali perlu kita fahami bahawa harta yang ingin di faraidkan merupakan bahagian bersih harta si mati setelah di tolak perkara berikut.
“Berdasarkan Kitab Matla’ al-Badrain telah dinyatakan bahawa jika sesuatu harta yang ingin di faraidkan perlu lah diasingkan perkara-perkara berikut terdahulu dan menyelesaikannya iaitu:
– Hendaklah ahli waris mendahulukan daripada harta peninggalan si mati belanja kematian dan pengebumiannya.
-Melangsaikan hutang si mati sama ada hutang dengan Allah dan hutang dengan manusia. (Jika bergantung pada ain harta peninggalan itu hak seperti zakat, gadaian dan sebagainya hendaklah didahulukan daripada belanja kematian dan pengebumian)
-Melaksanakan segala wasiat daripada 1/3 baki si mati berdasarkan ketetapan syarak.
“Untuk tambahan sekiranya si mati mempunyai pasangan dan selepas diselesaikan segala hutang, pasangan si mati layak untuk menuntut bahagian beliau di dalam harta sepencarian beliau daripada harta si mati tersebut.
“Namun muncul persoalan begini kalau si mati mati hanya meninggalkan hutang adakah kesemua ahli waris perlu bahagi bahagian hutang tersebut seorang sedikit untuk tolong bayar hutang tersebut?
“Sekiranya si mati ada meninggalkan harta maka selepas selesai urusan pengebumian beliau maka harta tersebut perlu digunakan untuk melangsaikan segala hutang beliau dan melaksanakan wasiat jika ada lebihan. Ini sebagaimana firman Allah di dalam Surah An Nisa’ ayat 11 yang bermaksud:
“(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya.”
Perkara ini juga dikuatkan lagi dengan hadis sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh saidina Ali mafhumnya seperti berikut:
“Rasulullah SAW melunaskan hutang sebelum melaksanakan wasiat.”
Bagi menjawab persoalan sekiranya si mati mati dan hanya meninggalkan hutang atau tinggal kan harta yang sedikit dan ada lebihan hutang, adakah hutang tersebut perlu di faraidkan?
“Untuk menjawab persoalan ini saya merujuk kepada firman Allah di dalam Surah al-An’am ayat 164 yang bermaksud:
“Dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja).”
“Dalam erti kata yang lain berdasarkan dalil ini ahli waris adalah tidak diharuskan untuk melangsaikan hutang si mati sekiranya harta yang ditinggalkan tidak mencukupi untuk melangsaikan hutang beliau.
“Namun begitu, sekiranya ahli waris ingin membantu untuk melangsaikan hutang si mati ia termasuk di dalam bab ihsan kepada si mati. Oleh yang demikian, sekiranya si mati mati hanya meninggalkan hutang maka hutang tidak wajib difaraidkan dan di harus kan untuk ahli waris bantu melangsaikan hutang si mati untuk mendapat ganjaran pahala.
“Walaubagaimanapun, sekiranya ada rekod samaada dalam bentuk bertulis atau percakapan mengenai hutang si mati maka ia harus untuk ditunaikan oleh ahli waris. Namun sekiranya tiada rekod yang ditinggalkan oleh si mati dalam amanat beliau dan tambahan pula ada wujud keraguan dalam tuntutan pemberi hutang maka tidak perlu untuk ahli waris melangsaikan hutang tersebut. Sepertimana kaedah fiqh yang menyatakan bahawa:
الأصْل براءة الذِّمة
Maksudnya: Keadaan asal seseorang adalah terlepas daripada sebarang tanggungjawab.
“Oleh demikian, sekiranya tiada bukti dan petunjuk yang kukuh untuk dijadikan sandaran dakwaan maka tuntutan tersebut tidak perlu diambil kira. Ahli waris juga tidak perlu memfaraidkan hutang tersebut kerana ia hanya harus bagi ahli waris untuk langsaikan hutang si mati. Semoga penerangan ini memberikan manfaat kepada sidang pembaca,” ulas Peguan Syarie, Muhammad Amirul Akmal Ismail
Sumber: Terima kasih Peguam Syarie, Muhammad Amirul Akmal Ismail https://www.facebook.com/PeguamSyarieAmirulAkmal
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Dunia sekarang ini, semuanya di hujung jari. Apa saja kisah kita mahu saja dikongsikan di media sosial. Mungkin ada yang memuji terutamanya kawan-kawan rapat dan tak mustahil dalam diam orang akan membenci.
Sebab itulah, tiap kali kita up gambar di media sosial kena hati-hati. Mungkin dalam memuji itu ada bencinya. Kita tak tahu hati masing-masing.
Sebenarnya, kita kongsikan di media sosial bukan minta untuk dipuji atau orang memuji. Sekaar untuk berkongsi kebahagiaan. Tap itulah, kita tak tahu penyakit ‘ain ini boleh berlaku pada sesiapa yang melihatnya.
Jadi, kita kena hati-hati dengan perkara ini. Seperti yang dikongsikan oleh Imam Muda Hassan Adli ini tentang penyakit ‘ain.
Suami-Isteri, Saudara-Saudari, Jaga-Jaga Dengan Penyakit ‘Ain!
Penyakit Ain (memandang atau renungan tajam dengan penuh kebencian sehingga menyebabkan kemudaratan) memang wujud sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi.
Menurut Ibnu Abbas r.a., pandangan mata yang tidak dikawal oleh seseorang yang memiliki pengaruh boleh mendatangkan bahaya.
1) Sihir seperti ‘ain ini memang benar wujud, namun kita wajib beriktikad bahawa semua itu tidak dapat menandingi kekuasaan Allah. Allah jualah yang Maha Hebat.
2) Nabi mengajarkan kita agar sentiasa mendoakan keberkatan saudara Muslimnya yang lain. Ini sekaligus dapat mengikis sifat dengki dalam hati manusia. Bila kita melihat kecantikan dan kelebihan orang lain, ucaplah Ma Shaa Allah TabarakAllah. Mudah-mudahan dia tidak terkena ‘ain. Begitu juga, apabila melihat apa sahaja yang cantik pada pandangan mata kita, baik binatang, tumbuh-tumbuhan, harta benda, terlebih dahulu ucapkanlah Ma Shaa Allah TabarakAllah.
3) Berhati-hati bila nak up gambar kita di media sosial, tambahan pula hari ini zaman ‘selfie’, takut-takut kita terkena penyakit ‘ain kerana ramai yang memuji dan mungkin ada yang membenci. Maka berpada-padalah! Sebelum post apa-apa, betulkan niat dan ucaplah istighfar agar dipelihara Allah.
4) Selalulah amalkan doa ini, أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ
(Aku memohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna daripada setiap Syaitan, binatang berbisa, dan daripada ain yang membahayakan)
#jiwatenang
Mingguan Wanita : Moga ia menjadi panduan untuk kita semua. Berpada-pada bila berkongsi di media sosial.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Kes sumbang mahram kakak dan adik di Besut mengejutkan negara apabila adik lelaki berusia 14 tahun dipercayai OKU lembam ditahan bagi membantu siasatan pembuangan bayi.