Kredit Foto: Bernama

Berita baik buat penghidap penyakit kritikal atas keprihatian kerajaan menerusi belanjawan yang diumumkan baru-baru ini, perlindungan kesihatan percuma akan diberikan kepada penerima B40 yang layak.

Jadi jangan lepaskan peluang ini, kerana pendaftaran dan tuntutan Skim Perlindungan Nasional B40 (mySalam) boleh dibuat mulai 1 Mac melalui laman web rasmi www.mysalam.com.my yang mula beroperasi hari ini.

Bermula 1 Mac, Daftar & Tuntut Skim mySalam Untuk 36 Penyakit Kritikal, Maksimum Bayaran RM8,000!

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, semua rakyat di negara ini yang mendapatkan rawatan di mana-mana hospital kerajaan boleh membuat permohonan tertakluk kepada syarat warganegara Malaysia dan berpendapatan rendah.

“Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian melalui laman web ini dan penerima yang layak boleh memfailkan tuntutan melalui saluran sama.

“Semakan dan tapisan akan dibuat ke atas pemohon,” katanya pada sidang akhbar pengenalan laman web rasmi Skim mySalam di Kementerian Kewangan hari ini.

IKLAN

Perlindungan Kesihatan Percuma

Skim mySalam yang bermula 1 Januari lalu menawarkan perlindungan kesihatan percuma kepada penerima B40 yang layak. Pembayaran sebanyak RM8,000 secara sekaligus apabila disahkan menghidapi salah satu daripada 36 penyakit kritikal yang disenaraikan di bawah Skim ini. Bayaran RM50 secara harian sehingga RM700 setahun (14 hari) sebagai pendapatan gantian apabila sedang menjalani rawatan di hospital kerajaan atau hospital yang diiktiraf.

Bermula 1 Mac, Daftar & Tuntut Skim mySalam Untuk 36 Penyakit Kritikal, Maksimum Bayaran RM8,000!

Sumbangan permulaan sebanyak RM2 bilion daripada syarikat insurans dan takaful Great Eastern digunakan untuk membayar setiap penerima di bawah skim tersebut.

IKLAN

Menurut Guan Eng, selain secara dalam talian di laman web rasmi, tuntutan Skim mySalam juga boleh dibuat di agensi-agensi yang akan diumumkan di laman web selain hospital kerajaan.

“Bagi memudahkan segala urusan, maklumat lanjut dan jawapan kepada soalan-soalan lazim berkenaan skim itu juga terdapat di laman web berkenaan,” katanya.

Tertakluk Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA)

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai isu keselamatan data penerima Skim mySalam, Guan Eng berkata, semua data adalah terpelihara di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).

IKLAN

“Great Eastern boleh mengakses data penerima skim ini namun syarikat itu tertakluk kepada PDPA.

“Individu yang layak bukanlah pelanggan syarikat insurans itu sebalik mereka adalah pelanggan kerajaan kerana skim ini adalah milik kerajaan,” katanya.

MW: Memang menarik skim perlindungan kesihatan percuma mySalam ini. Mak-mak jangan lepaskan peluang, bagi yang layak jangan lupa mendaftar dan membuat tuntutan di laman web tersebut bermula 1 Mac nanti.

Sumber: Kosmo

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI