Dalam Negara

“Berkat Menjual Jeruk Bersama Ammar, Kita Dapat Beli Sebuah Private Jet” Aliff Syukri Teruja Bawa Isteri & Anak Jenguk Jet Peribadi

Share

“Berkat menjual jeruk bersamaAmmar Ahyan dapat beli sebuah private jet”. Terbaru Datuk Sri Aliff Syukri berkongsi sebuah video di akaun Instagramnya keterujaan bersama isteri dan anaknya menaiki jet peribadi berwarna hitam.

Usahawan berjaya serta pempengaruh hebat ini mendakwa berjaya memiliki sebuah jet peribadi hasil titik peluh menjual jeruk mangga bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan.

“Berkat Menjual Jeruk Bersama Ammar Ahyan”

Pada bahagian kapsyen Aliff bersyukur kerana hasratnya sudah tertunai. Serta memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat keluarganya.

“Alhamdulilah, akhirnya tercapai juga hasrat papa dan mama. Doakan yang baik-baik untuk kami, amin,” tulis Aliff.

Lawatan Ringkas Sambil Tunjuk Kemudahan Dalam Pesawat Mewah

Pada video tersebut Aliff turut membawa Ammar Ahyan ke dalam jet peribadi tersebut dan melakukan lawatan ringkas sambil menunjukkan kemudahan mewah dalam pesawat mewah tersebut.

“Alhamdulillah, berkat menjual jeruk bersama Ammar Ahyan kita dapat beli sebuah private jet,” luahnya.

Tahniah Datuk Teruk Jadi Sumber Inspirasi Orang Ramai

 

Baca Disini : Susah Atau Senang, Aliff Syukri Tunaikan Janji Bawa Isteri Umrah Setiap Tahun

Published by
Norhayati Suboh