
Berhentilah mengadu kesedihan kepada orang lain bersujud hanya kepada Allah SWT. Sememangnya setiap masalah yang berlaku pasti akan ada jalan penyelesaiannya.
Cuma, sebagai wanita janganlah mengadu kesedihan kepada orang lain sebaliknya tempat paling baik adalah ketika kita bersujud hanya kepada Allah.
Pada hari ini ramai yang terlalu bersikap terbuka dan lebih suka berkongsi permasalah mereka di akaun media sosial.
Solat yang diwajibkan iaitu solat fardu lima kali dalam sehari semalam. Sedangkan solat sunat itu tidak wajib dilakukan, tetapi jika dilakukan akan mendapat pahala serta keutamaan.
Salah satu solat sunat yang sangat dianjurkan untuk ditunaikan umat Muslim iaitu Solat Tahajjud.
Solat Tahajjud adalah solat sunat yang ditunaikan pada malam hari iaitu waktu yang utama sepertiga malam dan waktu yang sangat mustajab untuk berdoa. Terdapat banyak kelebihan buat mereka yang menunaikan solat Tahajjud.
Berhentilah Mengadu Kesedihan Kepada Orang Lain
Ibu tunggal yang cukup cekal dan juga penasihat motivasi Puan Dzuriasikim Dzulkefli menerusi akaun Facebooknya mengajak orang ramai berlatih bangun awal untuk menunaikan Solat Sunat Tahajjud.
Menerusi coretannya biasakanlah diri untuk bangkit tidur lebih awal sebelum Solat Subuh dan tunaikanlah Solat Sunat Tahajjud.
TAHAJJUD
āSubuh masuk lewat ketika saya sedang menulis posting ini.
āBangunlah sedikit awal sebelum masuk waktu Subuh untuk menunaikan solat Tahajjud.Ā Jika tidak biasa, inilah waktu terbaik untuk kita melatih diri.
āTunaikanlah solat Tahajjud sekurang-kurangnya dua rakaat pada setiap awal pagi sebelum masuk waktu Subuh.
āUntuk permulaan itu adalah yang terbaik.Ā Jika berasa tidak mampu, tunaikanlah sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Bangunlah Dari Tidur Mu
āApabila sudah biasa nanti, bangun lebih awal lagi.Ā Dan lagi.
āWaktu terbaik untuk menunaikan solat Tahajjud adalah pada satu per tiga malam.Ā Bangunlah dari tidur mu.
āTidak ada malas atau letih lagi jika kita benar-benar mahukan sesuatu.
Jalan Terbaik Buang Resah, Sedih
āTahajjud adalah āubatā terbaik bagi segala āpenyakitā dunia.Ā Jalan terbaik untuk membuang resah mu, sedih mu, sakit mu, bahkan untuk sakit fizikal juga.
āSegalanya adalah sangat mudah bagi Allah.Ā Tidak ada satu pun yang sukar bagiNya jika Dia berkehendak untuk memberi.
Mengadu Pada Allah
āDuhai wanita, berhentilah untuk mengadu damba kesedihan mu kepada orang lain.
“Tempat yang terpaling baik untuk kamu mengadu segala kesukaan, kebahagian, kesedihan, ujian, kesakitan, bahkan apa sahaja.
āAdalah ketika kita bersujud dan hanya kepada Allah.Ā Bukan di Mukabuku mu.
āTidak ada orang yang berasa susah untuk bangkit di malam hari jika mereka benar-benar mahu.Ā Jika kita tidak mahu bangkit, itu bererti kita belum cukup mahu.
āSatu satu doa yang tidak lari daripada sasaran walau seinci ialah DOA pada waktu 1/3 malam.
āPembuktian dalam Al-quran satu-satunya Solat Sunat yang diabadikan dalam Al-quran adalah Solat Tahajjud:-
“Dan pada sebagian malam hari bersalat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji.” (Q.S. 17:79 ).
āDoa di Saat Tahajud Bagaikan Anak Panah yang Melesat Tepat Mengenai Sasaranā (Imam Syafiāi)
Lihatlah bagaimana mudahnya bagi mu untuk mencari jalan keluarā¦.
āMulai dari hari ini, marilah kita berazam untuk bertahajjud pada setiap hari.
āPaksa diri untuk permulaan.Ā Selepas seminggu, dua minggu dan 3 minggu, kita akan mula rindu jika meninggalkannya.

āSungguh Tahajjud itu adalah sangat ajaib bagi yang tahu.
āSemoga kita bersahabat sehingga ke Syurga. Amin,ā luah Dzuriasikim.
Perkongsian Menjentik HatiĀ
Ternyata apa yang dikongsikan sememangnya menjentik hati. Ramai yang berterima kasih dan berharap akan terus kekal istiqamah.
View this post on Instagram
Menarik Lagi :Ā āDuduk Berkurung Lepas Bercerai Malu Keluar Rumah, Kasihan Anak Tak Sedar Masa Berlalu Pantasā
KIS Dedah Kisah Hidup Wanita Hati Kental, Hapuskan Air Mata Dan Terus Jalan
View this post on Instagram
Sumber / Sumber Foto :Ā Facebook Dzuriasikim Dzulkefli
Mingguan Wanita : Semoga Allah tetapkan hati dan sentiasa diberikan istiqamah.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG āBIG NOā Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI