Sesungguhnya, berhati-hatilah bila paparkan sesuatu di media sosial, sebaik-baik manusia pasti ada juga yang membenci. Betul tak?
Oleh sebab itu, mak ayah perlu berhati-hati kerana tidak semua kawan-kawan, keluarga atau orang di sekeliling kita boleh terima apa yang semua dikongsikan walaupun niat kita baik untuk berkongsi rasa bahagia atau apa saja.
Malah ada segelintir daripada mereka yang cuba sebarkan fitnah atau mengeji di belakang kita dan ada juga yang tergamak menyihir kerana sakit hati.
Berhati-Hati Paparkan Sesuatu Di Media Sosial
Kongsi Fareiza Arianna, kisah disihir atau terkena buatan orang ni bukan baru di kalangan masyarakat kita. Benda ini sudah lama berlaku. Kita tahu dan sedar benda itu, tapi awareness kita pada perkara itu sangat kurang.
Contohnya bila ada orang share yang si A ni terkena buatan orang, mulalah orang kita ini akan gelabah. Kita sedar yang perbuatan menunjuk-nunjuk ini tak elok, datangkan bahaya sebab bukan semua orang akan suka. Tapi setakat itu sajalah. Sebulan, dua lepas kes itu senyap, kita ulang balik perangai lama kita.
Ikut Trend Media Sosial
Sebab apa? Sebab sekarang ini masyarakat kita seolah-olah ada satu penyakit. Selagi tak tunjuk dekat media sosial, selagi tu rasa macam tak best, tak diterima ramai. Kena tunjuk lifestyle mewah dan trendy, kena bergaya dengan barangan berjenama.
Wajib ikut trend hobi mewah walaupun sebenarnya kau tak minat pun benda tu. Sedar tak sedar, kita create satu gaya hidup just to please other people. Demi nak orang suka, hendak orang kagum dengan kita.
“Ishh…kenalah bergambar dengan kereta mewah, nanti orang kata aku tak berjaya pulak.”
“Mesti tunjuk handbag dengan barang kemas aku beli ni, barulah orang kagum tengok.”
“Kena tunjuklah sweet-sweet dengan pasangan ni, karang orang kata tak bahagia pulak.”
Begitulah… Hidup kerana “nanti orang kata.” Itu sebab semua benda hendak tunjuk. Pantang beli benda baru, mesti nak up dekat media sosial.
Benda privasi macam kemesraan pun habis semua nak tayang. Hidup kerana content, demi sebuah content. Benda ini penyakit sebenarnya, sebab hidup macam dah berpaksikan penerimaan di media sosial semata-mata.
Banyak lagi benda-benda baik yang kita boleh kongsi di media sosial ni, bukan semata harta benda. Mostly orang yang saya follow dekat media sosial ini semua sebab penulisan mereka.
Saya suka baca apa yang mereka tulis. Rasa minda dan jiwa terisi, rasa terdidik, rasa nak perbaiki diri lepas baca. Orang-orang yang saya follow ni, saya tak pernah tahu pun mereka pakai kereta apa, rumah besar mana…
Sebab mereka pun tak pernah tunjuk apa yang mereka ada. Saya pun tak ada nak ambil tahu benda tu semua…dan saya percaya, ramai juga orang yang macam saya.
Ads
Sebaik-Baik Manusia, Pasti Ada Yang Membenci
Di sini, saya kongsikan lima perkara yang tidak perlu ditayang untuk tatapan umum:
1. Ibadah dan amalan
2. Kebahagiaan atau penderitaan dalam perhubungan
3. Masalah dan kesusahan
4. Sedekah dan kebaikan
5. Pendapatan dan kekayaan
Sebaik-baik manusia, pasti akan ada orang yang membencinya. Kena ingat, bukan semua orang suka pada kita. Akan ada orang yang tak suka kita walau kita tak pernah kacau pun hidup dia. Berhati-hatilah bila memaparkan sesuatu di media sosial. Hanya kita sahaja yang mampu ubah diri kita.
Mingguan Wanita : Oleh itu, bersederhanalah dalam apa cara sekali pun termasuklah memaparkan tentang kita di media sosial. Benar tidak dinafikan media sosial memang hak kita, namun berhati-hatilah kerana lambat laun mak ayah juga yang merana.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Ads
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Menabung memang banyak kelebihannya. Biarpun sekecil-kecil nilainya, bila dikumpul dan disimpan boleh menjadi jumlah yang banyak.
Biyok, 81 hanyalah seorang warga emas yang hidup sederhana di Padang Kaduduak di Payakumbuh Utara Sumbar, Sumatera Barat.Namun, siapa sangka dengan hanya bekerja sebagai pencuci pinggan, dia mampu menyimpan wang, berkarung-karung di rumahnya sehingga memerlukan seramai 16 orang untuk mengiranya.
Wang Disimpan Terlalu Banyak
Pada awalnya, Biyok yang tinggal sendiri dan tidak berkahwin menerima kunjungan Musleniyetti untuk membantunya mengemas pakaian hasil sumbangan orang ramai.
Namun, ketua kampung itu terkejut apabila menemui banyak karung berisi wang antara 100 rupiah (kira-kira RM0.02 sen) sehingga 100,000 rupiah (kira-kira RM28) di rumah itu.
Tribunnews melaporkan oleh kerana wang yang disimpan terlalu banyak, Musleniyetti terpaksa meminta bantuan orang lain untuk sama-sama mengira duit itu.
Selepas barang-barang dikeluarkan, mereka menemui wang berselerak di rumah warga emas berkenaan.
“Pada mulanya lapan orang membantu mengira wang berkenaan sebelum ditambah menjadi 16 orang.
“Duit ada di merata-rata, di lantai, dalam lipatan kain, bawah bantal dan tilam,” kata Musleniyetti.
Tak Habis Dikira
Katanya, mereka mengambil masa seharian untuk mengemas rumah Biyok dan turut menjumpai wang kertas lama dan baharu.Menurutnya, mereka mengambil masa yang lama untuk mengumpulkan semua wang berkenaan sebelum dikira.
“Kita masih mengumpulkannya. Ada lagi lima karung yang belum dikira, setakat ini yang kita sudah kira adalah wangnya berjumlah 80 juta rupiah (kira-kira RM23,000),” katanya.
MW:Siapa sangka, hasil menyimpan secara konsisten walaupun dalam jumlah yang kecil, boleh menjadi banyak. Tahniah buat warga emas ini, punyalah banyak simpan duit berguni-guni, sampai 16 jiran kena bantu tolong kirakan!
Akibat gurauan ‘terlampau’ pada bayi yang baru lahir, 3 orang jururawat hospital di Arab Saudi dipecat dan ditamatkan perkhidmatan mereka. Memetik laporan Daily Mail, sekumpulan jururawat Arab Saudi dipecat selepas merakam video menunjukkan mereka ketawa sambil ‘memenyekkan’ muka seorang bayi baru dilahirkan yang dirawat kerana jangkitan kuman.
Ibu bapa bayi berkenaan menyedari perbuatan tidak senonoh mereka selepas rakaman itu tersebar dalam talian dan dikongsikan di media sosial.Dalam video itu, seorang jururawat dilihat memegang bayi itu pada tengkuk dan lehernya sebelum memicit muka bayi berkenaan manakala rakannya didengar ketawa.
Dikenakan Tindakan
Tiga jururawat di hospital bersalin di Taif, Arab Saudi itu, kemudian dikenal pasti dan diambil tindakan.
Jurucakap Hal Ehwal Kesihatan Taif, Abdulhadi Al-Rabie berkata, pihaknya menyiasat sumber video dan mengenal pasti jururawat serta hospital tempat ia berlaku. Jururawat tersebut ditamatkan lesen kejururawatan dan dihalang daripada meneruskan kerjaya dalam bidang ini.
Bapa bayi berkenaan memberitahu media tempatan, anaknya dimasukkan ke hospital selama 10 hari untuk rawatan jangkitan kuman pada saluran kencing. Katanya, dia terkejut melihat video itu dikongsikan meluas di media sosial.
Diselar Pengguna Media Sosial
Pengguna media sosial turut menyelar perbuatan itu.
“Beraninya mereka berbuat begini. Tiga jururawat itu patutnya bersyukur saya bukan ibu bayi itu. Pasti saya penyekkan muka mereka dengan lebih kuat lagi!” kata seorang pengguna.
Issk, macam-macam hal, yang pastinya memang gurauan ni melampau dan melanggar etika, jururawat tersebut juga telah menerima hukuman yang setimpal.
Baru-baru ini media sosial dihujani dengan info tentang HFMD, sejenis penyakit tangan, kaki dan mulut yang biasanya menyerang anak-anak berumur 10 tahun ke bawah.
Tetapi tak pelik ya, orang dewasa pun ada yang jadi mangsa penyakit ini. Kalau si kecil yang kena, kesannya anak sampai tak mahu menyusu atau makasebab kudis dalam mulut yang sangat menyakitkan.
Jadi sebelum anak-anak jadi mangsa, mak ayah sila ambil peduli macam mana tanda-tanda awal dan apa yang patut buat dengan menggali ilmu daripada Dr Ezairy M.Sallih ini…
Ramai antara kita yang amat risau dengan penyakit ini. Bagaimana langkah pencegahan dan apa pula rawatan terbaik? Apa bahayanya kepada anak-anak?
1. Sejenis jangkitan virus
Hand, foot and mouth disease adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus coxsackie(cox A16) atau enterovirus (EV 71)
2. Simptom yang perlu diberi perhatian
Perhatikan jika anak-anak anda mengalami gejala seperti
✔️demam
✔️ruam
✔️ulser dalam mulut
✔️lepuh (blister) pada tapak tangan dan kaki.
✔️hilang selera makan
Ini semua adalah simptom biasa yang ditemui oleh kanak-kanak yang mengalami HFMD.
3. Hati-hati dengan kaedah jangkitan
HFMD mudah berjangkit melalui beberapa cara. Ini termasuk air liur, cecair daripada lepuh (blister) pada anggota tubuh, sentuhan najis dan juga sentuhan permukaan yang disentuh oleh pesakit seperti alat permainan, alatan di dalam rumah dan sebagainya.
Oleh itu, hati-hati!
4. Kawal dan asingkan anak-anak
Ini penting. Sebaik sahaja doktor sahkan anak anda mengalami jangkitan HFMD, jangan bawa mereka ke sekolah dan pusat asuhan kanak-kanak. Ini akan menyebabkan jangkitan mudah merebak kepada kanak-kanak lain.
5. Rawatan terbaik
Kes HFMD yang dikenalpasti peringkat awal dan biasanya akan mampu sembuh dengan sendirinya. Namun, sekiranya anda menemui gejala yang saya sebut di atas, segera bawa ke hospital untuk rawatan yang sepatutnya.
Jangan biarkan sendiri di rumah tanpa nasihat dan pemantauan oleh doktor.
6. Kebersihan rumah sebagai pencegahan
Ini pun penting. Penyebaran jangkitan HFMD amat berkait rapat dengan faktor kebersihan diri dan persekitaran. Ia lebih mudah berjangkit pada persekitaran ramai orang dan sesak. Pastikan rumah bersih dan elak ke tempat ramai orang.
Haaa… jangan baca saja ya, mohon sebarkan kepada mak ayah yang lain untuk langkah berjaga-jaga. Jom sama-sama cegah sebelum anak-anak merana!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
"Jika ada masalah, tenangkan diri…” Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun...