Bergolok gadai. Seorang isteri hulurkan seutas rantai, gelang untuk dijual demi membantu suami. Bayangkan masa itu isteri diuji dengan suami tiada apa-apa, sanggup susah bersama demi kelangsungan hidup.

Ada masanya dugaan suami isteri diuji sampaikan tiada apa-apa. Tandanya, Allah nak melihat sejauh mana kesabaran dan kesungguhan kita. Sementelah bila hidup suami isteri, pasti cukup memeritkan bila keadaan ini berlaku.

Tapi, bila sudah berjaya, jangan sesekali lupa jasa isteri yang banyak membantu. Kena ingat, kejayaan suami hari ini adalah hasil doa dan semangat yang diberikan oleh isteri.

Kisah yang boleh memberi inspirasi dan panduan buat suami isteri di luar sana. Antara perkongsian dari Ali Omar tentang liku perjalanan hidupnya sehingga berjaya sekarang ini adalah hasil bantuan isteri yang sanggup susah senang bersama.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami Ucap Terima Kasih, Tanda Rai Kebaikan Dan Hargai Isteri. Tak Rugi Pun!

Dr Say Seru Suami Hargai Isteri Dan Bebelannya, Percayalah! Bahagia Keluarga

Bergolok Gadai Demi Kelangsungan Hidup

Liku-liku perrjalanan hidup saya memang susah. Setelah saya berkahwin pada 9/8/2007. Saya melalui jalan yang paling gelap dalam kehidupan .

IKLAN

Waktu isteri saya bertugas di Hospital Pulau Penang, saya tak mampu bayar sewa rumah hampir 6 bulan di Penang kerana tidak mempunyai wang saya tidak bekerja waktu itu hanya Isteri sahaja bekerja waktu itu. Syukur tuan rumah bernama miss hun izinkan saya duduk walaupun 6 bulan tak bayar sewa rumah.

Waktu isteri tercinta Nor fariha mengandung anak pertama Nor Adrinas Damya boleh dikatakan sebulan 3-4 kali masuk Hospital akibat alahan yang teruk.

Ada satu hari isteri tercinta nak makan buah tetapi saya tiada satu sen pun duit nak beli buah .lalu Isteri tercinta saya Nor fariha memberikan hp Nokia untuk saya jual

Saya pergi di komtar bersama adik ipar saya menjual telefon Nokia isteri tercinta dengan harga RM450. Setelah dapat duit RM450 saya pergi beli makanan untuk isteri saya makan di hospital. Semua rakan saya tahu cerita hidup saya ini betul-betul susah

Pernah juga satu kali dalam perjalanan Kelantan ke Penang tayar kereta saya pecah di jalan Gerik jam 3 pagi .Waktu itu juga isteri tercinta saya Nor Fariha sarat mengandung Puteri Sulong Adrinas Damya, waktu itu kandungan dalam 7 bulan.

IKLAN

Saya, isteri dan kawan saya seorang berjalan kaki hingga ke bandar Gerik mencari tempat tidur sewa hotel bajet bernilai RM50. Esok pagi kemudian nak beli tayar tiada duit, jual 1 rantai tangan kecik di Kedai Emas Gerik untuk beli tayar. YA Allah amat2-amat besar ujian menempuhi kehidupan diriku & isteri tercinta Nor fariha di awal pernikahan.

Sebelum saya nak berjaya dalam hidup. Isteri tercinta membuat pinjaman dengan Bank Rakyat RM50K & Kesemua duit ini diserahkan kepada saya untuk membuat perniagaan. YA Allah besarnya jasa isteri tercinta terhadap diriku .

Setelah isteri tercinta melahirkan Kakak Nor Adrinas Damya hari ke 46 hari. Saya telah mendapat berita gembira berkaitan perniagaan saya berjaya mendapat melebihi RM 3 Juta waktu itu.

Anugerah dari Allah S.W.T. rezeki puteri sulung Kakak Nor Adrinas Damya & hasil doa titik peluh isteri tercinta membuat pinjaman dengan Bank Rakyat kepada diriku.

IKLAN

Tanpa doa & semangat isteri tercinta Nor Fariha terhadap diriku, hidupku ini tidak akan berada ke tahap ini seperti hari ini. TERIMA KASIH ISTERI TERCINTA HARGAI ISTERI KITA INSYA ALLAH KITA AKAN BERJAYA DI DUNIA AKHIRAT

Mingguan Wanita : Perjalanan hidup setiap orang tak sama. Bila berjaya jangan dilupakan isteri yang banyak membantu. Sebab lelaki diuji bila dah ada segalanya. Hargailah isteri.

Sumber: Ali Omar

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI