Pernah dengarkan tentang akupuntur. Ia salah satu kaedah perawatan yang membantu melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan kita. Rupanya muka pun boleh buat akupuntur. Tengok saja wajah penyanyi Heliza Helmi ini. Berani sungguh si cantik manis ini.
Katanya, ini pengalaman pertama buat Heliza. Dia lakukannya bersama Hazwani Helmi. Walaupun baru kali pertama mencuba, hasilnya buat Heliza rasa seronok. Nak tahu sebabnya?
“First time kakja dan @hazwanihelmi buat akupuntur. Ya Allah, honest review rasa macam hati riang ria gumbira ntah camne nak cakap. Rasa pengaliran darah dalam badan berjalan dengan baik Alhamdulillah. Kalau ada bahagian sakit, memang dorang akan fokus kat bahagian sakit.
“Sekarang ni rasa tak sabar nak buat next appoiment. Jujur cakap korang kena try. Seriously sangat best macam nak nangis.”
Kita yang tengok akan rasa macam-macam nak tahu kan? Terutama bab, tak sakit ke dicucuk-cucuk jarum itu? Haa.. ini jawapan Heliza.
Ads
“Ok rasa dia untuk kakja Alhamdulillah tak sakit cuma masa cucuk tu rasa sikit la ala macam tercucuk peniti, gitu ja, in sha Allah boleh tahan punya.”
Ads
Macam-macam Boleh Buat Dengan Akupuntur Ni
Menurut Heliza Helmi lagi, dia lakukan rawatan akupuntur itu di Sensei Acupunture Beauty. Selain rawatan wajah, akupuntur juga boleh digunapakai untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. Siapa yang ada masalah rambut gugur pun bagus untuk mencubanya.
Ads
Rawatan ini juga berguna untuk mereka yang selalu mengalami sakit kepala, pening dan masalah rabun. Yang lebih menarik, nak rawat masalah jerawat pun boleh. Namun, kaedahnya berbeza untuk setiap individu yang mana titik akupuntur yang akan dicucuk pada setiap pesakit itu berbeza.
Ahli terapi yang mempraktikkan rawatan ini juga seorang Muslimah dan lembut semasa menjalankan sesi rawatan ini. Menarikkan untuk dicuba.
Penyanyi kecil molek, Elyana kembali mencuri perhatian apabila memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan dirinya tanpa rambut. Namun, ramai yang terkejut dan keliru. Bukankah dia pernah disahkan bebas kanser?
Menjawab persoalan ramai, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, tampil menjelaskan bahawa foto yang dimuat naik di Instagram itu bukanlah gambar terkini, tetapi dirakam beberapa bulan lalu, sewaktu sedang menjalani rawatan kemoterapi.
“Kalau anda tengok gambar di media sosial tu, itu bukan foto semalam. Ia gambar lama, masa saya sedang jalani rawatan. Sekarang ni pun, saya masih teruskan kemoterapi,” ujar Elyana ketika ditemui di Majlis Amal KAWAN, yang menghimpunkan pesakit serta bekas pesakit kanser, semalam.
Walaupun tubuhnya diuji dan jiwanya diasak, Elyana kekal menjalani hidup seperti biasa. Ada suami di sisi, ada dua anak perempuan yang memahami dan ada semangat yang tak pernah mati.
“Saya dan suami saling membantu urus rumah dan anak-anak. Itulah manisnya rumah tangga – susah senang bersama,” luah Elyana yang dikurniakan dua cahaya mata, masing-masing berusia 14 dan 6 tahun.
“Saya ini nampak macam Power Rangers di luar. Tapi sampai rumah, lembik juga. Itulah realiti. Sedih juga bila orang kata saya pura-pura sakit nakkan perhatian. Apa yang saya dapat kalau menipu?”
Bagi Elyana, pengalaman bertarung dengan kanser sejak 2010 bukanlah sesuatu yang ingin diratapi. Sebaliknya, ia menjadi ruang untuk memberi harapan kepada wanita lain yang mungkin sedang melalui perjalanan yang sama.
“Saya nak beri semangat pada mereka. Bila mereka tengok saya masih boleh tersenyum, mereka juga mungkin rasa mahu terus berjuang.”
Di majlis yang turut dihadiri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Elyana tidak hanya hadir sebagai tetamu. Dia menghadiahkan lagu “Tak Tercapai Akalmu”, sebuah lagu lama yang kini mendapat makna baru—lagu untuk mereka yang sedang mencari kekuatan dalam derita.
Tak sangka gelaran manusia paling kotor di dunia milik lelaki ini. Tiada siapa yang mengetahui nama sebenar beliau. ‘Amou’ adalah panggilan sayang oleh kanak-kanak di Iran pada golongan yang lebih berusia, manakala ‘Haji’ adalah gelaran hormat untuk lelaki Muslim.
Amou Haji, berusia 80-an telah mengaku tidak mandi selama 64 tahun dan kali terakhir dia mandi ketika usia 20-an lalu. Lelaki yang hidup bersendirian di Kampung Dejgah, selatan Iran ini dikatakan percaya kebersihan boleh membuatkan dia jatuh sakit.Itu merupakan alasan beliau tidak mandi selama ini.Malah beliau akan jadi sangat marah jika ada yang menyuruh beliau mandi.
Lebih Suka Makanan Busuk & Rosak
Penduduk kampung di sekitarnya pernah berusaha untuk memberi makanan yang lebih berkhasiat, namun lelaki itu menolak dengan alasan tidak biasa dengan makanan bersih sebaliknya dia lebih menyukai makanan yang telah busuk dan rosak.
Amou juga minum lima liter air sebagai rutin harian namun dari sebuah tong minyak besar yang berkarat berdekatan pondok kecilnya. Dia juga tinggal di pondok yang telah dibina oleh penduduk kampung dan di dalam sebuah lubang dalam tanah.
Beliau juga suka menggunakan najis binatang berbanding tembakau ketika menghisap paip. Malah untuk merapikan rambut,beliau tidak memotongnya sebaliknya hanya membakar menggunakan percikan api.Ketika musim sejuk beliau memakai topi keledar perang lama untuk membuatkan kepalanya hangat.
Amou menjelaskan bahawa dirinya pernah ditimpa musibah sewaktu muda, lalu memaksa dirinya untuk meninggalkan rumah dan keluarga. Apa sebenarnya musibah itu, dia enggan mengungkitnya lagi.
Namun begitu, dia kelihatan sangat bahagia berbanding orang yang mempunyai rumah besar dengan segala kemudahan yang sempurna.
Bawa anak keluar makan & terserempak bekas suami sedang dating, cara wanita kenakan memang win. Ajal maut jodoh pertemuan di tangan Allah. Sekuat mana pun kita mempertahankan rumahtangga namun kalau sudah tertulis jodoh setakat itu saja, harus berdamai dengan takdir.
Jika hubungan suami isteri terlerai tapi hubungan ayah dan anak-anak tak terputus sama sekali kerana anak adalah darah daging keturunan yang sah. Dan menjadi tanggungjawab untuk para ayah memberikan nafkah kepada anak-anak selagi mana mereka masih kecil, bersekolah dan masih belajar.
Dari satu perkongsian Tik Tok @isabeldarling berasal dari Sarawak, ibu cekal ini membawa keluar dua anaknya makan-makan di sebuah restoran kerana anak sulungnya bakal pulang ke kampus.
Namun ketika sedang membuat pesanan, dirinya terpandang bekas suami tengah duduk dating dengan perempuan lain di restoran yang sama.
Tidak cepat melatah dengan “drama” depan matanya, caranya kenakan bekas suami memang win dan harus ditiru oleh wanita lain yang bercerai.
Manakan tidak, dirinya telah membuat pesanan makanan sedap-sedap selain siap tapau lagi. Bil berjumlah RM162.00 itu kemudian diserahkan kepada pelayan dan menyuruh pelayan itu beri kepada bekas suaminya yang hanya mampu tersenyum kelat saat menerima bil tersebut.
Tulisnya, “jangan pandang sana abang, buat tak kenal saja…”.
Yang pasti, bekas suami nak marah pun tak bolehkan kerana yang makan itu anak-anak juga. Dirinya bukan tidak mampu kerana dia mempunyai pekerjaan dan kewangan tapi saja “mengenakan” suami yang tengah asyik berdating lain.
Dan ternyata tindakannya itu disokong oleh wanita lain yang memuji dirinya tidak hanya cantik tapi sangat bijak.
Kata mereka lagi, nasib terserempak di kedai makan, kalau di kedai emas lain ceritanya. Balas Isabel, dia barang kali sudah angkat sekilo emas, hahaha.
Lebih menarik saat ditanya oleh pengikutnya adakah bekas suaminya membayar bil tersebut, dia mengakuinya. Tapi katanya, teman wanita suaminya terus angkat kaki selepas kejadian itu. Mungkin bengang barangkali.
Tak kisahlah bercerai hanya antara suami dan isteri tapi anak-anak tetap jadi keutamaan bagi pasangan yang sudah bercerai.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.