Belum sempat menjejak kaki ke tanah air, aktivis dan pempengaruh terkenal Farah Lee sudah pun menyuarakan hasrat untuk kembali menyertai misi kemanusiaan ke Gaza.

“Belum Pulang, Sudah Minta Izin Pergi Lagi”. Suami Kongsi Semangat Kemanusiaan Farah Lee Tak Pernah Padam

Selepas dibebaskan daripada tahanan rejim Israel, nama Farah terus menjadi perhatian  bukan hanya kerana keberaniannya, tetapi kerana keteguhan jiwa seorang wanita bergelar isteri dan ibu yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi kemanusiaan.

Menurut suaminya, Fuad Hashim, menerusi hantaran di Instagram, Farah sempat mengirim pesanan ringkas dari Istanbul.

“Belum Pulang, Sudah Minta Izin Pergi Lagi”. Suami Kongsi Semangat Kemanusiaan Farah Lee Tak Pernah Padam

Fuad membalas dengan penuh kagum dan reda, menulis:

Ads

“Tak sampai lagi Malaysia, dah minta izin nak pergi lagi.”

Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli kini masih berada di Istanbul, Turkiye bersama 23 lagi sukarelawan Malaysia, selepas misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza ditahan secara kejam oleh rejim Zionis.

Delegasi Malaysia termasuk Farah dan ratusan aktivis antarabangsa lain telah dibawa ke penjara Israel sebelum akhirnya dibebaskan hasil usaha diplomatik Kerajaan MADANI.

“Belum Pulang, Sudah Minta Izin Pergi Lagi”. Suami Kongsi Semangat Kemanusiaan Farah Lee Tak Pernah Padam

Detik Cemas Di Lautan Bergolak

Sebelum ditahan, Farah sempat memuat naik satu video terakhir di Instagram, menceritakan detik mencemaskan ketika kapal yang dinaikinya, Grande Blu, disekat oleh tentera Israel di perairan antarabangsa.

Ads

“Israel sembur air yang sangat kuat sehingga kami semua yang berada di atas bot terpelanting. Mereka bagi amaran, sama ada belayar ke Israel atau patah balik.

Kalau berdegil, ini amaran terakhir — mereka akan apa-apakan kapal kami,” kata Farah dalam video tersebut, tenang meskipun jelas kedengaran bunyi kekecohan di sekelilingnya.

Misi yang disertai lebih 500 aktivis dari 45 negara itu bertujuan membawa bantuan kemanusiaan dan solidariti kepada rakyat Gaza yang terus dizalimi. Namun, keberanian mereka dibalas dengan kekejaman dan sekatan.

Ketika ramai mungkin memilih untuk berehat setelah trauma dan keletihan, Farah memilih sebaliknya. Baginya, perjuangan tidak tamat hanya kerana pintu penjara dibuka.

Ads

“Mungkin jasad saya belum pulih, tapi hati saya masih di sana,” katanya ringkas kepada rakan-rakan misi.

Semangat dan tekad Farah menjadi simbol keberanian wanita Muslim moden lembut tetapi berprinsip, penyayang tetapi tegas, penuh kasih tetapi tidak gentar menentang kezaliman.

“Belum Pulang, Sudah Minta Izin Pergi Lagi”. Suami Kongsi Semangat Kemanusiaan Farah Lee Tak Pernah Padam

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Dalam setiap langkahnya, Farah membuktikan bahawa cinta seorang isteri dan ibu tidak pernah bertentangan dengan perjuangan kemanusiaan, sebaliknya menguatkan, kerana kasih yang benar tidak terhenti di sempadan keluarga, tetapi merentasi sempadan dunia.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI