Bella mahu berjaya dunia dan akhirat kini luahkan hasrat bersara dari dunia lakonan. Begitulah luahan terbaru dari pelakon cantik Indonesia, Laudya Cynthia Bella atau lebih mesra dengan panggilan Bella yang membuat kejutan mengumumkan mahu bersara dari bidang lakonan.
Bekas isteri kepada Engku Emran ini juga akui dirinya sudah lama berniat meninggalkan bidang seni dek kerana mahu memberikan tumpuan kepada mengejar impian dalam kehidupannya.
Bella Mahu Berjaya Dunia & Akhirat
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Bella mahu berjaya di dunia dan akhirat.
“Mohon doakan saya. Insya-Allah tiada filem lagi (berhenti berlakon).
“Semoga istiqamah. Kali terakhir saya berlakon menerusi filem Buya Hamka (2021).
“Saya sudah lama memasang niat untuk bersara, tapi manusia itu lemah. Semoga saya dibantu Allah SWT,” ulasnya.
IKLAN
Semoga Dipermudahkan Urusan
Bella juga akui sebagai insan kerdil masih banyak yang ingin dipelajari selepas ini.
“Saya mohon bantu doakan segalanya dipermudahkan Allah SWT. Doakan juga saya beroleh kejayaan hidup di dunia dan akhirat,” sambungnya.
Pengurus Minta Berhentikan Berita Berunsur Fitnah Terhadap Bella
Sebelum ini menjadi tukar di media sosial terutama TikTok apabila Bella didakwa sudah bernikah dengan seorang pemuda kacak dari Dubai.
Namun dinafikan pengurusnya, Rita menerusi kenyataan dikeluarkan dan meminta orang ramai tidak menyebarkan berita berunsur fitnah terhadap Laudya.
Flawless dan mulusnya kulit wajah Cik Puan Amyra Nabila Hasnol ini. Jerawat pun macam takut-takut nak hinggap. Sebelum ini MW pernah kongsikan tips minuman bersihkan rahim. Kali ini resepi detoks timun jimat ini memang super senang nak buat. Resepi detoks si cantik ini pun tak membazir, sebab hampasnya boleh dijadikan masker wajah. Panduannya disertakan dalam artikel.
Bahan-bahan
1 batang timun (Tidak perlu buang kulit)
2-3 cm halia (Hiris)
1-2 batang serai (Hiris)
Madu 3 sudu plastik
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan kemudian blender sampai halus
2. Tapis airnya
3. Fuhh ! Siap ! Mudahnya. Sudah boleh minum dengan selamat!
Kesan Selepas Minum
Disarankan minum 2x sehari (30 minit sebelum makan pagi & 30 minit sebelum makan malam)
Selepas 1-2 minggu korang boleh lihat hasilnya.
Tips Manja
Hampas yang diblender tu campur dengan putih telur dan tampal di muka.
Biar kering. Dalam 30 minit bilas.
Kelebihan
? Membuang toksin dalam badan
? Merawat masalah buasir & sembelit
? Membantu mengempiskan perut
? Menghilangkan bau badan
Kecantikan kulit wanita Jepun yang putih bersih selembut ‘mochi’ seringkali menjadi keinginan para wanita. Tanpa mengira usia, wanita Jepun amat bijak mempertahankan keremajaan kulit mereka.
Tentu ada rahsia cantik yang menjadi amalan selama bertahun-tahun. Apabila membicarakan soal kecantikan wanita dari negara matahari terbit, inilah perkara yang perlu diambil perhatian.
Mereka begitu menitikberatkan soal penjagaan diri. Menerusi kualiti bahan pembersihan itu sendiri, perlu mengandungi bahan semula jadi.
Kulit Licin Selembut Mochi
Atas dasar inilah, wajah selembut ‘mochi’ menjadi idaman para wanita. Mochi hada itu perumpamaan untuk mendapatkan kulit selembut kuih beras.
Sayangnya, kesibukan hidup dan kekangan masa membuatkan wanita kekurangan tenaga dalam menjaga kulit tubuh mahupun wajah.
Dengan kesibukan ini, membuatkan wanita sekadar memberi tumpuan pada penjagaan kulit wajah semata. Sedangkan 90 peratus lagi bahagian kulit tubuh yang lain gagal diberi keutamaan.
Kehadiran Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower yang diilhamkan daripada rutin ringkas falsafah Jepun membolehkan wanita tampil dan merasai kulit ‘selembut mochi’.
Cream mandian dalam satu langkah penjagaan wajah dan tubuh ini dilahirkan dengan teknologi Moisture-Lock, yang memerangkap lembapan sedia ada di dalam kulit.
Ia membuatkan molekul-molekul air akan ‘terkunci’ di dalam kulit dan mengekal hidrasi kulit wajah dan badan dengan efisien.
Sebagaimana kecantikan wanita Jepun yang mengutamakan penggunaan bahan semula jadi dan selamat. Begitulah juga prinsip-prinsip Shokubutsu Mochi Hada terkandung di dalam khasiat semula jadi Minyak Tsubaki, Minyak Bran Beras dan Ekstrak Tapai Beras.
Minyak Tsubaki
Ianya satu ramuan penting dalam amalan kecantikan Jepun dan menjadi rahsia kecantikan di kalangan Geisha.
Minyak Bran Beras
Satu ramuan anti-penuaan yang membantu kulit wajah untuk tampil anjal dan tegang. Dalam masa sama, mengekalkan kelembapannya.
Ekstrak Tapai Beras
Ianya kaya dengan mineral dan asid amino yang diperlukan untuk mengekalkan tahap kelembapan kulit, tekstur, daya tahanan serta penampulan keseluruhan yang lembut dan sihat.
Rutin Pemakanan Berhenti Sebelum Kenyang
Wanita Jepun juga terkenal dengan pemakanan yang kurang penggunaan minyak. Hidangan mereka bersaiz kecil. Ianya dapat dilihat pada peralatan pinggan dan mangkuk yang mereka gunakan.
Amalan mereka adalah tidak memenuhkan pinggan dengan makanan. Inilah yang menjadikan tubuh mereka kekal langsing dan tidak berisi. Mereka juga akan berhenti makan sebelum kenyang.
Begitu juga dengan amalan minum teh hijau yang terkenal di seluruh dunia. Teh matcha berbentuk serbuk ini juga seringkali digunakan dalam upacara minum teh tradisional di Jepun.
Kandungan vitamin C dan anti-oksidan menjadikan minuman ini pilihan terbaik untuk menyihatkan tubuh badan. Sekaligus mengekalkan kulit wajah yang awet muda.
Wanita Jepun Aktif Bergerak
Orang Jepun amat menitikberatkan soal kesihatan dan kecantikan. Sebab itulah mereka akan melakukan apa saja rutin yang memberi kebaikan kepada mereka.
Aktiviti berjalan kaki misalnya, membantu mereka untuk menegangkan kulit wajah.
Mereka ini juga aktif bergerak dan melakukan pelbagai aktiviti fizikal. Jika tidak berjalan kaki atau mengayuh basikal, orang Jepun berada di taman melakukan gerakan tai chi.
Rahsia Awet Muda Dengan Shokubutsu Mochi Hada
Sungguhpun wanita Jepun melakukan pelbagai aktiviti dan rutin pemakanan yang sederhana. Prinsip utama kesihatan dan kecantikan mereka tentulah berkaitan dengan rutin penjagaan kulit yang sihat.
Sebagaimana yang dijelaskan di atas, Shokubutsu Mochi Hada diperkenalkan bagi membantu wanita merasai kulit semulus mochi. Cream mandian yang diilhamkan dari falsafah kesederhanaan Jepun dalam rutin penjagaan, pembersihan dan melembapkan kulit wajah dan tubuh dalam satu langkah.
Cream mandian Shokubutsu Mochi Hada ini memberi kelebihan dalam penjagaan kulit. Antaranya:
membersih
menghidratkan kulit kering
mengunci kelembapan
meningkatkan keserian kulit
melembutkan kulit
melicinkan kulit kasar
menanggalkan kekotoran
melindungi tubuh dari kotoran
Setiap penghasilan produk Shokubutsu dibelakangi dengan proses penyelidikan dan pembangunan yang terperinci.
Begitu juga dengan rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower telah diuji secara dermatologikal; lulus ujian kepedihan pada kulit dan terbukti bukan komedogenik.
Ia sangat efektif malah masih lembut terhadap kulit di bahagian wajah dan badan.
Dalam ujian penggunaan di rumah melibatkan 450 orang wanita, 80 peratus daripada pengguna menyatakan mereka merasai kulit menjadi lebih licin, lebih lembut dan lebih bersemua dalam tempoh penggunaan dua minggu.
Hasilnya inilah satu produk yang ringkas, efisien dan efektik. Apabila digunakan secara berterusan akan membuahkan kesan yang positif bagi membantu pengguna memperoleh kulit ‘selembut mochi’ dalam tempoh hanya dua minggu.
Anda boleh mendapatkannya secara pembelian online di :
Mana-mana orang perempuan sekalipun pasti mengidamkan kulit wajah atau tubuh yang berseri-seri. Senang cerita nampak glowing dan flawless macam artis Korea tu. Macam-macam caralah usaha nak bagi nampak berseri. Rupanya dengan bancuhan masker DIY dari bahan dapur pun dah boleh jadi.
Wanita berkulit cantik, putih kemerah-merahan Cek Ti ini berkongsi resepi masker dan skrub yang boleh serap minyak 2 dalam 1. Katanya sesuai sangat untuk cuaca panas-panas ini.
“Cuaca panas macam sekarang ini tak bestkan. Kulit cepat hitam, makeup luntur cepat sebab berpeluh (penatnya nak touch up) dan paling tak tahan sekali kulit muka jadi berminyak-minyak melekit dan bau OMG. Boleh pengsanlah!”
“Bila dan macam ini, banyaklah masalah kulit akan timbul di cuaca macam ini. Maka, terhasillah petua mask skrub serap minyak 2 in 1 ini.”
Yang penting, tak perlu beli krim bagai. Sebab boleh buat sendiri dengan bahan-bahan dari dapur rumah anda saja.
Buat Sendiri Masker DIY Dan Skrub
Bahan-bahan
Oatmeal @ quaker oat (Manfaat: untuk serap minyak)
Kunyit (Manfaat : kawal jerawat/jeragat)
Aloevera (Manfaat : untuk kurang kesan terbakar pada muka)
Garam (Manfaat : detox kulit/buang resdung muka)
Susu ( Manfaat : memutihkan dan lembapkan kulit /buang lebam bawah mata).
Nota : Jika mahu jadikan skrub untuk tubuh, tambahkan dengan beras yang sudah dikisar atau tumbuk.
Bancuhkan semua bahan sekali.
Wajah sebelum memakai masker
Sapukan masker pada wajah. Ikut arahan berapa lama perlu ditepek pada muka sebelum dibilas.
Wajah selepas. Bagus dipakai 3 kali sehari ketika cuaca panas.
Cara Memakai
1. Bancuh kesemua bahan.
2. Sebatikan dan sapukan pada bahagian muka atau badan.
3. Biarkan selama 15 minit.
4. Ambil sedikit air dan gosok (ala ala
5. Bilas sehingga bersih.
6. Pakai waktu malam sahaja .
7. Buat setiap 3 kali sehari sepanjang cuaca panas.
Nota Penting : Masker skrub ni boleh dipakai di muka dan di badan tau.So sangat jimat.