Setiap wanita pasti menyimpan impian untuk menjadi tetamu Allah di tanah suci. Bagi pelakon jelita, Bella Dally, tahun ini menjadi detik paling bermakna dalam hidupnya apabila bakal berangkat menunaikan ibadah haji bersama suami tercinta, Arif Izuddin.
Dalam perkongsian terbaru, Bella berkongsi rasa syukur dan terharu selepas majlis doa selamat yang dianjurkan sebagai persiapan rohani sebelum melangkah ke bumi Makkah. Momen itu bukan sekadar kenduri biasa, tapi ruang untuk memohon restu, mengucapkan terima kasih dan menginsafi diri sebelum menempuh satu perjalanan yang sangat suci.
“Kami sangat tersentuh dengan doa-doa yang baik, dan pemberian ikhlas daripada semua yang hadir. Hati kami penuh dengan rasa syukur dan kebahagiaan,” ujar Bella dengan rendah hati.
Pada penghujung April lalu, Bella berkongsi sebuah video mengenai dirinya membeli beberapa keperluan menjadi tetamu Allah melalui laman Instagram miliknya. Kelihatan Bella membeli belah di Galeri Ariani di mana Bella merupakan duta jenama popular tersebut.
Bella turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua atas sebarang kekhilafan yang mungkin pernah dilakukan secara sedar atau tidak.
“Ketika kami bersiap untuk berangkat tidak lama lagi, kami dengan rendah hati memohon kemaafan atas sebarang kesilapan atau kesalahan yang mungkin pernah dilakukan oleh saya atau suami, sama ada secara sedar atau tidak sedar. Mohon doakan kami,” katanya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Suami pendiam buat isteri makan hati, cakap seorang diri, “Saya sayang isteri… tapi saya tak pandai bercakap.” Tidak semua pasangan yang berkahwin melalui fasa cinta yang panjang.
Ada yang bertemu dalam tempoh singkat, terus yakin, lalu mendirikan rumah tangga. Dalam tempoh perkenalan yang terhad itu, apa yang ditunjukkan sering kali adalah versi terbaik diri masing-masing.
Namun, apabila sudah masuk ke alam perkahwinan, barulah muncul realiti sebenar, siapa kita dalam keadaan letih, senyap, atau tidak tahu cara menunjukkan kasih.
Berikut perkongsian daripada perunding psikologi keluarga dan guaman syarie Suzana Ghazali melalui kes yang dikendalikannya.
Cerita dalam sesi bersemuka:
Saya: “Kahwin dulu suka sama suka?”
Isteri: “Boleh dikatakan macam tu la Kak. Kami kenal tak lama, saya baru putus tunang dan tiba-tiba dia datang. Kerap kali berhubung melalui telefon, keluar beberapa kali dan dia ajak kawin. Saya terima.”
Saya pandang si suami dan suami mengangguk. Saya fokuskan kepada si isteri: “Kenapa terima? Pasti ada alasan yang buatkan awak suka kat dia?”
Agak lama si isteri diam kemudian menjawab: “Dia ambil berat tentang saya Kak. Pagi-pagi lagi dia akan wasap tanya khabar, pesan hati-hati ke tempat kerja. Ambil tau pasal makan saya, sakit pening saya walaupun melalui wsap ja. Saya rasa diambil peduli!”
Saya: “Sekarang?” Isteri: “Sekarang dah kawin, wsap pesan makan, hati-hati tu ada lagi la kalau saya kerja tapi kalau kat rumah, kami diam Kak. Saya cakap sorang-sorang. Dia dengar ja. Mula-mula dulu saya cuba terima tapi lama-lama jadi bosan la Kak!”
Ada air mata yg bergenang di mata si suami. Saya merenungnya, mohon penjelasan.
Suami: “Betul Kak! Saya pun tak tau nak buat apa? Saya bukan jenis yg cakap banyak. Saya tak pandai. Dia nak saya buat lawak, saya tak reti. Tapi saya sayang dia Kak, sayang sangat-sangat..!”
Kali ini kedua-duanya saling berpegangan tangan dan ada air mata yang keluar daripada kelopak mata masing-masing. Saya cuma senyum, yakin perkahwinan ini masih boleh diselamatkan lagi dengan syarat; ada yg perlu berubah!
Sungguh…! Komunikasi itu penting dalam rumah tangga dan komunikasi tu macam-macam cara ya…moga pasangan tua 2 tahun daripada tempoh saya berkhidmat ni akan lebih berbahagia selepas homework yg saya berikan, Aamiinn!
Kesimpulannya, komunikasi bukan soal pandai bercakap semata-mata. Ia tentang usaha untuk memahami dan mendekatkan diri secara emosi, walaupun hanya melalui sentuhan kecil, nota ringkas, atau luahan ikhlas tanpa bunga bahasa.
Setiap pasangan ada perbezaan gaya berkomunikasi, tetapi jurang itu boleh dirapatkan jika kedua-dua pihak sanggup berubah, belajar dan bertoleransi. Kasih sayang yang tidak diluahkan tidak bermakna tiada, cuma ia perlu diterjemah dalam bentuk yang pasangan kita boleh rasa dan faham.
Dan seperti pasangan ini, kadang kala yang perlu hanyalah satu sesi jujur untuk membuka kembali jalan pulang ke hati masing-masing. Kadang-kadang, cinta tak mati, cuma sunyi.
Hari-hari malam Jumaat, suami asyik ‘meminta’ sehingga isteri tak mampu nak layan. Perkahwinan adalah satu ikatan suci yang dibina atas dasar cinta, tanggungjawab, dan saling memahami. Namun, dalam realiti rumah tangga, seringkali berlaku ketidakseimbangan dalam harapan antara suami dan isteri.
Antara isu yang sering dibangkitkan baik di media sosial mahupun dalam kaunseling rumah tangga ialah tekanan terhadap isteri untuk memenuhi kehendak suami dari sudut hubungan intim, seolah-olah setiap hari mesti ‘macam malam Jumaat’.
Persoalannya, adakah suami benar-benar memahami bahawa isteri juga manusia biasa yang ada keletihan, emosi, dan keperluan tersendiri?
Berikut perkongsian daripada Tuan Fahmi Ramli merupakan peguam Syarie yang beramal di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak dan Selangor)
Tiap-tiap Hari Macam Malam Jumaat, Tak Faham Ke Isteri Pun Manusia Biasa
Ada seorang wanita ini, mengadu dan bertanya kepada saya, dalam Islam ni memang tiap malam Jumaat tu wajib ke untuk bersetubuh? Saya jawab la, malam lain pun tak ada masalah. So, apa yang menjadi masalah besarnya?
“Masalahnya Tuan, tiap-tiap hari saya macam malam Jumaat untuk suami. Saya pun penat sebab pi kerja lagi. Dah la balik pun lewat. Kadang sampai rumah dekat jam 11 malam.
Bila sampai rumah, mesti lah letih. Kadang nak terus tidur sebab esok nak kerja pulak kan. Tapi, suami saya tak faham saya, asyik ‘mintak’ jer tiap malam. Tambah-tambah kalau hari Khamis malam Jumaat tu. Selalunya, hari macam tu, nak sangat suruh saya balik awal.
Tapi, hari tu la selalu saya sampai lambat rumah.Nak berhenti kerja, dia tak mampu pulak nak tanggung keluarga seorang diri. Bila saya bagitau saya letih, dia cakap saya nusyuz.
Saya dah tak larat macam ni. Apa yang perlu saya buat, saya dah tak sanggup nak teruskan perkahwinan ni?”
Ini realiti yang sering berlaku khasnya untuk pasangan yang dua-dua bekerja untuk menampung keperluan hidup. Banyak yang berlaku situasi macam ni di bandar khasnya.
Sebenarnya, kat luar bandar pun boleh jadi juga macam ni. Situasi suami tidak memahami pasangannya dan ruang yang perlu diberi kepada si isteri ini, perlu ada pada seorang suami.
Di dalam surah Al-Baqarah ayat ke 187, Allah swt menyatakan “Mereka (isteri-isteri) ialah pakaian bagi suami dan kamu (suami) adalah pakaian bagi mereka”.
Kalau tengok daripada ayat ini, konteksnya menyeru kepada manusia untuk sentiasa mu’asyarah bi al-ma’ruf iaitu unsur kesetaraan bagi semua pihak (suami dan isteri). Jadi, kalau ada pihak yang memaksa-maksa dalam suatu tindakan yang merugikan salah satu pihak pastinya tidak bertepatan dengan kehendak ayat tersebut.
Dalam islam, hubungan seks ini bukan sekadar untuk melepaskan hawa nafsu, tetapi ianya sebahagian daripada konsep mua’syarah bil ma’ruf untuk sama-sama saling merasai nikmat. Maksudnya, suami perlu melayani secara baik isterinya dan bukan dengan cara paksaan dan ugutan. Itulah yang dianjurkan oleh Islam untuk sentiasa bersikap baik suami dan isteri dalam rumahtangga.
Sebenarnya isu malam Jumaat ini ada khilaf dalam perbincangan Ulama’, dan memang ada beberapa pandangan sarjana Islam membahaskan tentang isu kelebihan Malam Jumaat ini. Tapi, dari segi seksualiti ni, tak ada la disuruh setiap malam Jumaat mesti wajib untuk bersama suami isteri.
Mudharat badan boleh ke arah tuntut fasakh
Pernah ada kes di Mahkamah Syariah yang mana seorang suami yang terlalu ketagih dengan seks sehinggakan memaksa isterinya untuk berkelakuan yang tak sepatutnya. Ishhh, kalau nak cakap tu cukup segan la nak bagitau.
Senang cerita, ada yang paksa isterinya telan air mani lah, memasukkan kemaluan isteri dengan terunglah dan macam-macam lagi kelakuan pelik yang boleh mendatangkan mudharat kepada isteri.
Ada yang sampai pengsan kerana suami mengambil ubat yang terlarang untuk tahan terlalu lama. Ini realiti kes yang mungkin orang lain tak dapat bayangkan dimana seorang isteri yang terpaksa mengikut kehendak nafsu suami daripada jam 12 malam sehingga 6 pagi.
Mungkin pada orang lelaki dia merasakan dia hebat, tapi pada seorang isteri itu kekejaman. Bahkan, ada yang sampai terkoyak kemaluannya kerana diperlakukan sedemikian.
Di dalam seksyen 53 (1)(h)(i), ada diperuntukkan mengenai Fasakh atau pembubaran perkahwinan yang boleh dituntut oleh seorang isteri sekiranya berlaku kecederaan yang menyakiti tubuh badannya.
Jika perbuatan seks paksa yang mendatangkan mudharat, seksyen ini adalah terpakai untuk dibuat dakwaan di dalam fasakh. Mesti kena bukti kepada Mahkamah bagaimana bentuk menyakiti tersebut dan sampai tahap mana kesakitan yang ditanggung.
Kalau ada perkara yang berkaitan dengan kecederaan tubuh badan, khasnya di bahagian kemaluan, jangan terus menunggu untuk mendapatkan rawatan terlebih dahulu. Sayangi diri dahulu, dan pastikan anda dapat laporan perubatan yang sah dari hospital untuk pembuktian di Mahkamah kelak.
Untuk menyatakan nusyuz kepada isteri, perlu ingat, hanya Hakim Mahkamah Syariah sahaja yang berhak untuk kata seorang isteri itu nusyuz atau derhaka. Pada saya, perbuatan yang memaksa isteri yang berada dalam keadaan letih atau uzur juga bertentangan dengan konsep mawaddah wa rahmah di dalam rumahtangga.
Perkahwinan itu satu tiket untuk menghalalkan hubungan kelamin secara baik mengikut Islam. Kalau dah ada unsur paksaan, sedangkan isteri tersebut tidak berupaya, tidaklah sampai ke tahap nusyuz.
Bahkan, Islam juga mengarahkan untuk suami memberi teguran secara berhemah dahulu dalam proses untuk isteri yang enggan bersama. Ni bermaksud, perbincangan itu perlu sebagai tindakan pertama dalam isu dalaman keluarga.
Kesimpulannya, sebagai suami, kita perlu memahami pasangan kita yang terpaksa juga membantu ekonomi rumahtangga sehingga keletihan bila pulang ke rumah. Janganlah terlalu memikirkan kehendak diri semata-mata.
Sebaiknya, di dalam isu ini, perlu ada perbincangan yang baik antara suami dan isteri di dalam bab hubungan kelamin yang sihat. Kalau nak isteri sentiasa bersedia untuk bersetubuh di malam hari, cuba lah ringankan masalahnya atau mungkin melayani dengan cara yang baik.
Sumber: Fahmi Ramli (Peguam Syarie yang beramal di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak & Selangor)
"Jangan sebarkan benda yang tak betul. Kalau tak tahu cerita baik diam. Jangan sebar fitnah kalau tahu tahu apa-apa," katanya yang mengakui kakaknya tersilap memberi ketiga-tiga anaknya ubat methadone.