Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jika ada duit syiling di rumah, jangan dibiarkan bersepah-sepah, ada baiknya dikumpul setempat. Sebab dari yang sikit tu la, boleh jadi jumlah yang besar nanti. Silap-silp boleh beli motorsikal!
Sepasang suami isteri di Indonesia menjadi tumpuan netizen selepas klip video mereka membeli sebuah motosikal menggunakan 31 beg plastik berisi duit syiling tular di internet, lapor portal berita Suara.com kelmarin.
Totok Tri Bartonnanto dan isterinya, Hasnaini menggunakan duit syiling yang mereka kumpul untuk membeli motosikal Yamaha All New NMAX berharga 31 juta rupiah (RM8,742) di sebuah kedai di bandar Samarinda, dalam wilayah Kalimantan Timur.
Hasil Tabungan Beberapa Tahun
Menurut Hasnaini, wang tersebut adalah tabungan oleh dia dan suami sejak beberapa tahun lepas.
“Saya memang meminati motosikal jenama Yamaha dan sudah memiliki Yamaha Aerox di rumah kami.
“Kali ini, motosikal baharu dibeli atas nama saya sendiri,” ujarnya lagi.
Tambah wanita itu, dia dan suami memang sudah terbiasa mengumpul wang jika mahu membeli sesuatu dan tidak berasa pelik menggunakan duit syiling bagi membeli motosikal.
“Selagi ada nilai, tiada salahnya. Terima kasih kepada kakitangan kedai Yamaha di sini yang membantu mengangkut puluhan plastik wang syiling kami yang digunakan untuk membayar harga motosikal baharu,” ujarnya.
MW: Jangan ‘pandang rendah’ pada duit syiling. Daripada dibiarkan bersepah-sepah, baik kumpul dalam satu bekas. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Dari duit syiling yang sikitlah, jika dikumpul boleh jadi jumlah yang besar.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Ads
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Cukup risau dan membimbangkan masalah sosial generasi hari ini. Negara mencatatkan kes termuda kelahiran anak luar nikah membabitkan kanak-kanak perempuan sembilan tahun selepas menjadi mangsa seksual abang sendiri yang terpengaruh dengan video pornografi.
Kes Kelahiran Anak Luar Nikah Membimbangkan
Pengerusi Yayasan Ikhlas, Profesor Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, usia muda bagi kes yang berlaku tiga tahun lepas di Pulau Pinang itu amat membimbangkan kerana sebelum ini hanya melibatkan remaja berusia 17 dan 18 tahun.
“Jika dulu kes kelahiran anak luar nikah dalam kalangan remaja usia 17 hingga 18 tahun tetapi sekarang berlaku di usia sembilan hingga 13 tahun.
“Di Negeri Sembilan dan Terengganu ada kes kanak-kanak 11 tahun. Ini amat membimbangkan kerana kadar remaja yang terlibat dengan kes kelahiran anak tidak sah taraf meningkat 11 peratus.
“Satu daripada 10 remaja di negara ini pernah melakukan hubungan seks bebas tanpa ikatan perkahwinan,” katanya sempena pelancaran Modul Pendidikan Seksualiti dan Kesihatan Reproduktif (ReproAlert) di Putrajaya.
Dr Zainur (kiri), Dr Azizi (dua dari kiri) bersama Dr Rafidah (dua dari kanan) serta Dr Nor Azyati (kanan) selepas sidang media majlis Pelancaran modul ReproAlert pada Sabtu.
Modul yang digubal Pertubuhan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) itu merupakan satu modul pendidikan seksualiti dan kesihatan reproduktif berpandukan Islam bagi menangani masalah seksual dalam kalangan kanak-kanak serta remaja pada masa kini.
Turut berlangsung forum bertajuk Antun Seksual dan Dera: Selamatkah Anak Kita? yang menampilkan Pegawai Perubatan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr Siti Nurhayati Adznan; Pensyarah Perubatan dan Pakar Pediatrik Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nor Azyati Yusoff; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan; peguam, Fatihah Jamhari sebagai panelis.
Terdedah Media Sosial- Hubungan Seksual
Tambah Zainur, kebanyakan pelaku melibatkan remaja lelaki lingkungan usia 13 hingga 16 tahun kerana terdedah dengan media sosial berkaitan hubungan seksual.
Ujarnya, golongan itu mudah mendapatkan video pornografi yang dikongsi rakan sebaya dalam aplikasi WhatsApp atau Telegram.
“Faktor lain adalah kerana cinta, kerelaan sendiri dan konflik keluarga. Ada satu kes yang saya kendalikan, seorang pelajar tingkatan satu dan cemerlang tetapi terlanjur dengan sepupu berumur 14 tahun.
“Kejadian itu terbongkar selepas remaja berkenaan dibawa ke hospital kerana sakit perut tetapi rupa-rupanya sakit hendak melahirkan anak.
“Keluarga orang susah, ibu menjual kuih dan bapa bekerja dua syif. Mereka tiada masa untuk anak menjadi antara punca keterlanjuran itu berlaku,” jelasnya.
Justeru, beliau meminta ibu bapa memainkan peranan dengan mengutamakan komunikasi bersama anak seperti meluangkan masa melakukan aktiviti sukan, mendaki atau melancong.
Mingguan Wanita: Cukup membimbangkan masalah sosial generasi sekarang, usia yang masih muda seawal 9 tahun telah lahirkan anak luar nikah. Semoga dipelihara anak-anak dan keturunan kita daripada masalah sosial begini.
Tahukah anda kulit pisang juga memiliki manfaat yang tak kalah seperti isinya? Kalau biasanya kita dah tahu tentang khasiat pisang yang mengandungi banyak zat terbaik untuk kesihatan dari sudut vitamin, mungkin ramai yang belum tahu rahsia kulit pisang yang selama ini dianggap sebagai sampah terselit manfaat luar biasa untuk kecantikan.
Petua ajaib ini digodek dari blog Style Craze, yang mana kulit pisang mampu mengatasi masalah jerawat dan kulit wajah yang tak gebu.
Nak tahu bagaimana caranya? Ok, jom semak…
Kupas pisang, ambil isinya untuk dimakan atau dibuat masakan. Tetapi jangan buang kulitnya, gunakan sebagai bahan scrub untuk kulit wajah berjerawat.
Cara-caranya:
Ambil kulit pisang kemudian gosokkan pada kulit wajah secara lembut.
2. Kulit pisang yang digosokkan pada wajah lama kelamaan akan berubah warna dari kuning menjadi hitam.
Janga bimbang sebab itu kotoran pada wajahmu telah melekat pada kulit pisang.
Lakukan proses scrubing ini selama 10 minit.
Kemudian jangan terus bilas wajahmu, biarkan sisa-sisa kulit pisang melekat pada wajahmu satu malam untuk mengatasi infeksi pada wajahmu.
Untuk hasil terbaik, lakukan tip ini setiap malam sebelum tidur.
Nota Tentang Kulit Pisang
Kulit pisang yang digosokkan pada wajah lama kelamaan akan berubah warna dari kuning menjadi hitam.
Ok, jangan bimbang sebab itu sebenarnya kotoran yang ada di wajah anda tapi telah melekat pada kulit pisang.
Lakukan proses scrubing ini selama 10 minit.
Kemudian jangan terus bilas wajahmu, biarkan sisa-sisa kulit pisang melekat pada wajahmu satu malam untuk mengatasi infeksi pada wajahmu.
Untuk hasil terbaik, lakukan tip ini setiap malam sebelum tidur.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sebenarnya berkawan dengan semua orang biarlah ikhlas, jamgan pula berkawan atas kepentingan sendiri. Masa senang dan bahagia, dialah sahabat hingga ke syurga. Namun apabila kawan dilanda masalah, mak, ayah mula menjauh diri.
Tidak dinafikan dalam hidup sukar mendapat kawan yang sejati, oleh itu berbuat baik dengan semua orang. Lama-lama mungkin ada sahabat yang sudi berkawan dengan mak,ayah hingga bila-bila. Paling penting ikhlaslah berkawan dan jadi diri sendiri.
Ikuti perkongsian Cikgu Nurul Haslindaini dan hadam baik-baik iya.
Jangan iri dengan kehidupan orang lain.
Dalam dunia ini bukan senang untuk kita memuaskan hati semua orang. Walaupun kita rasa kita dah lakukan yang terbaik buat mereka namun itu belum cukup memberi kepuasan kepada semua.
Malah silap kita yang sedikit itu, diungkit-ungkit entah berapa keturunan pun tak tahu.
Jika kita tidak suka dengan perangai seseorang itu, tidak perlu kita mengumpul geng untuk membenci sama kerana setiap kita mempunyai kelemahan masing-masing.
Berkawan Seikhlas Hati Bukan Kerana Kepentingan
Kalau perangai buruk orang itu kita tidak suka makanya jangan marah jika ada perangai buruk kita juga membuatkan orang lain membenci kita.
Berkawanlah dengan semua orang seikhlas hati. Jangan berkawan semata-mata untuk kepentingan sendiri. Bila dah dapat apa yang kita mahukan terus kita campak kawan kita itu seperti sampah. Lebih teruk lagi, jika ada yang suka memilih-milih orang untuk berkawan.
Hidup kita juga tak perlu iri hati dengan kehidupan orang lain. Mungkin luarannya kita nampak mereka ‘happy’ hakikatnya jauh di dalam kehidupan sebenar mereka ada air mata yang sentiasa mengalir tanpa kita ketahui.
Berkawanlah Seikhlas Hati
Jadi jangan cepat menilai melalui luaran sahaja.
Hidup kita pun jangan jadi batu api. Mereka-reka cerita untuk memporak-perandakan orang lain. Iri hati melihat keakraban kawan-kawan yang lain bimbang tidak ada kawan yang tak mahu berkawan dengan kita, lalunya melaga-lagakan mereka dengan perkara yang bukan-bukan.
Hidup kita juga jangan takut melihat orang lain lagi lebih daripada kita, berdoalah semoga Allah memberi kita rezeki seperti mereka. Walaupun tak sehebat mereka namun sangat manfaat kepada kita dan ikut kemampuan kita juga.
Jika kita suka bandingkan hidup orang lain yang lagi hebat dengan kehidupan kita yang biasa-biasa sahaja. Ini akan membuat perasaan kita menjadi sakit dan mula timbul bibit-bibit iri hati yang boleh merosakkan ukhuwah dan kehidupan kita kelak.
Belajarlah bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi kepada kita. Allah bagi kepada kita semua adalah adil mungkin cara pembahagian itu kita rasa macam tak cukup namun percayalah apa yang Allah dah bagi pada kita itu adalah di atas kemampuan kita.
Semoga kita semua menjadi hamba yang bersyukur, ikhlas, redha dan dijauhkan dari perasaan iri hati, dengki dan tamak dalam kehidupan kita. Kerana semua itu akan merosakkan jiwa dan hati kita. Malah membuatkan hidup kita tidak tenang dan tenteram.
MW: Hargailah sahabat yang baik. Jangan pula mengambil kesempatan di atas sahabat yang baik hingga sanggup memutuskan persahabatan. Selalu bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan dan jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain.
Uqasha Senrose meragui status perkahwinan dakwa tarikh nikah berbeza seperti dicatat dalam sijil nikah. Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Uqasha Senrose mendakwa berlaku kesilapan...