Bekas suami Kim Seri sah ke penjara, “terima kasih Kim Seri, kau kejam, Allahuakbar… Kes penipuan jenayah melibatkan Kim Seri yang menipu pelancongan ke Korea masih belum ternoktah biarpun bekas suaminya, Zairy dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret Melaka Tengah hari ini.
Bekas Suami Kim Seri Sah Ke Penjara
Dalam satu perkongsian oleh kakaknya, Nor Seri Azlina di media sosial, selepas road show reman di Johor minggu lalu di mana hanya siasatan dilakukan, berbeza di Melaka, hari ini adiknya terus dijatuhkan hukuman penjara.
Kakak Luah Di Media Sosial “Terima Kasih Kim Seri, Kau Kejam. Allahuakbar…
Bercakap secara eksklusif kepada Mingguan Wanita, Nor Seri Azlina berkata di Mahkamah Majistret Tengah tadi, adiknya menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 414 di mana kaldai akaun, bukannya jenayah di bawah Seksyen 420 seperti reman di Johor sebelum ini.
“Hakim jatuhkan hukuman paling rendah untuk adik. Mereka pun tahu dia dianiaya tapi mereka tahu hukuman perlu ditegakkan,” katanya yang memaklumkan adik mereka masih menghadapi 46 lagi pertuduhan jenayah atas penipuan menerima pembayaran daripada mangsa yang terpedaya melalui promosi di aplikasi TikTok yang dilakukan oleh Kim Seri yang mempromosikan pelancongan ke Korea namun ianya mula bermasalah selepas pempengaruh itu membuka restoran di tengah bandaraya Korea dengan kos lebih satu juta sedangkan Kim Seri bukanlah anak orang kaya.
Sebelum ini, dalam satu kenyataan oleh Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, Zairy yang juga suspek kes penipuan ialah pemilik akaun kepada sebuah syarikat yang digunakan untuk menerima bayaran daripada mangsa yang didakwa terpedaya dengan tawaran pakej pelancongan itu
“Tangkapan pertama terhadap suspek dibuat pada 21 April lalu dan dia kini masih dalam tahanan polis Johor untuk siasatan lanjut.
Ads
“Semakan mendapati lapan kertas siasatan dibuka berhubung akaun terlibat di beberapa daerah, termasuk Johor Baru Selatan, Kota Tinggi, Seri Alam, Iskandar Puteri, Muar dan Kluang.
Dalam pada itu, Nor Seri Azlina berkata, dirinya kasihan melihat ibunya yang sentiasa menangis mengenangkan nasib adiknya.
“Hari-hari mak menangis. Ditambah hari ini adik dijatuhkan hukuman penjara. Anak-anak adik juga seramai tiga orang juga dijaga oleh kami. Ada yang sampai bercakap sendiri selepas ayah mereka ditahan.
Ads
“Kami sekeluarga sudah tidak mampu berbuat apa lagi. Sangat sakit sebenarnya adik perlu hadap semua jenayah dibuat bekas isterinya, Kim Seri tapi itulah semua harus patuh dengan undang-undang,” katanya yang mengakui masih mengumpul duit untuk membayar peguam bagi mewakili 46 kes adiknya yang masih belum dibicarakan.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
7 Jam Menahan Sakit, Usia 38 Tahun Datin Sri Shahida Selamat Bersalin Anak Keenam. Alhamdulillah, Ramadan ke-12 lebih bermakna pada tahun ini apabila Datin Sri Shahida Mohd Rashid baru sahaja mengumumkan telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki yang juga anak keenamnya.
Kelahiran Rumit Anak Keenam
Munurut Datin Shahida lagi, kelahiran anak keenam ini agak rumit berbanding kelahiran anak-anaknya yang terdahulu. Bayi dilahirkan dengan keadaan bahagian tangan keluar dahulu. Namun alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan selamat bersalin secara normal.
Syukur Alhamdulillah tepat jam 2.40 petang hari isnin 3 April 2023 (sama birthday dengan abah @aliffsyukriterlajaklaris lahir lah seorang Putera setelah bertarung menahan kesakitan selama 7 jam.
Tak sangka serumit ini untuk cahaya mata ke 6. Boleh pula tangan dia keluar dulu..jenuh Dr nak masukkan tangan dua…tetap dia nak minta duit raya juga……jadi hujung-hujung memang sambut tangan baby la dulu kita..apapun semuanya selamat, ujarnya.
Ucapan Terima Kasih
Isteri kepada usahawan selebriti Dato’ Sri Alif Syukri,36 ini turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan yang membantu dalam proses kelahiran anaknya serta yang sama turut mendoakan urusannya dipermudahkan.
Terima kasih pada semua yang tak putus putus mendoakan agar urusan saya dipermudahkan. Terima kasih Dr yang paling baik,paling cantik Datin Dr @suesalleh1970 dan semua nurse-nurse di @gleneagleskl yang banyak sangat bantu saya mudahkan proses kelahiran anak ni.
Terdahulu pasangan ini berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan,15 Qadejah El Zahra,13 Ibraheem Adham,11 Yusoff Al Qardawi,5 dan Raudah Arshiyah,4 .
Mingguan Wanita:Alhamdulillah, tahniah diucapkan buat usahawan selebriti ini. Seronok usia muda ada anak ramai. Selamat berpantang buat Datin Sri Shahida dan semoga bayi membesar dengan sihat.
‘Ya Allah, ingat cucu aku dah mati.’ Terlalu panik, tok hanya fikir selamatkan diri. Begitulah situasi yang dialami seorang nenek yang terlibat dalam tragedi banjir di Baling, Kedah, dua hari lalu.
Dalam usia 75 tahun, dia hanya mampu fikirkan untuk selamatkan diri dalam situasi genting sebegitu. Dia juga bayangkan cucunya yang hilang dari pandangan sudah tiada.
Ikuti perkongsian Ustazah Asma Harun yang turun padang ke Baling bagi membantu mangsa banjir di sana.
“Ya Allah, aku ingat cucu aku dah mati…”
Allahuakbar, laju air mata Puan Aminah Ahmad mengalir ke pipi sambil peluk erat cucu yang disangka dah hanyut semasa banjir dua hari lepas.
Ingat Cucu Aku Dah Mati
Puan Aminah, atau lebih suka bahasakan dirinya sebagai ‘Tok’, baru lepas solat Asar, kemudian beliau bancuhkan air untuk cucunya yang terlantar atas katil akibat demam. Keluar saja dari bilik cucu itu, rupanya air sudah mula masuk ke dalam rumah.
Dalam masa kurang dari 5 minit air paras buku lali sudah naik ke pinggang, Allahuakbar! Puan Aminah ceritakan dia amat panik waktu tu, lagipun beliau dah berusia 75 tahun, lalu hanya mampu fikir untuk selamatkan diri. Kalimah ‘Allah’ tak putus keluar dari bibir beliau.
Puan Aminah terpaksa berpaut di tiang luar rumah dalam keadaan kudratnya yang sangat terbatas. Bila anaknya tiba, perkara pertama beliau minta ialah sehelai kain untuk menutup aurat di bahagian kepala dengan sempurna. Subhanallah.
Sangat menyayat hati waktu tim sedang santuni beliau, tiba-tiba cucu yang disangka telah mati hanyut itu pegang bahu beliau dengan lembut dari belakang sambil sebut perlahan dengan nada sebak, ‘Tok’.
Sesaat Puan Aminah toleh ke belakang, terus beliau rangkul cucunya itu dalam pelukan erat sambil menangis teresak kedua-duanya.
Siapa sangka, masing-masing rasa bagai sudah bertemu pengakhiran, rupanya Allah Ya Jami’ satukan mereka semula hari ini. Subhanallah, Allahuakbar.
“Tok dah sediakan semua kelengkapan untuk mati, tok dah tua.”
Sungguh…terkedu dengan persiapan yang beliau lakukan untuk hadapi hari kematian, lengkap dengan kain kafan yang sudah disimpan kemas dalam almari, serta duit untuk pengurusan jenazahnya.
Tok Aminah ceritakan, “Sebenarnya sejak 3 hari sebelum bah (banjir) tu jadi, Tok rasa membuak sangat dada dengan rasa rindu nak jumpa Nabi Muhammad.
Banyak kali tok fikir rasa nak sangat jumpa baginda, nak minum air telaga baginda…bila dengar orang selawat Tok akan menangis.
Tok Hanya Fikir
Tapi Allah datangkan air bah ni, tok anggap mungkin dengan cara ni Dia nak bagi Tok jumpa Nabi.”
Beliau merupakan seorang yang sangat zuhud walaupun diberi ujian yang dahsyat. Selalu bersangka baik dengan Allah, saya percaya sebab itulah hidupnya bahagia.
Semasa banjir memasuki rumahnya, bukan sedikit kehilangan yang terpaksa ditanggung, bahkan anak menakannya (anak saudara) juga hampir kehilangan nyawa bila air deras datang, wanita tersebut tak dapat selamatkan diri, tapi terpaksa berpaut pada tiang rumah.
Saat air semakin meninggi, beliau dihanyutkan ke pokok rambutan belakang rumah untuk berpaut. Baru saja nak berehat di pokok tersebut rupanya ada ular kapak sedang melingkar di dahan.
Selamatkan Diri
Akibat terkejut sekali lagi beliau dihanyutkan sehingga dapat berpijak di atas bumbung sebuah kereta yang tenggelam lalu selamatkan diri di atas bumbung sebuah rumah sehingga malam. Allahuakbar.
Namun alhamdulillah anak menakan Tok Aminah berjaya diselamatkan apabila bantuan datang dengan tali untuk turunkan beliau.
Tim ada maklumkan kepada Tok Aminah bahawa NGO Sahabat Amal Care adalah di bawah naungan Ustazah Asma’ Harun, kemudian dia teruja sambil ceritakan bahawa dia selalu mendengar ceramah saya lepas solat zohor pukul 2 petang di telefon.
Beliau juga katakan surah Al-Kahfi ialah surah yang sangat beliau cintai kerana selalu dengar kupasan berkenaan surah tersebut di page Ustazah Asma’ Harun. Subhanallah.
Jujurnya beliau seorang yang sangat menginspirasikan, akhlak terhadap Allah yang sangat dipelihara. Semoga Tok Aminah sentiasa dalam peliharaan Allah SWT dan diberi ganjaran syurga serta dibangkitkan bersama Nabi Muhammad SAW.
Sebelum berpisah, tim sempat mendoakan Tok Aminah dan memberikan sumbangan serta barang bantuan bagi keperluan beliau sekeluarga. Terima kasih kepada sahabat dermawan semua kerana menjadi asbab memudahkan urusan mereka yang terkesan dengan bencana.
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
Asma’ binti Harun
Pengasas & Penaung NGO Sahabat Amal Care
………………………………………………………….
TABUNG KECEMASAN MANGSA BANJIR: https://toyyibpay.com/SahabatAmalCare
(Ansi System)
atau
PERTUBUHAN SAHABAT AMAL PRIHATIN NEGERI SEMBILAN
MAYBANK
555126543538 #UAHSahabatDuniaAkhirat #SahabatAmalCare
Mingguan Wanita : Berpantang maut sebelum ajal, alhamdulillah Allah satukan kembali Tok Aminah dan cucunya.
Sekarang ni kalau nak potong ayam yang dah beli pun ada yang kena caj kan. Jadinya, mak-mak tak perlu bazirkan duit, walaupun berapalah sangat kan. Potong sendiri kat rumah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila seseorang disahkan darah tinggi dan perlu ambil ubat, mereka sebenarnya amat-amat perlu mengubah gaya hidup dan beralih ke gaya hidup yang sihat. Dari segi pemakanan, pemikiran dan sebagainya perlu diubah ke bentuk yang lebih positif. Memang inilah pun yang doktor nasihatkan untuk mana-mana pesakitnya.
Apabila Dr Husna Mohd Zahry berkongsi catatan tentang pesakitnya yang melalui corak perubahan hidup yang cukup baik, inilah sebenarnya kisah inspirasi yang patut dicontohi oleh orang lain. Dr Husna ini juga merupakan isteri kepada Ustaz Don Daniyal Bijajid.
Kisah seorang pesakitnya yang masih belia dengan penyakit darah tinggi dan kolesterol kembali sihat. Dan beliau berkongsi antara penyebab kejayaan pesakitnya itu.
“This patient made my day.”
Pesakit Dr. Husna ini seorang lelaki berusia 39 tahun. Dia didiagnos dengan Hypertension and Dyslipidemia (penyakit darah tinggi dan kolesterol tinggi) sejak awal tahun lepas.
“Terkejut tengok beza bacaan tahun lepas dengan tahun ini. So much improvement. Dose ubat sederhana, not that high.”
“But when he came in for his appointment, dah boleh tabu, how he could achieve those readings.” Pesakitnya itu juga membawa buku rekod peribadinya. Daripada buku rekod peribadi itu sendiri, dah boleh dibaca bagaimana pesakitnya itu mengambil serius soal kesihatan dirinya.
Apabila Dr. Husna bertanya lanjut tentang kejayaannya itu, ini yang dikongsikan pesakitnya :
√ Exercises regularly
√ Pemakanan pun dijaga. No fad diets. Just healthier meal prep and everything in moderation.
“Hati melonjak-lonjak teruja jumpa patient ini. And I think dia pun hairan kenapa doc ni asyik ucap tahniah.”
Tambah Dr. Husna lagi dalam instagramnya, apabila ia berkaitan dengan soal kesihatan sememangnya tiada jalan mudah atau cepat untuk sihat. Sememangnya perubahan gaya hidup secara teraputik juga perlu dilakukan untuk merawat diri sendiri.
“Pil cepat kurus / gemuk / tinggi / pendek. Jus penyembuh segala penyakit. Chronic diseases cannot be healed with just medication. Therapeutic Life Changers also need to be done.”
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.