Bulan lalu, bekas pesakit Covid-19 ini ditempatkan di wad diraja (wad Covid) HKL selepas disahkan positif, malah arwah suaminya meninggal disebabkan Covid-19. Pada 6 April, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan Aiza Syafinaz binti Hj Shahak negatif dari virus berkenaan.
Ikut prosedur KKM, pesakit yang disahkan negatif selepas melalui ujian saringan tidak boleh pulang ke rumah bertemu ahli keluarga. Sebaliknya mereka perlu menjalani self kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang disediakan.
Bekas pesakit ini berkongsi apa yang dilaluinya, selepas bebas daripada Covid-19
Selepas Discharge, Ke Mana Hala Tujuku
Di mana pula aku di hantar?
Selepas disahkan negative Covid pada saringan kedua dan ketiga maka aku telah pun bebas Covid-19 (pengesahan dari KKM pd 6.4.2020).
Aku pun fikir seperti kalian fikir : mungkin aku sudah boleh pulang ke pangkuan keluarga atau duduk di rumah KL.
Aku dihubungi oleh doktor Zulaikha HKL menyatakan ambulans akan uruskan aku discharge dan aku perlu menjalani self kuarantin 14 hari di pusat kuarantin pusat belia ini.
Agak terkejut juga. Tetapi aku akur. Tak banyak tanya kali ini kerana aku ingin sembuh 100% aku serah semuanya pada aturan Allah SWT.
Aku memang orangnya tidak cerewet. Malah, aku boleh sesuaikan keadaan dengan apa sahaja fenomena. Dan dengan sesiapa sahaja dalam dunia ni. Kerana aku memang ingat pesan mak Hajah Zainab Bt Mawan dan abah Haji Shahak jika kita bersyukur pada nikmat Allah.. Bersangka baik pada Allah… syukur dengan ikhlas maka Allah akan tambahkan nikmat dan rezeki kita.
Ads
Allah akan bantu kita dengan penuh kasih dan sayang. Arwah suami juga selalu pesan jangan susahkan orang. Jaga diri… Al fatihah untuk suami tercinta (di baca)
Bekas Pesakit Ini Ikut Saja Di Mana KKM Nak Hantar..
Aku ikut sahaja di mana KKM nak hantar aku. Pusat kuarantin mana pun aku redha dan terima dengan lapang hati. Aku nak sihat.. aku kena kuat.
Kini, aku di kuarantin di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras selama 14 hari. Di mana? area stadium dan HUKM, Bandar Tun Razak.
Alhamdulillah aku sihat dan stabil. Meneruskan penulisan di fb dan ig. Duduk seorang diri dalam bilik dan me time dengan Allah SWT.
Ramai yang bertanya khabar, ramai yang call tanya pusat kuarantin aku macam mana. Adakah seperti pusat kuarantin kayangan atau asrama tinggal atau bgaimana. Ramai yang ingin aku kongsikan panorama lokasi kuarantin.
Ya Allah terima kasih ambil berat… alhmdulillah pusat kuarantin di sini sangat ok. Terima kasih KKM, APM, Rela dan semua yang terlibat. Petugas kat sini baik-baik.. siap ada wasap group.. semua diberi percuma..
Ads
Sepit kuku pun dapat. Selipar, towel, ubat gigi, sabun basuh kain, sabun mandi.. segalanya ok. Alhmdulillah… syukur sangat. Berkat sabar, redha… Allah bantu aku… Allah sentiasa jaga aku. Dia tahu aku jauh dari keluarga… Allah hadirkan ramai kawan-kawan yang hantar makanan dan kirim semangat. Nota kekuatan dan banyak sangat rezeki aku di sini. Terima kasih Allah.
Ya Allah… ucapan bersyukur dan sujud syukur sentiasa dibibir ini. Jadikan aku manusia yang bersyukur, tabah, redha, cekal, tabah dan kuat semangat. Pada kawan-kawan yang wasap tanya khabar, Alhamdulillah aku doakan korang semua sihat.. dilindungi.. diberkati Allah…yang kirim makanan aku ucap kan tq dan lepas ni rezeki kalian pasti mencurah-curah.
Saat di sahkan negative Covid pun aku dah syukur sangat. Sujud syukur, solat sunat 2 rakaat. Terasa macam mimpi Allah masih pinjamkan aku nyawa. Duduk dalam wad aku berlawan emosi tiap saat dan ketika. Antara hidup dan mati.. antara tewas dan kuat. Terbayang semua wajah-wajah keluarga tersayang di Simpang Renggam Johor.
Aku bersyukur sangat kerana insan yang menghantar kan aku menaiki ambulans ke Pusat Belia ini adalah rakan arwah dari kecil. Sama sama sekolah dan merangkap jiran arwah di Kampung di Kuang Rawang. Sahabat arwah yang memandu ambulans ini bernama Ku Mohd Faizal sungguh mulia tugas mu sebagai frontliner. Tidak dapat ku balas jasa mu sahabat. Terima kasih sahabat menyantuni jenazah suami ku insan yang tercinta.
Katanya lagi, beliau juga yang menguruskan jenazah di tayamum kan, disolatkan di HKL ICU. Bersama beberapa petugas KKM yang lain. Dan turut memandu ambulans terus ke kampung arwah.. tanah perkuburan Country Home Rawang untuk dikebumikan. Ya Allah terima kasih sekali lagi. Tiada ungkapan untuk dizahirkan.. laju air mata turun membasahi kelopak mata.
Ads
Terima kasih KKM semua yang bantu uruskan jenazah suami saya sehingga ke liang lahad.. mulia sungguh tugas kalian. Kau mengiringi sahabat mu hingga ke pusara di saat aku tidak berdaya membuat semua itu. Disaat aku sendiri tidak dapat keluar ke mana-mana.
Bilik kuarantin yang lengkap dengan keperluan pesakit.
Tak Dapat Berada Di Sisi Arwah Suami
Allah jaga aib arwah suami ku… Allah hadirkan insan-insan mulia yang banyak membantu kami. Tiap saat aku katakan pada diri, ya Allah berdosa nya aku sebagai seorang isteri kerana aku tiada di sisi suami tercinta saat dia menghembuskan nafas yang terakhir. Terkilannya aku… tidak dapat ku gambarkan perasaan ketika itu.
Perjalanan arwah menaiki van jenazah yang dipandu sendiri oleh sahabat arwah dengan diiringi oleh kereta Peronda Polis hingga ke pusara. (ini diceritakan oleh sahabat arwah) arwah seperti orang tidur, tenang dan redha. Terima kasih juga saudara Mohd hakim yang berada dalam wad HKL ICU untuk membantu arwah, memudahkan perjalanan akhir nya mengikut prosedur KKM.
Lalu disambut oleh ustaz Shirazi Fbnya : Abdullah Shirazi Mahmud.. aku panggil ustaz Abdullah. Tak dapat nak add fb nya, juga merupakan sahabat dan jiran arwah masa sekolah. Mandi sungai sama-sama dengan arwah. Main bola… yang paling aku ingat kawan arwah ini datang Johor ke majlis perkahwinan kami.
Rasanya juga ustaz yang sebaya dengan arwah ni jadi saksi pernikahan kami. Sungguh banyak jasa ustaz Abdullah kepada kami. Dia sambut jenazah suami ku dengan baik.. dia juga yang bacakan doa dan talkin.. 2/3 hari sebelum arwah meninggal ustaz ada menefon arwah, bertanya khabar. Ramai nya sahabat sahabat yang membantu arwah pulang ke kampung abadi..
Ya Allah terima kasih ustaz Abdullah yang merangkap imam muda di Kampung suami.. apa pun semua nya dah selesai. Ianya akan menjadi sejarah untuk diriku. Dan moga bertemu di jannah Firdaus. Semoga tenang di sana sayang. Damailah di pusaramu.
Terima kasih Semua… terima kasih sahabat fb, media dan ramai yang ambil berat. Sesungguhnya aku tidak keseorangan dalam dunia ini.
“Harap dikurniakan anak kembar” selepas 3 tahun kahwin, Nadiyah Shahab sedia bergelar ibu. Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah pasti inginkan zuriat.
Begitu juga dengan pasangan pelakon yang juga pemilik nama sebenar Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab atau Nadiyah Shahab dan suami Ben Ali.
Sebaik mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 wanita ini sibuk dengan karier seni dan menyempurnakan pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Singapura.
“Harap Dikurniakan Anak Kembar”
Selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga, Nadiyah merasakan ini masa yang sesuai untuk mempunyai anak.
Nadiyah juga sudah bersedia untuk melangkah ke satu fasa baharu dalam hidupnya iaitu bergelar ibu.
“Ketika awal perkahwinan, kami merasakan hanya bersedia untuk bergelar ibu bapa selepas kerja selesai.
“Tetapi kami belajar bahawa tidak ada kerja yang akan selesai kerana akan sentiasa ada perancangan baharu.
“Saya tak mahu mengandung, kemudian bersalin dan selepas itu tinggalkan anak dengan pembantu. Atas sebab itu saya tangguhkan dulu hasrat untuk memiliki cahaya mata.
“Memandangkan kami dah buang masa tiga tahun, jadi saya harap dikurniakan anak kembar sebab keluarga saya ada banyak sejarah anak kembar,” ujarnya.
Jadi ‘Suri Rumah’ & Tumpu Pada Anak
Pelakon cantik ini juga menambah sudah bersedia untuk menjadi ‘suri rumah’ apabila bertukar status kelak dan memberi tumpuan kepada anak.
“Sejak beberapa tahun lalu saya dah puas bekerja, belajar. Jadi saya beritahu Ben, kalau ada rezeki saya mahu beri tumpuan kepada anak.
“Saya nak menikmati perjalanan sebagai ibu dan pengalaman membesarkan anak,” jelasnya yang juga menguruskan perniagaan Absolut Chocolat dan beberapa cabang lain perniagaan menerusi pengurusan acara dan artis.
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura berkongsi mengenai pemergian isteri tercinta Akiko Okumura sememangnya mengejutkan banyak pihak.
Mana tidaknya, ramai followers memberi komen bahawa pasangan ini baru sahaja membuat sesi siaran langsung bersama-sama di media sosial malam tadi.
Sambut Hari Lahir & Hari Lahir Anak Beberapa Hari Lalu
Perasaan sedih pastinya menyelubungi keluarga ini apatah lagi Akiko baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pada 19 Februari lalu. Manakala anak kesayangan mereka iaitu Sky pada 21 Februari serta Ridzokumura pada 11 Februari 2025.
Selain itu, Akiko dan Ridzo juga sempat meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-16 pada 14 Februari lalu.
“Al-Fatihah untuk arwah isteri saya Akiko Okumura telah pergi meninggalkan saya dan anak saya selamanya,” tulisnya ringkas di Instagram miliknya.
Punca kematian Akiko masih tidak diketahui manakala anak saudara Ridzokumura iaitu aktres Zarina Zainuddin tidak menjawab panggilan telefon yang dibuat oleh pihak media.
Untuk rekod, Ridzokumura dan Akiko yang merupakan warga negara Jepun, mendirikan rumah tangga pada Februari 2009. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Sky Taizo Okumura, yang baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-13 semalam.
Cara setup legacy contact untuk pengguna iOS/iPhone, waris boleh buka HP kita jika berlaku kematian mengejut. Ramai pengguna iOS dan iPhone memilih telefon ini kerana ia direka untuk membantu melindungi data dan privasi.
Ciri keselamatan yang terbina di dalamnya membantu menghalang sesiapa selain pemilik dari mengakses data pada iPhone anda dan juga iCloud berbanding pemilik android.
Cara Setup Legacy Contact Untuk Pengguna iOS/iPhone
Tiada yang mampu menolak takdir kematian kerana ia sudah tertulis di luh mahfuz lagi. Banyak kes kita baca, ahli keluarga yang di dalam kesedihan tidak boleh membuka telefon yang mempunyai banyak memori di dalamnya. Semuanya kerana tidak tahu Apple ID dan kata laluan kerana ia tidak pernah dikongsikan dengan ahli keluarga.
Satu perkongsian dari saudara Hafiz Ismail di fbnya, boleh membantu pengguna iOS/iPhone untuk setup legacy contact di mana seandainya berlaku kematian secara mengejut, ahli keluarga boleh membuka telefon kita walau mereka tidak tahu Apple ID dan kata laluan kita sebelum ini.
Waris Boleh Buka HP Jika Berlaku Kematian
Jadi, bolehlah selepas ini penguna iPhone buat Legacy Contact untuk memudahkan ahli keluarga membuka telefon kita seandainya apa-apa terjadi pada diri kita kelak.
Cara nak setup Legacy Contact untuk pengguna iOS/iPhone sekiranya ada kematian.
Buka Aplikasi Tetapan: Pergi ke aplikasi Tetapan pada iPhone anda.
Pilih Gambar Profil Anda: Tekan gambar profil anda untuk masuk ke tetapan ID Apple.
Pilih Kata Laluan & Keselamatan: Tekan pada “Password & Security.”
Pilih Legacy Contact: Tekan pada “Legacy Contact.”
Tambah Legacy Contact: Tekan “Add Legacy Contact” dan ikuti arahan pada skrin.
Sahkan dengan Face ID, Touch ID, atau Kata Laluan: Anda perlu mengesahkan identiti anda.
Pilih Ahli Keluarga atau Kenalan: Anda boleh memilih dari senarai ahli keluarga atau kenalan anda.
Hantar atau Cetak Kunci Akses: Anda boleh menghantar mesej iMessage dengan kunci akses atau mencetak salinan.
Ulang Proses jika Perlu: Anda boleh menetapkan lebih daripada satu Legacy Contact.
Simpan Kunci Akses di Tempat Selamat: Pastikan kunci akses disimpan di tempat yang selamat oleh kenalan yang anda pilih.
Kemaskini Tarikh Lahir Anda jika Perlu: Pastikan tarikh lahir anda betul dalam tetapan peranti.
Cara Mengakses Data Selepas Kematian: Kenalan Legacy perlu mengumpul kunci akses dan salinan sijil kematian, dan melawati laman web digital-legacy.apple.com untuk memulakan proses pengesahan.
Tunggu Kelulusan: Ada masa tunggu untuk mendapatkan kelulusan melalui proses Digital Legacy.
Buang Legacy Contact jika Perlu: Anda boleh membuang Legacy Contact pada bila-bila masa melalui tetapan.
Nota: Pastikan anda dan kenalan Legacy anda menggunakan iOS 15.2 atau yang lebih baru.
Ibu Fatin Syazwani luah kesedihan, "Makcik memang takut duduk seorang diri dalam sel lokap polis. Dipakaikan baju tahanan reman selain dipisahkan dari suami dan...