Inilah Doa Mohon Zuriat, Amalan Adam Corrie Dan Isteri Dari Mula Kahwin Sampai Sekarang

Selepas mengumumkan di instagram berita kehamilan isteri, pelakon Adam Corrie Lee Abdullah, 50 dan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 40 ini dihujani pertanyaan tentang tips bagaimana mahu hamil. Ujar Fazema, tiada tip hamil yang diamalkan mereka untuk mendapatkan zuriat.

Namun sejak berkahwin, sampailah 10 tahun menjadi suami isteri, mereka tak pernah lupa untuk membaca dan amalkan doa yang disyorkan Habib Ali Zaenal Abdin iaitu dari surah Al-Imran ayat 38.

Bagaimana pun, isteri Adam Corrie di instagramnya, Fazi Fuad turut menyarankan beberapa perkara kepada para peminat yang bertanyakan tentang kehamilan.

Coretan Dari Bidadari Saya

Ini bukanlah kali pertama saya hamil.

Dan ini adalah kali ke 4 saya hamil. Saya dah ada 3 anak di syurga. Kehamilan saya kali ini adalah kembar.. tetapi hampir usia kandungan 2 bulan.. dengan kuasa Allah.

Saya pendarahan.. salah satu anak kembar saya tak dapat diselamatkan. Allah ambil semula seorang anak kembar saya yang Allah pinjamkan seketika di dalam rahim saya.

Pendarahan yang dialami isteri Adam Corrie ini berbulan-bulan lamanya. “Hinggalah bulan ke-4 pendarahan baru berhenti.

Ulang alik jumpa doktor untuk pastikan kandungan saya yang satu ini selamat dan sihat. Jadi bukanlah 3 tapi 4 anak saya di sana.

IKLAN

Mudah-mudahan kali ini Allah berikan saya peluang selamat melahirkan anak dan membesarkannya menjadi anak yang soleh/solehah dan menjadi menyambung dakwah Rasulullah SAW.

Saya Ibu Hamil Berusia 40 Tahun

Setiap ujian yang Allah berikan pasti ada hikmahnya.

Saya ibu hamil yang berusia 40 tahun. Tahun ini, suami saya 50 tahun, tahun ke-10 usia perkahwinan kami dan kandungan saya sekarang sudah 5 bulan.

Alhamdulillah.. Ramai pm fb dan dm ig saya tanya tips macamana nak hamil

Tak ada tips pun. Tapi yang pasti. Kalau dari kesihatan, terus jumpa doktor pakar. Suami dan isteri kena pergi buat pemeriksaan. Ikut sahaja saranan doktor. “

IKLAN

Jangan lengah-lengah supaya kita tahu apa masalah kesihatan yang kita lalui. Doa usaha dan tawakal insyaAllah.

 

Inilah Doa Mohon Zuriat, Amalan Adam Corrie Dan Isteri Dari Mula Kahwin Sampai Sekarang

Doa Mohon Zuriat Disyorkan Habib Ali Zaenal Abdin

Jadikan setiap ujian itu sebagai hadiah dan kasih sayang dari Allah kepada kita. Ujian yang diberikan untuk kita kumpul pahala.

IKLAN

Yang penting suami isteri kena sentiasa berkasih sayang. Tiada zuriat bukan makna hidup itu kosong dan tiada erti.

Jadikan rumahtangga jambatan kita ke syurga bersama.

Doa yang kami amalkan sejak awal perkahwinan dan Habib Ali Zaenal Abdin yang syorkan kami baca
Surah al-imran ayat 38 :

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan“.

Kita baca sirah Nabi Zakaria, insyaAllah kita akan faham tentang apa itu Rezeki, Ujian dan kasih sayang dari Allah.”

Allah Bagi Honeymoon 10 Tahun Berdua, Kelak Bertiga Pula – Adam Corrie Lee

Sumber/Foto : Instagram Adam Corrie

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI