Selepas beberapa negeri membatalkan penganjuran Bazar Ramadan, Wilayah Persekutan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan juga membuat keputusan yang sama bagi mengelakkan penyebaran jangkitan COVID-19 yang mungkin boleh berlaku.
Perkenal 3 Konsep Baru
Mengesahkan perkara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata kerajaan sebaliknya akan memperkenalkan tiga konsep baharu bagi memastikan golongan peniaga kecil yang menjadikan bazar seumpama itu sebagai punca pendapatan tidak akan terbeban.
Beliau berkata, tiga konsep itu ialah pandu lalu, tempah dan ambil (packed and picked) dan penghantaran makanan menggunakan kaedah e-hailing diputuskan selepas mengambil kira keperluan orang ramai, khususnya dari aspek penyediaan juadah untuk berbuka puasa jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan.
“Kementerian dengan ini memutuskan untuk mengembalikan yuran milik 2,673 peniaga yang sudah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam bazar Ramadan tahun ini.
“Mereka boleh mendaftar meneruskan jualan masing-masing menggunakan tiga konsep baharu ini yang perinciannya akan kita berikan bagi memastikan berjalan lancar,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat kementerian di sini hari ini.
Ads
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa
Kenal Pasti Lokasi Khas
Annuar berkata, kaedah pandu lalu akan diadakan hanya di beberapa lokasi khas memiliki kriteria diperlukan, antaranya jalan yang lebar dan pergerakan aliran lalu lintas tidak terganggu.
“Setakat ini kita sudah mengenal pasti kawasan stadium di Bukit Jalil untuk Kuala Lumpur dan sepanjang Presint 2 di Putrajaya.
“Pertimbangan akan diberikan jika ada kawasan lain dilihat sesuai serta memenuhi ciri yang kita mahu,” katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata, pelaksanaan bazar di bawah kaedah pandu lalu akan memberi penekanan pada kedudukan gerai peserta, bagi memastikan ia selari dengan penjarakan sosial, manakala tempahan makanan perlu dibuat lebih awal.
Ads
“Penjual akan bungkus makanan ditempah dan pelanggan akan datang ambil. Kita akan perhalusi lagi cara ini bagi memastikan ia diadakan dengan cara selamat dan tidak berlaku kesesakan,” katanya.
Annuar menarik perhatian, pelaksanaan mengikut kaedah ‘packed and picked’ pula akan membabitkan lokasi pengambilan tertentu yang akan memudahkan pergerakan peniaga dan pembeli, manakala konsep penghantaran menggunakan perkhidmatan e hailing pula akan dibuat dengan mengambil kira pemberian beberapa insentif tertentu.
“E-hailing ini akan kita lakukan dengan menimbangkan insentif tertentu bagi mengurangkan tanggungan bayaran yang perlu dilunaskan peniaga.
“Sebaik sahaja pendaftaran dibuka sepanjang 13 hingga 19 April nanti, peniaga boleh memilih konsep yang mereka inginkan, sama ada pandu lalu, packed and picked atau e-hailing serta menyatakan lokasi masing-masing.
Ads
“Kementerian amat berharap peniaga dapat memberikan kerjasama penuh dalam memastikan pelaksanaan bazar menerusi kaedah ini berjalan lancar,” katanya.
Tiada Majlis Berbuka Puasa
Dalam perkembangan berkaitan, Annuar berkata, kerajaan turut memutuskan untuk tidak membenarkan penganjuran majlis berbuka puasa bagi mengelakkan sebarang perhimpunan pada skala besar.
“Kami akan perkenalkan cara baharu juga, dikenali sebagai e-iftar, dengan kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan, iaitu penganjur boleh menyatakan jumlah peserta dan memilih menu, makanan akan dibungkus serta dihantar kepada penerima,” katanya.
MW: Walaupun kurang meriah dengan tiada Bazar Ramadan mahupun majlis berbuka puasa seperti biasa setiap tahun, dalam situasi sekarang, kesihatan dan nyawa adalah lebih utama. Semoga Malaysia kembali pulih, dan bebas daripada pandemik ini.
“Realiti Impian Wanita”, moto yang cukup sinonim dengan Nona, iaitu portal yang mengangkat dan mengiktiraf kejayaan yang diperoleh golongan wanita di seluruh negara tanpa mengira latar belakang, etnik, bahasa, budaya, ekonomi sekalipun politik.
Malah, bagi meraikan dan mengiktirafkan kejayaan setiap wanita ini, satu majlis yang meriah telah dianjurkan o;eh portal Nona ini.
Majlis “The Enchanted Night” yang berlangsung di Zebra Square Kuala Lumpur ini adalah untuk meraikan golongan wanita yang pernah diiktiraf dalam Nona Superwoman Award 2018 – 2022. Acara Nona Superwoman Award pernah diadakan sebanyak tiga kali pada tahun 2018, 2020 dan 2022 untuk memperkasakan golongan wanita di dalam pelbagai bidang, sekaligus menjadi inspirasi kepada wanita lain.
Majlis ini diadakan bukan sahaja untuk mengangkat kaum wanita yang berjaya dalam pelbagai bidang, malah ianya bertujuan menyuntik semangat kepada mereka yang ingin berjaya dan mengikut contoh idola mereka di mana Nona menjadi sumber rujukan kepada mereka ini.
Nona percaya, wanita mampu menggalas tanggungjawabnya dengan cara tersendiri yang tidak terjangka, cuma ianya sering terselindung di sebalik lelaki. Dalam majlis tersebut juga turut menyaksikan pelancaran rasmi kempen Nona No. 1 Inspirasi Wanita.
Kempen ini bertujuan untuk menjadikan Nona sebagai pemangkin kepada wanita-wanita untuk berjaya dalam bidang masing-masing.
Majlis The Enchanted Night yang ini diserikan dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu jemputan di kalangan wanita-wanita yang berjaya dalam bidang masing-masing seperti Datin Amyera, Nur Amirah, Datin Za Glow Glowing, Liza Hanim, Fouziah Gous, Ifa Raziah, Bellapark, Puan Sri Syazara Aisha, Mawar Rashid, Dato’ Seri Vida dan Cik B, Dr. Soo Wincci, Rizman Ruzaini, Datin Ayu Roslan Bokitta dan ramai lagi.
Hannah Yeoh bidas cadangan MP PAS, poligami untuk selesaikan 8.4 juta wanita lambat kahwin. Menteri Belia & Sukan, Hannah Yeoh membidas cadangan Ahli Parlimen PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man di Dewan Rakyat semalam yang mencadangkan poligami bagi menyelesaikan masalah 8.4 juta wanita yang lambat berkahwin.
Dalam perbahasan peruntukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat KPWKM, Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, melahirkan rasa bimbang kepada peningkatan golongan ‘bujang senja’ di negara ini.
Seramai 8.4 juta wanita dilaporkan belum bertemu jodoh di negara ini. Gambar sekadar hiasan.
Hannah Yeoh Bidas Cadangan MP PAS
Justeru itu, beliau mencadangkan kerajaan memberi sokongan moral kepada golongan lelaki untuk berpoligami bagi menyelesaikan masalah wanita yang lewat berkahwin.
“Negara kita ini sensitif soal isu poligami, bila sebut poligami macam buat jenayah. Saya fikir kementerian perlu rasional dalam isu ini di mana bagi mereka yang mampu, ada kelayakan, boleh berlaku adil, satu sokongan moral perlu diberi.
Poligami Untuk Selesaikan 8.4 Juta Wanita Lambat Kahwin
“Kita boleh bayangkan 8.4 juta golongan wanita yang belum kahwin walaupun itu bukan penyelesaian yang muktamad, tetapi perkara ini dapat memberi jalan keluar,” katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat.
Hal ini mendapat respon segera dari Hannah Yeoh di facebooknya apabila berkata, apa guna berkahwin tapi diabaikan.
“Pada pendapat saya, lambat kahwin bukan satu masalah yang perlu diselesaikan. Apa guna kahwin tapi diabaikan? Jodoh datang tak mengenal masa. Banyak lagi isu boleh dibahaskan untuk kesejahteraan wanita tapi…katanya yang berkongsi hal ini.
Namun semasa di Parlimen, saat ditanya oleh MP lain berapa isterinya, Tuan Ibrahim Tuan Man cuba mengelak menjawab isu berkenaan dan membuat alihan dengan memberikan jawapan lain.
Isu ini mendapat respon dari ramai orang di aplikasi X apabila mengakui mereka antara yang termasuk dalam 8.4 juta orang itu namun ia bukan masalah besar kerana berkeyakinan jodoh itu ketentuan Allah.
Kenapa Ada Pasangan Yang Cari Skandal Di Luar? | Borak Kelamin
9/10 kes cerai selalunya melibatkan orang ketiga. Seringkali kita terdengar mengenai isu curang di antara lelaki dan wanita. Lebih menakutkan, berlakunya juga kes perhubungan sulit antara suami dan isteri orang.
Apakah punca perkara ini terjadi? Sekadar nak “have fun” atau terdapat tujuan lain ?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Terkesan sungguh dengan tragedi pencemaran udara akibat pembuangan toksin secara haram di Sungai Kim Kim, Johor baru-baru ini. Ia merupakan perbuatan yang sungguh tidak bertanggungjawab dan membahayakan orang ramai.
Dilaporkan ratusan pelajar-pelajar di 9 buah sekolah di kawasan Pasir Gudang terjejas dan menjadi mangsa yang tidak berdosa! Lebih menyedihkan ramai jatuh sakit, sesak nafas dan pedih mata, malah ada juga yang kritikal bertarung nyawa sehingga terpaksa dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).
Ibu kepada salah seorang mangsa gas beracun, Puan Noor Atikah Daud ada memuat naik status di Facebooknya, memohon doa dan solat hajat daripada orang ramai agar anaknya yang kini kritikal di ICU agar cepat sembuh. Malah turut berkongsi detik terakhir sebelum anaknya ke sekolah pada hari kejadian.
Berikut catatan yang dikongsikan;
“Assalamualaikum semua sahabat-sahabat FB yang mengenaliku ataupun tidak….Mohon solat hajat dan doa dari kalian semua untuk Allah berikan kesembuhan buat anakanda yang dikasihi AFFZA BALQIS BINTI AHMAD SAHREL panggilan manja “Adik”, 14 tahun dari SMK Tg Puteri Resort Pasir Gudang yang kini dalam keadaan kritikal di Icu Hospital Sultan Ismail, Johor akibat terhidu gas methana (beracun) yang menular di Pasir Gudang. (Perbuatan pihak yang tidak bertangungjawab), mengakibatkan majoriti mangsa-mangsanya adalah anak-anak sekolah yang tak berdosa”.
“Masih tergiang-ngiang ditelingaku semasa bersalam sebelum adik keluar ke sekolah di hari kejadian 12/3/19.”
Adik:Ummi.., adik cantik kan.. ( sambil peluk dan cium ummi dengan manja) Ummi:Ya sayang….adik cannntiiikk sangat-sangat, tapi adik kena ingat adik pakai tutup aurat cantik, cantik niat kerana Allah tau. Adik:Ya ummi..(sambil kukucup dahinya)
“Dengan bapanya pula dia cium dan peluk erat-erat sambil berkata adik nak peluk bapa.( seorang anak yang manja dan taat pada ibubapa).”
“UmmiBapa redha dengan ujian Allah ini tapi bila ummi, bapa tengok adik terbaring kaku dengan alat bantuan pernafasan dan segala macam alat membuatkan hati ummi, bapa lemah dan longlai seluruh anggota”.
“Ummi bapa hanya mampu menadah tangan pada yang Esa mohon diberi keajaiban dariNya bagi kesembuhan adik sayang.”
MW: Semoga ahli keluarga yang terlibat sabar dan redha dengan ujian yang diberikan. Sama-sama kita doakan mangsa yang terhidu gas beracun ini diberi kesembuhan dan cepat pulih. Diharap pihak yang tidak bertanggungjawab ini dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman yang setimpal.
Seorang isteri tidak seharusnya menanggung derita dalam diam. Kasih dan cinta sejati tidak pernah menyakitkan, ia sepatutnya membahagiakan. Jika luka dan tangisan menjadi teman...