songsang

Mak-mak pasti pernah mempunyai seribu satu kisah dan detik cemas sewaktu melahirkan anak. Setiap anak yang dilahirkan biasanya miliki pengalaman yang berbeza, baik bersalin secara normal mahupun pembedahan.Meskipun sakit bersalin adalah sukar namun ia antara momen paling terindah dan sangat berharga bagi seorang wanita untuk dikenang.

Pelakon yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat, Rosliza binti Rosli, 31 atau lebih dikenali sebagai Leez Rosli juga pernah mengalami detik cemas ketika melahirkan cahaya mata pertamanya,Nur Safiyya Alisha yang kini genap berusia 2 tahun.Rupanya, keadaan Alisya ketika itu berkedudukan songsang dan tali pusat atas leher menyebabkan pelakon ini terpaksa memilih kaedah pembedahan czer ketika melahirkan anak kesayangan.

Perkara ini dikongsikan didalam menerusi posting di Instagram (IG) beliau baru-baru ini bersempena tarikh kelahiran Safiyya yang jatuh pada 4 April.

Berikut antara perkongsian tersebut:

“04/04/2016 tarikh keramat dalam hidup Umi.. Umi tak dapat rasa sakit contraction ,sebabnya kamu duduk songsang dalam perut umi tak nak pusing-pusing.Tambah pulak tali pusat atas leher. Jadi daddy yang buat keputusan (buat pembedahan sahaja) punya dia sayang anak dia yang sorang ni.Yang umi pulak dok fikir,aduuuu operate ni comfirm badan susah nak turun. Macam mana ni? Merata google pasal czer apa semua.”

“Tapi Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan untuk umi walaupun masa nak czer tu, neves ya rabbi..sampai sesak-sesak nafas masa baring (perut tengah dilapah masa tu) di temani daddy dekat sebelah.Bukan main kuat umi cengkam tangan daddy.Keluar-keluar je semua staff nurse dan doktor jerit “besarnya baby!! Bulat nya baby!!” Yaaa,tengok la gambor tu.. pipi macam simpan bola pingpong.”

“Ni kali pertama umi dapat dakap.. itu pun hampir setengah hari lepas czer baru dapat jumpa.. Ya Allah, tak tau nak gambarkan macam mana perasaan masa ni.”

“Syukurrr Ya Allah bagi nikmat rezeki ini.Semoga Nur Safiyya Alisha Binti Noorsyaiful ini menjadi anak yang solehah..berjaya di dunia serta akhirat.

“Tak lupa hakak juga mendoakan semoga para suami isteri yang masih menunggu, semoga Allah kurniakan anak-anak syurga pada kalian. sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang! Happy Birthday anak umi!! ? #alishaturns2

04/04/2016 tarikh keramat dlm hidup Umi.. Umi xdpt rasa sakit contraction ,sebab nya kamu duduk songsang dalam perut umi xnak pusing2.. tambah pulak tali pusat atas leher.. so daddy yg decide (operate seyjaaaa) punya dia sayang anak dia yg sorang ni..yg umi pulak dok fikir,aduuuu operate ni comfirm badan ssh nk turun.. mcm mana ni? Merata google pasal czer apa semua.. tp alhamdulillah, semua nya dpermudahkan untuk umi.. walaupun masa nak czer tu, neves ya rabbi.. sampai sesak2 nafas masa baring (perut tgh di lapah masa tu ?) di temani daddy kat sebelah.. kemain kuat umi cengkam tangan daddy.. keluar2 je semua staff nurse n doctor jerit “besar nya baby!! Bulat nya baby!!” Yaaa,tgk la gambor tu.. pipi mcm simpan bola pingpong ? ni 1st time umi dpt dakap.. itu pun hampir setengah hari lepas czer baru dpt jumpa.. Ya Allah, xtau nak gambar kan mcm mana perasaan masa ni.. syukurrr Ya Allah bg nikmat rezeki ini.. semoga Nur Safiyya Alisha Binti Noorsyaiful ini menjadi anak yg solehah..berjaya di dunia serta akhirat.. xlupa hakak jg mendoakan semoga para suami isteri yg masih menunggu, semoga Allah kurnia kan anak2 syurga pada kalian.. sesungguhnya Allah itu sebaik2 perancang! Happy Birthday anak umi!! ? #alishaturns2

A post shared by Leez Rosli Official (@leezrosli_officialmy) on

Terdahulu, sebelum melahirkan Alisha, Leez yang merupakan isteri kepada vokalis kumpulan Drama Band, Aepul,30 atau nama sebenarnya Noorsyaiful Md Zalaludin pernah mengalami keguguran sebelum ini.Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada 2014.

Team Mingguan Wanita mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Alisha, semoga jadi anak yang solehah, menggembirakan hati umi dan daddy iya.

Sumber: leezrosli_officialmy

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI