Sungguh malang tidak berbau. Akibat kecuaian, anak yang masih kecil menemui ajal.
Bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan yang ditemukan lemas di Sungai Ketil, Lubuk Pedati, dekat sini dipercayai menaiki kayak bersama bapanya sebelum terlepas daripada pegangan lelaki itu.
Bayi lelaki yang lemas itu dikenali sebagai Adryan Mikhael Muhammad Afiq.
Terlepas Daripada Pegangan Ayah
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, bapa mangsa berusia 30 tahun dipercayai tergelincir sebelum bayi itu terlepas daripada pegangannya dalam kejadian 11.50 pagi tadi.
Ads
Beliau berkata, bayi berkenaan kemudian dihanyutkan air sehingga ke Kampung Sungai Limau, di sini.
“Ketika kejadian, ibu mangsa bersama ahli keluarga dan rakan turut berada di tempat kejadian.
“Kami menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12 tengah hari sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat Baling serta anggota Balai Polis Baling,” katanya dalam kenyataannya hari ini.
Ads
Mayat Dijumpai Penduduk Kampung
Shamsudin berkata, mayat bayi berkenaan ditemukan pada 12.45 tengah hari dengan bantuan orang awam dan penduduk kampung di Kampung Sungai Limau.
Ads
Beliau berkata, mayat Adryan Mikhael dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.
Mingguan Wanita:Salam takziah buat keluarga mangsa bayi lemas ini. Peringatan dan pesanan buat mak ayah yang lain, utamakan lah keselamatan anak. Aktiviti lasak sebegini tak perlu bawa bayi yang masih kecil untuk turut serta.
Viral harga sardin naik melambung RM13.30, Menteri sahkan tiada kenaikan berlaku. Ramai melahirkan rasa terkejut dengan kenaikan sardin sehingga RM13.30 seperti ditularkan oleh seorang pengguna fb Tattyrana Ismail 11 di Permatang Damar Laut.
Jelas Tattyrana, dahulu sardin dijual pada harga RM10.80 tetapi sejak semalam ia sudah meningkat begitu ketara iaitu dijual pada RM13.30 di kawasan tempat tinggalnya.
Hal ini menjadi viral kerana dahulu sardin dianggap makanan rakyat marhaen dan harganya jauh lebih murah berbanding apa ditularkan semalam. Bagaimana pun harga berkenaan mendapat respon dari pengguna kerana rata-rata memaklumkan harga sardin cap ayam bersaiz besar di tempat mereka dijual pada harga di bawah RM10. Ada boleh diperoleh pada harga RM9.40 setin.
Bahkan kerana isu ini ramai yang agak panik dan kemudian sanggup ke pasaraya untuk mendapatkan bekalan sebelum memaklumkan, tiada kenaikan terjadi.
Hal kenaikan harga sardin ini turut mendapat respon pastas dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Salahuddin Ayub yang memaklumkan pasaraya utama seperti Mydin dan Econsave masih menjual di bawah RM10. Malah dirinya menasihati agar pengguna membuat semakan dan peroleh fakta yang tepat.
Siang di rumah suami pertama dan malam melayan suami kedua dan kejadian ini berlaku di utara tanahair. Ikuti temubual MW bersama peguam, Shazril Khairy Haji Mustafa yang memviralkan kes wanita bersuami dua ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Menjalani kehidupan suami isteri, menjadi impian setiap pasangan agar dapat mengharungi susah dan senang bersama-sama. Bukan mudah untuk membuat keputusan sukar apabila lagi bila ia melibatkan risiko nyawa.Namun tetap rela berkorban dengan ikhlas demi pasangan tersayang.
“Isteri berhak hidup sihat seperti orang lain. Sebagai suami, saya nak dia hidup bahagia,” kata Mohamad Al Bukhari Ellia atau mesra disapa Bukhari.
Bukhari, 25, mendapat tumpuan ramai kerana kesudiannya mendermakan buah pinggang kiri kepada isteri, Nurul Hasanah Salim, 31, menerusi prosedur transplan, 12 Mei lalu.
Hasil ikhtiarnya dan dengan izin Allah, Nurul Hasanah kini tidak lagi menderita akibat penyakit buah pinggang.
Berkongsi kisahnya, Bukhari berkata, dia diijabkabulkan dengan Nurul Hasanah pada 25 September 2020 dan hanya dapat menjalani kehidupan normal sebagai pasangan suami isteri selama seminggu sebelum isterinya dikejarkan ke hospital akibat komplikasi teruk pada buah pinggang.
Bukhari mengakui sedih dan terkesan dengan keadaan isterinya itu namun cuba berlapang dada dengan menganggap ia sebagai ujian Allah SWT.
Menurutnya, ada juga segelintir pihak yang mempersoalkan keputusannya namun dia nekad kerana sudah berfikir panjang dan mempertimbangkan kesannya.
Meskipun perlu menunggu dua tahun untuk menjalani transplan buah pinggang, Bukhari bersyukur kerana layak menjadi penderma selepas melepasi saringan ditetapkan malah puas dapat membantu insan tercinta.
“Ramai juga tanya dengan saya mengapa saya nak dermakan buah pinggang dan tak takut ke memandangkan masih muda.
“Jujurnya memang gementar kerana ia soal hidup dan mati malah saya sampai tulis wasiat tetapi cekalkan hati demi isteri.
“Lagipun organ yang saya ada itu adalah pinjaman Allah SWT, jadi apa salahnya derma buat isteri yang memerlukan.
“Dua kali juga pemindahan buah pinggang itu hampir gagal kerana komplikasi ketika cuba masukkan organ ke saluran pundi namun akhirnya berjaya.
“Cuma isteri ditidurkan selama dua hari selepas prosedur itu,” katanya yang mencari rezeki di Tapak Gerbang Malam, Pusat Bandar Bagan Serai, Perak.
Menceritakan perkembangan terkini, Bukhari berkata, keadaan isterinya bertambah baik dan kini menjalani rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Dia juga dalam usaha menjaga pemakanan dan tidak terlalu aktif dengan aktiviti lasak seperti disyorkan doktor.
Berhubung perkongsian di TikTok, Bukhari tidak menyangka video dimuat naiknya akan dapat perhatian netizen hingga tular dan meraih hampir sejuta tontonan.
“Bagi saya, transplan buah pinggang satu prosedur biasa memandangkan ramai lagi di luar sana buat yang sama dan niat kongsi video di TikTok adalah untuk jadikan kenangan.
“Tak sangka akan tular malah ramai tonton video itu luahkan rasa sedih dan mendoakan selain DM (hantar kiriman mesej),” katanya.
Isma Halil meraung dan sujud Syukur, terlepas hukuman gantung sampai mati. Pastinya hari yang sangat bermakna buat bekas dj Isma Halil, apabila dilepas dan dibebaskan daripada hukuman gantung oleh mahkamah sebentar tadi.
Memetik laporan Harian Metro, bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah meraung menangis dan sujud syukur selepas dilepas dan dibebaskan daripada hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis di rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, pada September 2021.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap pengasas ‘Bapakku FM’ itu selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaannya.
Muhammad Jamil dalam alasan penghakiman berkata, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan dadah dalam beg itu milik tertuduh manakala bilik dadah itu ditemui boleh diakses ramai orang.
Mengikut pertuduhan, Ismahalil didakwa mengedar kanabis seberat 374.6 gram di rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, 5.35 petang 27 Ogos 2021.
Berikutan itu, pendakwaan mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Sepanjang prosiding perbicaraan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad manakala Ismahalil diwakili peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.