Sedihnya mendengar berita ini. Seorang bayi lelaki dilahirkan secara pembedahan caesarean ketika ibunya yang dijangkiti COVID-19 koma di ICU.
Gillian McIntosh melahirkan anak keduanya pada hari Selasa lepas, tetapi dia belum mengetahuinya.
Melalui laporan yang dipetik daripada Global News, wanita berusia 37 tahun itu masih berada di unit rawatan intensif (ICU) di Abbotsford Regional Hospital.
Dia telah dikomakan dan turut menggunakan alat bantuan pernafasan (ventilator) kerana kes COVID-19 yang agresif.
Lahir 2 Minggu Lebih Awal
Anaknya dilahirkan secara pembedahan kecemasan caesarean, dua minggu lebih awal. Bayi lelaki tersebut masih berada di unit rawatan intensif neonatal, walaupun keputusan ujian COVID-19 adalah negatif.
“Kami memiliki bayi lelaki yang sihat, tetapi ibunya tidak tahu bahawa dia telah melahirkannya, atau bahawa dia mempunyai anak lelaki,” kata suami Gillian, Dave McIntosh kepada Global News, Jumaat lalu.
Namun begitu Dave tidak dapat memegang bayi itu sehinggalah pada hari Khamis lalu. Ini kerana dia dan anak perempuannya, Gemma yang berusia dua tahun terpaksa mengasingkan diri sehingga mereka kembali semula ke hospital selepas keputusan ujian COVID menunjukkan negatif.
Ads
Dave memegang dan memangku anak keduanya yang masih berada di hospital
Pembedahan Serta-Merta
Keluarganya masih tidak tahu bagaimana Gillian boleh dijangkiti virus COVID-19 itu.
“Kami memang tidak tahu. Disebabkan dia hamil, Gillian tidak pergi ke mana-mana kecuali hospital atau ke pusat jagaan kanak-kanak untuk mengambil anak kami,” ujar Dave.
Gillian telah pergi ke hospital kerana mengadu dirinya mengalami masalah pernafasan. Dia kemudiannya telah didiagnos dijangkiti COVID-19 pada 6 November.
Pihak hospital telah mengawasinya selama beberapa hari, dan ketika itulah keadaan menjadi semakin buruk.
Ads
“Secara tiba-tiba saya mendapat panggilan daripada pihak hospital. Mereka perlu melakukan pembedahan kecemasan Caesarean (c-section) dengan serta-merta kerana kesihatan Gillian mula merosot,” jelas Dave.
“Ia sangat sukar. Tidak ada sesiapa pun yang dapat melakukan apa-apa.”
Dave mengatakan bahawa dia diberitahu bahawa paru-paru Gillian telah “berdegup”, dan dia hanya membuka matanya sekali sahaja sejak dibius.
“Tidak ada sesiapa pun yang boleh menjangkakannya. Tidak ada sebuah buku pun menulis mengenai bagaimana untuk menangani perkara seperti ini.”
Ads
Dave dan Gillian bersama anak sulung mereka, Gemma yang berusia 2 tahun.
GoFundMetelah dibuat oleh rakan kepada keluarga ini buat keluarga McIntosh. Dave mengatakan dia amat terharu dengan sokongan dari rakan-rakan dan orang yang tidak dikenalinya.
Sementara itu, Dave bergantung pada keluarganya dan Gemma, untuk membantunya mengatasi ketakutan dan kegelisahan berhadapan situasi tersebut.
“Apabila saya mula merasa sedikit sedih atau terlalu memikirkan banyak perkara, saya hanya memandang Gemma atau memerhatikan apa yang sedang dilakukannya dan ia hanya mengambil masa beberapa saat sebelum saya tersenyum atau ketawa,” katanya.
“Dia juga sangat merindukan ibunya, tapi kami pasti saling bantu-membantu melalui saat ini,”luah Dave lagi.
Penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun ini memang terkenal dengan personalitinya yang sukakan haiwan kesayangan nabi, kucing. Memberi pesan agar jangan buang kucing.
Bila masa dia terserempak dengan seekor kucing bunting yang dibuang berdekatan pejabatnya. Hatinya mula jadi tak tentu arah. Cepat-cepat dia selamatkan ibu kucing itu dengan bantuan kawannya.
Sedihnya, ada anak kucing yang mati disebabkan kepalanya tersangkut dalam perut ibu kucing itu.
Jangan Buang Kucing Merata
Pesan Hafiz, “jangan buang kucing merata-rata, tambahan pula bila kucing tu dah bunting.
Tadi saya jumpa kucing ni di lif bawah office saya. Bunting. Tapi lepas tu, saya bau macam bangkai. Rupanya dia dah lahirkan seekor, tapi tak keluar habis. So anak dia mati, kepala masih dalam perut.
Kebetulan ada kakak cleaner di situ, saya minta carikan kotak. Kemudian saya masukkan dia dalam kotak, sebab saya nak kena naik pejabat jap ambil barang.
Kawan Tolong Hantarkan Kucing Ke Vet
Meanwhile, saya minta tolong kawan saya dari @catzoniamy untuk hantarkan ke Vet. Yang terdekat di TTDI.
Tq kakak-kakak Catzonia tolong hantarkan dia, sementara tunggu saya sampai. TTDI Vet memang saya dah selalu pergi. Dr Clement Anthony terus buat operation untuk buang fetus yang tak keluar tu.
In 3 days saya akan update balik. Nanti kalau ada yang nak adopt, saya bagi info.
Saya tanggung semua kos operation kucing ni. Sebab kesian. Saya tak dapat nak bawak balik rumah, sebab saya pun ada 11 ekor. If you guys stay in PJ area / TTDI area dan nak adopt “Lucky”. Nanti saya bagitahu bila “Lucky” dah sembuh ok.
Saya minta Dr Clement terus mandulkan dia, Semoga “Lucky” sihat lepas lalui keadaan trauma ni.
Memang tak rugi berbudi pada tanah. Selain hasilnya boleh dijual dan dimakan sendiri, manalah tahu pokok-pokok ini juga boleh dijadikan ‘cagaran’ untuk pinjaman pembiayaan kewangan nanti.
Dapatkan Pinjaman Institusi Kewangan
Berita baik buat pemilik 58 spesies pokok yang mempunyai nilai ekonomi kini boleh mencagarkannya untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan. Cagaran ‘pokok berharga’ ini merupakan inisiatif yang diumumkan oleh Kerajaan Thailand baru-baru ini.
Dasar baharu itu dimaklumkan oleh Jurucakap Kerajaan Thailand, Narumon Pinyosinwat, menerusi laman Facebook beliau.
“Dasar ini diusulkan Menteri Perdagangan sebagai pendekatan bagi membantu orang ramai mendapatkan pembiayaan kewangan dan mempromosikan penanaman pokok-pokok berharga dari segi ekonomi dalam kalangan masyarakat.
“Justeru, kementerian mengeluarkan peraturan mengenai jenis jaminan lain yang dapat digunakan di bawah Undang-Undang Jaminan Perniagaan BE 2558.
Pada masa sama, jenis pokok berharga dari segi ekonomi akan disesuaikan dengan Undang-Undang Perladangan Hutan BE ,” katanya.
Pinyosinwat turut memuat naik gambar dan senarai 58 jenis pokok berharga itu dengan nama yang dikenali dalam bahasa Thai diikuti nama saintifiknya dalam Bahasa Inggeris.
Antaranya ialah pokok jati, mangga, durian, asam jawa dan semua jenis buluh. – AGENSI
MW: Beruntungnya jika ada menanam pokok-pokok berharga ni. Boleh juga dijadikan cagaran untuk pinjaman pembiayaan kewangan di Thailand.
‘Mengada-ngada, mak dia sengaja tarik perhatian.’ Isu rambut kena tobek, jangan komen bukan-bukan! Lebih baik diam dari menyakiti hati orang lain. Sehari, dua ini viral isu seorang pelajar yang ditobek rambutnya di sekolah.
Ramai menghentam tanpa memikirkan kesannya langsung. Masing-masing ada silapnya, namun isu mental illness ini jangan dibuat main.
Apa yang anaknya rasa, murung dan depress tidak boleh dianggap mangada-ngada atau manja. Sebaiknya sebagai ibu, bawalah anak berjumpa pakar agar anak mendapat rawatan sewajarnya.
Manakala sebagai netizen, jangan komen dan kecam anak ini kerana kita tak faham apa yang dilaluinya. Jangan kerana kata-kata negatif anda membuatkan anak ini semakin parah emosinya.
Mengada
Ikuti perkongsian Kheyr Hameed dan hadam baik-baik perkongsiannya:
Ramai betul kecam pelajar sekolah yang dipotong rambut tobek-tobek oleh guru disiplin. Kecam budak tu, kecam mak dia.
Betul, mak dia salah sebab tak pantau rambut anak panjang pendek.
Mak Dia Sengaja Tarik Perhatian
Cuma on part of pelajar itu yang macam frust dan murung merajuk, tolong jangan pandang enteng. Sebenarnya kes depression dan anxiety di kalangan kanak-kanak semakin tinggi.
Ada kes di Indonesia, pelajar tahun 5 yang sangat baik dan jujur, tiba-tiba dituduh sebagai pencuri oleh rakan-rakan sekelas.
Tetapi tuduhan tu sebenarnya ialah prank sempena hari jadi pelajar tersebut. Rakan-rakan memanggilnya sebagai “maling” di depan guru dan khalayak ramai.
Pelajar tersebut mengalami “shock” dan pengsan dan selepas itu bermula episod kemurungan yang teruk. Diam, murung dan enggan bercakap dan makan.
Isu Rambut Kena Tobek
Akhirnya masuk ke rumah sakit. Pelajar tersebut menghembuskan nafas yang terakhir tidak lama selepas dimasukkan ke rumah sakit.
Bayangkan perasaan anak ini yang menjadi pengawas dan tidak pernah dihukum di khalayak ramai. Dikatakan pada hari tersebut, hanya dia satu-satunya pelajar yang dihukum.
Tolong jangan rasa “Alaa mengada-ngada. Mak dia hendak marketing tarik perhatian. Nak viral.” Kalau ada rasa macam tu, lebih baik diam dan jangan tulis di komen atau media sosial.
Lebih baik sembang laki bini saja benda macam itu. Khuatir jika anak ini benar-benar kemurungan dan menjadi berat membaca komen-komen dan post-post berbaur buli oleh anda yang bergelar ibu.
Saya tidak menangkan si ibu. Tindakan yang wajar bukanlah hebahkan di media sosial, sebaliknya bincang dengan pihak sekolah dan bawa anak bertemu psikatri sebelum sesuatu lebih buruk terjadi.
Cuma saya terkilan membaca post dan komen yang mengecam pelajar ini dengan ayat yang bukan-bukan.
Mental illness di kalangan kanak-kanak adalah hal serius.
Mingguan Wanita : Mental illness di kalangan anak-anak makin teruk seperti mana di Thailand dan Singapura. Di sana, makin ramai anak-anak sekolah rendah bunuh diri disebabkan gagal dalam pelajaran atau dibuli. Kita tak mahu apa yang berlaku di luar terjadi di Malaysia.
Ismanira didapati bersalah abaikan Zayn Rayyan. Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini memutuskan, Ismanira Abdul Manaf didapati bersalah atas kesalahan pengabaian terhadap anak autistiknya,...