Bayi Ajaib Dilahirkan Ibu Koma, Makin Montel Membesar Dengan Baik
Bayi Ajaib Dilahirkan Ibu Koma, Makin Montel Membesar Dengan Baik

Bayi ajaib, Farah Hanis Fairol Haziri ini semakin montel malah membesar dengan baik. Biar pun ketika usianya tiga bulan dalam kandungan, ibunya, Kamareeah Arwae, 36 disahkan koma. Dan sehingga hari ini masih terlantar belum sedarkan diri.

Menjadikan bayi perempuan ini begitu istimewa sekali. Baik di kalangan doktor pakar, kakitangan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) malah rakyat Malaysia yang mengikuti kisah anak ini.

Sebaik hamil tiga bulan, ibu bayi ini koma akibat ketumbuhan di kepala dan pernah mengalami jangkitan kuman. Dia menerima rawatan selama tiga minggu di hospital. Namun, bayi dalam kandungannya tidak terjejas.

Sepanjang tempoh mengandung koma itulah, ahli keluarganya menjaga Kamareeah dengan baik. Diberinya minum susu melalui tiub sampailah akhirnya dia melahirkan bayinya secara pembedahan dalam keadaan koma.

Waktu dilahirkan, kandungannya berusia lapan bulan setengah.

Sehingga ke hari ini, ibu ini masih terlantar dan masih lagi bergantung dengan susu untuk survival hidupnya. Biarpun Farah tidak pernah menerima walau setitik susu dari ibunya, tuhan rezekikan anak ini menerima susu badan daripada lima ibu.

Tiga ibu susuan termasuk Dr Siti Nur Aqilah Mohd Khairul Adnan, 32 dan dua lagi ibu yang sempat menyusukannya iaitu adik ipar Fairol dan seorang ibu yang diusahakan oleh pihak hospital ketika isterinya menerima rawatan di sana.

Yang mana, bekalan susu ibu berterusan yang diperoleh dari Dr Siti diserahkan kepada penjaga anak kecil ini sejak bayi. Sejak anak ini berusia satu hari, sepupu Kamareeah, Raja Norazilah Raja Embong, 39 sudah memberikan kasih sayangnya kepada anak kecil ini.

Suami Tetap Berikan Isteri Koma Sentuhan Kasih Sayang Anak-anak

Biar pun sudah hampir setahun Kamareeah terlantar, bayi ajaibnya itu tetap membesar dengan baik. Malah suaminya, tidak membiarkan isteri tidak menerima kasih sayang anak sulung mereka, Farras Hazim yang berusia dua tahun.

IKLAN

Setiap malam, ketika Farras usia setahun, suami ini akan membawakan anak sulung tidur dengan ibunya dalam bilik. Tujuannya untuk membiasakan anak itu dengan keadaan ibunya.

Cuma dia perlu lebih berhati-hati, kerana sebahagian tempurung kepala isteri sudah dibuang ketika pembedahan membuang tumor tahun lalu.

Dia juga akan membuat urutan kaki dan tangan untuk isterinya. Memandikan isteri pun jadi rutinnya kini.

Terdahulu, maklum Fairol, Farah Hanis telah menjalani pemeriksaan imbasan (MRI) di kepala kerana terdapat benjolan ketika awal kelahirannya. Dan dikhuatiri ada kaitan dengan penyakit Kamareeah.

Hasil ujian, ternyata benjolan itu sudah hilang.

IKLAN

 

Bayi Ajaib Dilahirkan Ibu Koma, Makin Montel Membesar Dengan Baik

 

Bayi Ajaib Semakin Montel Dan Sihat

Alhamdulillah Farah Hanis membesar dengan baik dan semakin montel kerana mendapat susu badan dari seorang ibu susuan sehingga hari ini.”

Tahap kesihatan bayi ajaib ini juga disahkan oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan HUSM, Dr Ahmad Amir Ismail. Maklumnya, Farah Hanis membesar dengan sihat walaupun dilahirkan secara pembedahan ketika ibunya koma.

IKLAN

Kes Farah Hanis ini sememangnya ajaib. Kebiasaannya bayi yang dikandung ibu berkeadaan demikian akan mengalami keguguran atau pertumbuhannya terencat malah ada masalah kesihatan yang lain.

Ajaibnya bayi itu sihat sehingga kini.” tambahnya lagi.

Bergantung Hidup Dengan Bantuan JKM Dan Orang Ramai

Ketika ini, Kamareeah yang ditempatkan di kediamannya di Taman SL Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) ini dijaga sepenuhnya oleh suami.

Keadaan isteri terlantar itulah mendesak suami ini tidak dapat bekerja. Dan bergantung bantuan bulanan RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sedekah orang ramai.

Setiap bulan, untuk keperluan susu, lampin pakai buang, rawatan dan keperluan harian dua anak kecilnya, Fairol memerlukan sekitar RM1500 sebulan.

Dan baru-baru ini, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mencemar duli menziarahi keluarga yang diuji ini. Baginda menyampaikan sumbangan wang tunai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan sumbangan peribadi untuk keluarga ini.

Sumber/Foto : Harian Metro, Sinar Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI