Satu lagi kes penderaan bayi dilaporkan dan kali ini melibatkan seorang bayi lelaki berusia setahun lima bulan di Besut, Terengganu. Bayi lelaki berusia setahun lima bulan itu maut dipercayai didera oleh rakan lelaki kepada ibu mangsa.
Gambar hiasan
Bayi17 bulan maut didera
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, pihak polis menerima laporan dari Klinik Kesihatan Kampung Raja, di sini pada 8 November memaklumkan mangsa meninggal dunia di klinik itu.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad
Katanya, insiden tersebut dipercayai berlaku apabila bayi lelaki itu diserahkan kepada suspek untuk dijaga, kira-kira jam 4 petang Selasa.
Ads
Didera ibu & rakan lelaki
Bagaimanapun, beliau berkata, bayi berkenaan tidak sedarkan diri serta mempunyai kesan lebam di beberapa anggota badan ketika dihantar semula kepada ibunya kira-kira jam 7.30 pagi keesokan harinya.
“Hasil bedah siasat mendapati terdapat kebocoran usus kecil pada bayi terbabit yang menyebabkan kematian. Bagaimanapun, punca kebocoran usus belum dapat dipastikan sama ada disebabkan trauma atau jangkitan kuman dan sampel perlu dihantar ke makmal,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Abdul Rozak berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak yang boleh disabitkan denda tidak melebihi RM 20,000 atau boleh dipenjara tidak melebihi 10 tahun atau keduanya.
Ads
“Susulan itu, tangkapan dibuat ke atas ibu mangsa berusia 27 tahun yang juga ibu tunggal bagi membantu siasatan dan akan direman hari ini.
Blogger Kembara Wanita Sepanyol Berdepan Detik Hitam Ketika ‘Singgah’ Di India. Kejadian yang menimpa wanita tersebut sememangnya satu situasi yang paling menakutkan dan ngeri.
Wanita Sepanyol berusia 28 tahun itu turut menyatakan dirinya berdepan detik hitam ketika ‘singgah’ di India apabila dia mendakwa diperkosa secara bergilir-gilir oleh tujuh lelaki warga tempatan ketika kejadian pada malam Jumaat lalu.
Blogger Kembara Wanita Sepanyol Berdepan Detik
Perkara tersebut dikongsi wanita tersebut dan syami menerusi Instagram. Seperti mana dipetik Sinar Harian, menerusi rakaman video yang menjadi tular di media sosial, mangsa yang identitinya tidak didedahkan turut menunjukkan kesan lebam pada wajahnya malah suaminya juga dipukul beberapa kali dengan topi keledar.
Blogger kembara yang mempunyai lebih 200,000 pengikut di Instagram menceritakan bagaimana mereka diserang ketika bermalam di bawah khemah sementara di daerah Dumka, negeri Jharkhand, terletak kira-kira 300 kilometer (km) dari Ranchi.
“Sesuatu yang buruk berlaku dan kami berharap orang lain tidak menerima nasib sama. Tujuh lelaki menodai saya.
“Mereka juga memukul dan merompak kami,” katanya menerusi rakaman tersebut yang telah dipadamkan atas permintaan pihak berkuasa Jharkand yang sedang melakukan siasatan.
Difahamkan, pengalaman menakutkan itu menimpa pasangan berkenaan setelah mereka sudah mengembara ke 63 negara dan menempuh perjalanan sejauh 170,000km.
Setelah insiden itu mendapat perhatian ramai, pihak berkuasa mengesahkan seramai empat suspek berjaya diberkas.
“Kesemua pelaku telah dikenal pasti dan baki mereka bakal ditahan tidak lama lagi,” kata Ketua Polis Jharkhand, Ajay Kumar Singh sambil menambah kereta peronda menyelamatkan mereka dan membawa ke hospital berhampiran.
Keganasan seksual terhadap wanita dianggap ‘perkara biasa’ di India dan data Biro Rekod Jenayah Kebangsaan menunjukkan secara purata hampir 90 kes dilaporkan pada setiap hari.
Negeri Rajasthan, Uttar Pradesh, Madhya Pradesh antara yang merekodkan kes perkosa paling tinggi.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Gadis peroleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama, bapa genggam PhD, kongsi kejayaan di pentas konvokesyen. Seorang bapa mencipta mencipta legasi keluarga cemerlang bersama anaknya apabila beliau berjaya menamatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
Gadis Peroleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama, Bapa Genggam PhD
Jika si bapa berjaya mendapat PhD, si anak pula berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama pada Majlis Konvokesyen Univerisiti Malaysia Sabah (UMS) ke-26 yang berlangsung baru-baru ini.
Dr. Azmi Abd Majid yang berusia 52 merupakan graduan PhD dalam bidang perbankan dan kewangan di bawah Fakulti Perniagaan Ekonomi Dan Perakaunan (FPEP), manakala anaknya Aleeya Batrisyia 22, merupakan graduan Fakulti Psikologi dan Pendidikan dengan PNGK 3.83.
Kongsi Kejayaan Di Pentas Konvokesyen
Azmi ketika berkongsi kejayaan mendapatkan PhD berkata, beliau mula menjadikan gelaran PhD sebagai cita-cita peribadi setelah mula beralih ke bidang akademik sebagai pensyarah pada tahun 2016 setelah berkhidmat selama 19 tahun dalam industri kewangan dan perbankan sebelum itu.
“Saya percaya dengan memiliki PhD dapat meningkatkan keyakinan yang lebih sebenarnya dan juga memberi ruang untuk menerapkan pengalaman dalam konteks keilmuan yang lebih luas.
“Saya menekankan kepentingan keseimbangan terhadap tanggungjawab akademik dan keluarga.
“Apabila anak-anak sudah dewasa, saya dapat menfokuskan kepada penyelesaian tesis sepenuhnya walaupun umur meningkat naik.
“RAMAI ORANG KATA BILA TUA, KITA PERLU BEREHAT, TETAPI BAGI SAYA, IA BERGANTUNG KEPADA MOTIVASI, YANG PENTING, MAHU ATAU TIDAK MAHU HABISKAN,” KATANYA.
Sebagai seorang ayah, Azmi sering berkongsi kata-kata motivasi di Facebook agar anak-anaknya dapat melihat dan mengambil inspirasi daripadanya, selain turut menasihati mereka supaya tidak menghadkan impian dan sentiasa bercita-cita tinggi, serta abaikan pandangan negatif orang lain dan terus fokus kepada matlamat yang ingin dicapai.
Nasihat tersebut turut mempengaruhi Aleeya Batrisyia, yang menyifatkan kejayaannya sebagai hadiah untuk ibu bapanya.
“Saya gembira dapat habiskan pengajian bersama ayah dan bangga dapat hadiahkan ijazah kelas pertama pada mereka.
“NASIHAT AYAH SAYA ‘BELAJAR SEBANYAK MUNGKIN’ MENJADI MOTIVASI CEMERLANG DALAM AKADEMIK SEKALI GUS DAPAT MEMBERIKAN KESERIUSAN DALAM AKADEMIK,” KATANYA. ALEEYA TURUT MERANCANG MENGIKUTI JEJAK AYAHNYA UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE PERINGKAT LEBIH TINGGI.
“Saya merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang yang sama tetapi lebih spesifik iaitu terapi berbual.
“Minat saya lebih kepada bidang terapi dan saya ingin mendalaminya dengan lebih mendalam,” ujarnya lagi.
Kisah inspirasi Dr. Azmi dan Aleeya Batrisyia menjadi bukti bahawa sokongan keluarga memainkan peranan masing-masing dan dedikasi tersebut mampu menjadikan impian satu kenyataan dan membina generasi keluarga ke arah kecemerlangan.
Sumber: Facebook Universiti Malaysia Sabah (Muhammad Fakhrul Hakim Nasrudin, pelajar program Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UMS )
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kini sedang hamil 38 minggu pelakon Faye Kusairi mendedahkan, minggu lalu dia berdepan ujian tidak terjangka apabila diserang penyakit Bells Palsy.
Penyakit ini yang lebih kerap berlaku pada orang yang mengandung, terutamanya semasa trimester ketiga, atau yang dalam minggu pertama selepas melahirkan.
Bells Palsy adalah satu keadaan yang menyebabkan satu sisi muka seseorang menjadi lemah atau lemah. Ini boleh berlaku apabila salah satu daripada saraf yang mengawal otot-otot di muka menjadi rosak atau berhenti berfungsi.
Kerosakan saraf ini biasanya berlaku apabila saraf menjadi bengkak atau meradang kerana jangkitan dengan virus. Kebanyakan orang dengan bells palsy pulih sepenuhnya. Tetapi sesetengah orang mempunyai gejala bell palsy sepanjang hayatnya.
Sarat Hamil, Diserang Bells Palsy Ketika Gosok Gigi
Pemilik nama sebenar Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 33, yang juga ibu kepada seorang cahaya mata, Alif Azmi menyatakan kejadian berlaku pada Jumaat lalu apabila dia mengalami kekejangan pada otot muka sebelah kanan ketika sedang menggosok gigi.
“Alhamdulillah, saya sudah dibenarkan pulang. Saya dimasukkan ke hospital sepanjang hujung minggu apabila disahkan mengalami Bells Palsy pada pagi Jumaat ketika sedang menggosok gigi.
“Saya belum pulih sepenuhnya tetapi dalam progress. Separuh muka sebelah kanan saya lumpuh sejak Jumaat dan saya menjalani rawatan bersama neurologis, ia semakin pulih.
“Sekarang saya sudah boleh menggerakkan otot wajah saya sedikit sebanyak. Syukur Alhamdulillah,” tulis Faye menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
Teruskan Rawatan Bells Palsy Di Rumah
Isteri kepada pengarah drama terkenal, Azmi Hatta ini sedang menghitung hari untuk melahirkan anak kedua.
Difamkan dengan usia kandungan yang sudah mencecah 38 minggu, dia kini hanya berehat dan menjalani rawatan di rumah serta berharap segalanya akan dipermudahkan.
“Sekarang saya teruskan berehat di rumah dan usia kandungan saya sudah 38 minggu.
“Dalam masa yang sama saya meneruskan rawatan Bells Palsy di rumah. Mohon doakan kesihatan saya diteruskan dengan baik dan dipermudahkan,” ujarnya.
Kisah menyentuh hati seorang nenek memangku jenazah bayi meredah banjir sejauh 3km menaiki pacuan empat roda demi menyempurnakan pengebumian. Ketabahan keluarga ini mengundang sebak.