Suami kena faham, isteri bukan robot semua benda nak kena buat malah ada yang berdikari. Tambahan zaman sekarang tak ramai yang ada peluang duduk rumah jadi suri pada suami mahupun anak-anak. Separuh daripada masa mereka, dihabiskan di pejabat dari hari Isnin sampai Jumaat. Ada yang membawa ke hari Sabtu malah Ahad.
Bayangkan macam mana stress ke tak stress, serabut ke tak serabut fikiran isteri. Bebanan kerja pula kadang kala melebihi daripada kemampuan dan kudrat usia malah tenaga mereka. Agar suami lebih memahami, bacalah catatan perkongsian Tuan Ehsan Halim ini.
Semoga suami akan lebih menghargai dan tahu bagaimana mahu mendapatkan kembali ketenangan dalam sebuah perkahwinan yang dibina atas dasar kasih sayang.
Zaman sekarang isteri kebanyakan kerja. Isnin sampai jumaat.
Balik rumah kena masak, urus anak dan urus rumah lagi.
Kalau suami isteri yang PJJ (perkahwinan jarak jauh) macam saya ni lagi la. Semua dia kena buat sendiri.
Hujung minggu baru dapat jumpa.
Isteri ni dia akan letih. Letih rohani dan jasmani.
Letih jasmani kita boleh hilangkan dengan bantu kerja-kerja rumah dan jaga anak.
Letih rohani, kita kena bagi ruang untuk isteri kita masa yang selesa untuk dia ibadah dan dapat pengisian.
Kalau saya bila hujung minggu waktu jumpa anak isteri, saya akan bawa mereka ke surau atau masjid untuk solat Maghrib dan Isyak.
Bila di masjid, lepas solat maghrib saya akan jaga anak. Biasakan dia dengan suasana masjid.
Biar isteri dapat beriktikaf dengan tenang untuk buat amalan fardi dia seperti baca quran atau zikir.
Dengan cara tu rohani dapat dirawat dan digilap.
Rohani yang letih dan tidak dirawat akan jadikan isteri kita tak tenang.
Kerana isteri ni dia ada bom jangkanya sendiri. Jangan sampai meletup.
Kalau dah meletup tu yang kadang-kadang isteri tu jadi suka bercakap kasar dengan suami, marah-marah anak dan lain-lain.
Jadi para suami sekalian, bawalah anak dan isteri sekurang-kurang seminggu sekali ke masjid atau surau. Cari majlis-majlis ilmu.
Dengar kuliah ilmu kat TV atau radio tak sama dengan hadir dan duduk dalam majlis ilmu di masjid.
Kerana Allah mengutuskan malaikat rahmat bagi mereka yang berada dalam majlis ilmu. Sakinah (ketenangan) akan diisi dalam hati mereka yang hadir ke majlis ilmu.
Kepada para isteri yang membaca status ini, mintalah suami kalian bawa ke masjid.
Jangan hanya asyik minta bawa pergi shopping bila stress kerana shopping hanya memberi kegembiraan tetapi tidak memberi ketenangan.
Ketenangan Allah akan bagi bila kita ingat kepada Dia (seperti banyak disebut banyak dalil dalam Al-Quran dan hadis).
Kepada para isteri yang membaca tulisan ini, kongsikan pada suami kalian supaya mereka tahu.
Pesan Saya
Harap tulisan ini dapat seimbangkan dengan tulisan saya baru ni. Kalau tak semua isteri asyik nak ajak suami pergi shopping sahaja. Kena ajak pergi masjid surau juga ya. Baru dua-dua jadi mithali.
Sumber/Foto: Ehsan Halim via Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI