Setiap pasangan suami isteri pastinya ada perancangan sendiri dalam menentukan jumlah anak dalam keluarga. Ada yang suka keluarga kecil dan ada juga yang suka memiliki keluarga besar. Kebiasannya, bagi mak-mak yang baru lepas bersalin, akan ‘serik’ untuk hamil dan melahirkan anak lagi.
Namun sebaliknya bagi seorang wanita di Carolina Utara, Amerika Syarikat yang baru melahirkan anaknya yang ke-16 namun tidak menolak untuk hamil lagi selepas ini, lapor akhbar Mirror UK hari ini.
Patty Hernandez, 39, berkata, meskipun kehamilannya kali ini sedikit mencabar, namun dia menerima jika itu kehendak Tuhan.
“Saya tidak pernah terfikir untuk mempunyai sebuah keluarga yang besar sehinggalah saya mula mempunyai anak.
“Kemudian, saya berfikir, ini adalah hebat dan kenapa tidak (mempunyai anak yang ramai)? Ini amat menyeronokkan,” ujarnya.
Patty juga berkata, jururawat-jururawat di hospital cukup ‘mengenalinya’ dan sering bergurau “akan jumpa dirinya setiap tahun”.
Patty Hernandez & suaminya Carlos disamping anak ke-16 mereka.
Anggap Rahmat Tuhan
Tambah Hernandez, meskipun terdapat komen-komen nakal di media sosial mengenai keadaannya yang mempunyai ramai anak, Hernandez menganggap keluarga besar yang dikurniakan kepadanya itu sebagai satu rahmat daripada Tuhan.
“Saya tahu terdapat segelintir orang yang tidak bersetuju dengan apa yang saya ada selain terdapat juga pelbagai komen-komen nakal di media sosial, namun bagi kami ini adalah satu rahmat.
Nama Anak Bermula Huruf ‘C’
Hernandez dan suaminya, Carlos mempunyai 6 orang anak lelaki dan 10 anak perempuan, menamakan kesemua anak mereka dengan nama bermula huruf C bersempena dengan nama lelaki itu.
Dari jumlah keseluruhan anak-anak pasangan suami isteri yang tidak pernah menggunakan alat cegah kehamilan ini mempunyai tiga pasangan kembar iaitu Carla dan Caitlyn, 10; Calvin dan Catherin, 6 serta Caleb dan Caroline, 3 tahun.
Manakala, anak-anaknya yang lain ialah Christopher, 11; Cristian, 9; Celeste, 8; Cristina, 7; Carol, 4; Camilla, 2, Charlotte, 1; Crystal, 1 dan bayi yang baru dilahirkan, Clayton.
Ads
Gembira Ramai Anak
Walaupun mengakui bahawa membesarkan begitu banyak anak boleh menjadi stres, ibu dari 16 tahun gembira mempunyai ramai anak.
Pasangan itu sebelumnya menyatakan bahawa mereka menghabiskan RM 2160 seminggu untuk bahan makanan dan lampin pakai buang, malah terpaksa membeli kenderaan baru kerana mereka telah mememerlukan bas 16 tempat duduk mereka.
Patty menambah bahawa mempunyai ramai anak, banyak kerja rumah yang perlu dilakukan tetapi dia sudah melatih anak-anak yang lebih tua untuk membantunya.
“Ketika ini saya mempunyai seribu pakaian untuk dicuci, malah sekurang-kurangnya lima jam masa diperlukn untuk melipat pakaian setiap dua hari,”
“Saya mencuci pakaian sekurang-kurangnya empat kali seminggu. Semasa anak-anak bermain, mereka sering meninggalkan mainan di lantai jadi saya juga perlu membersihkannya.
Ads
“Saya cuba memberi mereka rutin harian untuk membersihkan diri. Mereka mempunyai tugas sendiri.
“Yang lebih tua kadang-kadang membuat penkek sendiri, tetapi selalunya saya yang akan memasak,” ujarnya.
MW: Meriah betul keluarga ni. Memang seronok ada anak-anak ramai, namun ia juga disertai dengan kemampuan kewangan dan tanggungjawab dalam membesarkan anak-anak. Jika berkemampuan memang tiada salahnya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Ketika diri sering dirundung musibah, amalan menjemput rezeki adalah yang paling baik sekali dilakukan. Bagaimana caranya? Cik Puan Anys Idayu Hj Zakaria berkongsi kisah bagaimana amalannya mempraktikkan membaca 1 minggu 1 juzuk al Quran membuatkan rezeki bisnes malah kehidupan sehariannya tidak pernah putus.
Istiqamahkan Kita Membaca Al-Quran Setiap Hari?
Tahun 2014 membuka ruang pada saya mengikuti kelas online personaliti menerusi grup WhatsApp. Coach bertanya ‘istiqamahkan kita membaca Al-Quran setiap hari?
“Dari situ saya tersentak. Saya tekad ubah diri baca Al-Quran setiap hari.” Ini rutin Anys.
1. Join kumpulan baca al-Quran, seminggu 1 juzuk.
2. Mula-mula memang nampak macam kena paksa. Tapi bila lakukan setiap hari, in sha Allah dia jadi makin seronok dan kita sendiri akan lebih ikhlas.
3. Rutin ngaji bermula hari Ahad hingga khamis.
4. Baca Al-Quran awal pagi selepas selesai solat tahajud, solat Subuh dan selepas Maghrib.
5. Setiap hari selesaikan bacaan surah Al-Kahfi. Didik juga pada anak sulung agar baca 10 ayat pertama surah Al-Kahfi. Latih secara harian, bila tertinggal sehari akan rasa diri tak lengkap.
6.’ Ma’ pesan nak bagi senang dan rezeki sentiasa ada baca surah Al Waqiah setiap malam. Ini surah wajib baca sebelum tidur.
7. Selepas solat sunat fajar, sebelum solat Subuh amalkan baca surah Al Balad.
8. Amalkan apa saja perkongsian amalan murah rezeki dari ayat-ayat Al-Quran dan beberapa selawat sentiasa dibaca dalam hati mahupun di bibir.
Rahsia Menjiwai Al-Quran Ini
Sungguh benar, ayat-ayat Allah ini penawar segalanya. Rezeki tak pernah putus walaupun ada ketika dirinya betul-betul terdesak tiada wang di tangan.
Kisah Tahun 2013
“Tahun 2013, tahun yang memberi kesedaran dan keinsafan kepada saya. Ketika itu saya baru membina bisnes, dalam masa yang sama berhadapan masalah dengan suami. Saya kembali mendekatkan diri padaNya. Ketenangan datang dengan sendiri.”
“Betullah orang kata, bila masalah bertimpa-timpa datang, jalan penyelesaian hanya sujud pada Allah dan amalan dari ayat-ayat Al-Quran dapat membantu menyelesaikan masalah.”
“Itulah yang saya alami. Perlahan-lahan saya mengamalkan semua ilmu yang saya baca dalam buku yang saya beli itu (Mudahnya Menjemput Rezeki).”
“Antaranya solat dhuha, solat tahajud, solat taubat, istikharah, sedekah dan bacaan Al-Quran setiap hari walaupun ketika ni belum istiqamah lagi.”
Sumber/Foto: Anys Idayu Zakaria via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tak cuba tak tahu tetapi jus bawang putih ini diamalkan dalam beberapa bulan pada maknya dan suaminya sendiri. Dengan izin Allah, alhamdulillah masalah kencing manis dan kolestrol dalam badan semakin terkawal.
Bagi anda yang nak cuba boleh buat tetapi jangan sampai tak jumpa doktor, ya. Ini sekadar mencuba cara tradisional yang sedikit sebanyak membantu untuk mengawal penyakit dari pemakanan harian yang kita bedal setiap hari. Untuk tahu cara dan apa bahan yang perlu ada, rujuk perkongsian daripada Puan Mazliza Ahmad ini…
Wangi satu rumah dgn haruman jus ni.
Siap dah stok utk suami dan mak akak.
Dulu jus ni suami akk beli rm65 sebotol..tp sejak tau buat sndiri ni..dgn modal tak smpai rm50 blh dpt 2 botol besar n 2 btl kecik(x de dlm gmba).
*Mak akk makan sebab kencing manis n alhmdulillah..sejak dh amalkn bbrp bln..kencing manisnya x pernah naik dah.
*suami akk plk amalkn sb kolestrol tinggi dan sgt efektif utk dia..badan jd ringan..perut pun lawas.
*akk plk amalkn sb byk angin dlm bdn..apalagi..lps minum jus ni..mmng lawas la anginnya..smpai x larat nk sendawa.
Jus ni mmng bagus tuk kolestrol dan elakkan serangan jantung..mmng x rugi amalkn.
Utk yg nk try buat..akk share resepi kat cni ya..kuantiti dr stngh yg akk buat..smoga,bermanafaat.
*5 labu bwng putih(kopek kulit)
*3 ketul halia besar tapak tangan(buang kulit n racik nipis)
*3 biji lemon(buang kulit)
1/2 cawan cuka epal
1 1/2 cawan madu asli
Cara-cara:
-Blend bahan bertanda *dengan 3 cawan air (boleh buat 2 x blend-buh 1 1/2 cawan air setiap kali blend)- Tak perlu d tapis ya.
Masukkan dalam periuk dan masukkan cuka epal.
Didihkan sekejap atas dapo sambil kacau(takut berkerak)
Dah tutup api..dan bila dh agak suam..baru masukkan madu n kacau sebati..dah sejuk..blh la botolkan.
Ambik waktu pg sblm sarapan.
Amalkan satu sudu teh(bagi yg tak byk masalah)
1 sudu mkn utk yang bermasalah kolestrol.
Nota: Kalau tak lalu nk mkn saja..blh campur dgn setengah gelas air suam***
Cara penyimpanan:
Masukkan yang telah dibotolkn dlm peti sejuk ya..boleh tahan 2@3 bln insyaallah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu lima orang anak, Sabariyah Abdullah, 38 bimbang mengenangkan kesihatan anak-anak lelakinya. Penyakit berkaitan saraf menyerang kesemua anak-anak lelakinya. Yang sulung, Muhammad Zulhelmi telah dipanggil Ilahi akibat penyakit berkaitan saraf yang menyerangnya pada umur 9 tahun.
Anak keduanya, Muhammad Amar, 15 sedang menderita penyakit yang sama. Juga mengalaminya ketika usia 9 tahun. Dan anak lelaki terakhirnya, Muhammad Nasharudin, 11 menunjukkan simptom yang sama ketika usia 9 tahun.
Sabariyah (Bariyah) pasrah menerima ketentuan yang anak keduanya itu takkan mampu membesar sebagai seorang remaja yang aktif.
“Amar dilahirkan sihat dan normal. Sampailah usianya 9 tahun. Waktu itu, dia masih bersekolah. Tak lama, dia mula jalan berjengket-jengket. Bentuk badannya juga alami perubahan.
“Tubuhnya semakin susut dan mengecil. Lama kelamaan, Amar tak boleh bergerak. Dia cuma berbaring. Boleh duduk tapi dengan bantuan orang lain dan perlu ditahan belakang badannya.”
Dalam keadaan yang tidak mampu bergerak, Amar masih mampu menulis dan bermain game di telefon. Kadangkala dia ambil buku adiknya, kalau tiba-tiba dia teringin nak menulis.
Amar pernah juga dibawa ke rawatan tradisional. Penyakitnya masih belum sembuh juga. Ibu ini bersyukur kerana setakat ini Amar jarang demam, batuk mahupun selesema.
“InsyaAllah tak sukar menjaganya. Tapi saya perlu uruskan dia memandang dia pun tak mampu nak uruskan diri sendiri. Makan, alhamdullah tiada masalah. Dia boleh makan tiga ke empat kali sehari.
“Tapi banyak manapun dia makan, badannya tetap rupa itu. Tak gemuk.. makin mengecil. Pernah saya belikan dia susu khas nak bagi berat badannya bertambah. Tak juga berjaya.” Bariyah memulakan bicaranya dengan tenang.
Anak Sulung Meninggal 3 Tahun Lepas
“Anak saya 5 orang. Yang sulung meninggal disebabkan penyakit yang sama macam adiknya, Amar. Keadaan Amar ini memang sama keadaannya macam arwah anak sulung saya.
“Dulu waktu rawat anak yang sulung di hospital, ramai pakar dah kami temui. Tapi penyakitnya tak dapat dikesan. Kata doktor ia ada kaitan dengan saraf.
“Kes anak sulung saya itu kalau ikutkan nak dibawa lanjut ke hospital di Pulau Pinang. Tapi fikirkan risiko yang mungkin jadi, saya dan suami menolak.
Kemungkinan itu adalah jangkitan yang mungkin akan anaknya alami. Sedangkan ketika itu, arwah anaknya dalam keadaan yang stabil.
Jadi setiap bulan, ibu dan ayah ini membawa si sulung jalani fisioterapi. Sayangnya tiada juga perubahan. Mereka juga perlu berulang dari rumah ke hospital.
Setiap kali rawatan, suami terpaksa mengambil cuti bekerja. Akhirnya tertekan dengan kesukaran itu, rawatan fisioterapi untuk arwah anak sulungnya terpaksa dihentikan.
“Ketika itu arwah sihat, tiada sebarang penyakit serius yang dihadapinya. Arwah meninggal akibat penyakit asma. Kalau nak diikutkan, penyakit asmanya tidak begitu teruk. Kata orang, mungkin nak dijadikan sebab saja.”
Akui Bariyah sambil memaklumkan penyakit berkaitan sarah ini cuma menyerang anak-anak lelakinya saja. Anak perempuannya, Nur Afifah, 11, dan Robiatul Adawiyah, 6, tiada sebarang masalah dan sihat.
Risau Igauan Lama Datang Berulang
Arwah anak sulungnya meninggal semasa usia 15 tahun. Bariyah risau sekiranya Amar mengalami nasib yang sama dengan arwah abangnya. Memandangkan usia Amar kini mencecah 15 tahun.
“Sebab itu saya dan suami sentiasa berdoa yang terbaik untuk Amar. Setakat ini kesihatannya baik. Apa pun hanya Allah yang menentukan segala-galanya.
“Saya juga risau dengan keadaan seorang lagi anak lelaki saya, Muhammad Nasharudin, 11, yang mula menunjukkan simptom yang sama.
“Dia mula berjalan berjengket-jengket dan tidak boleh berlari. Nak bawa beg sekolah pun perlu saya bantu.”
Ketika ini suami Bariyah, Mohd Yusuf, bekerja sebagai tukang kebun di sebuah sekolah rendah dan mereka sekeluarga tinggal di rumah ibu bapa mereka.
Bantu Ibu Dan Ayah Amar
Anda yang mahu menghulurkan sumbangan, boleh langsung menghubungi Puan Sabariyah di talian : 011 2413 5718
Foto: Nurul Niza Suhaimi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Seorang lelaki 81 tahun ditahan selepas disyaki bersekedudukan di Lubok China bersama wanita 69 tahun. Kes ini menarik perhatian ramai dan disiasat di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.