Tatkala inai masih merah dijari, hanya baru 4 hari mengharungi alam rumahtangga, pengantin baru ini berhadapan ujian besar terlibat dalam kemalangan. Malah lebih menyayat hati apabila pengantin lelaki terkorban dalam nahas tersebut.
Keterujaan pasangan pengantin yang baru berkahwin Jumaat lalu, memilih pelamin untuk majlis bertandang tidak kesampaian apabila terbabit dalam kemalangan di Kampung Galok, di sini, 4.45 petang semalam. Kemalangan berkenaan meragut nyawa Wan Ahmad Haziq Wan Abd Razak, 25, manakala isterinya, Norainsya Mohd Suhaimi, 22, luka ringan di kepala.
Adik mangsa, Wan Ahmad Aizat Wan Abd Razak, 23, berkata, pada awalnya, dia menerima panggilan telefon daripada isteri mangsa memberitahu mereka terbabit dalam kemalangan dengan keadaan abangnya yang masih tidak diketahui.
Katanya, ketika dalam perjalanan ke Hospital Pasir Mas (HPM), dia terkedu kerana dikhabarkan abangnya sudah meninggal dunia, namun terus menguatkan semangat untuk sampai ke sana.
“Kali terakhir kami berjumpa ketika sarapan pagi bersama-sama di rumah ibu pagi tadi (semalam), memandangkan saya merancang untuk pulang Tanjung Malim, Perak, tempat saya bekerja pada sebelah petang.
“Kami berdua sangat akrab malah boleh dikatakan hampir setiap hari dia menelefon saya sebelum majlis perkahwinannya, untuk berkongsi persiapan dan keterujaan dia mendapat isteri memandangkan saya sudah berkahwin beberapa bulan lebih awal daripada abang,” katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik HPM, malam tadi.
WAN Ahmad Aizat menunjukkan gambar perkahwinan abangya, Wan Ahmad Haziq, yang berlangsung Jumaat lalu. FOTO Syaherah Mustafa
Pemergian Abang Beri Kesan Buat Keluarga
Wan Ahmad Aizat dalam keadaan sebak mengakui, abangnya itu seorang anak yang sangat taat pada ibu mereka selain disenangi rakan-rakan kerana keramahannya selain suka membantu kenalan yang dalam kesusahan.
“Pemergiannya benar-benar memberi kesan buat kami sekeluarga, apatah lagi hanya beberapa hari dia membina ‘masjid’ bersama isteri tercinta. Bagaimanapun, kami reda dan akan terus menguatkan semangat kerana isterinya juga perlukan sokongan kami sekeluarga untuk terus kuat.
“Insya-Allah sebaik selesai semua urusan di hospital, jenazah abang akan segera dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Beris Harab, Kota Jembal, di Kota Bharu,” katanya.
Kereta Hilang Kawalan, Terbabas
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian itu.
“Hasil siasatan mendapati, pasangan berkenaan yang menaiki Perodua Myvi dipercayai hilang kawalan menyebabkan terbabas ke jalan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Alza ketika dalam perjalanan dari arah Tanah Merah ke Pasir Mas.
Ads
“Selepas bedah siasat dilakukan, didapati mangsa yang parah pada bahagian dada dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan HPM, manakala isterinya mengalami luka di bahagian kepala.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Mingguan Wanita: Besar sungguh dugaan yang dihadapi buat keluarga dan pengantin perempuan ini. Semoga diberi kekuatan dan kesabaran dalam menempuh ujian kehilangan yang tersayang.
Setiap hari guru-guru berdepan dengan ragam murid yang pelbagai. Ada yang menggembirakan hati, tak kurang juga buat cikgu keletihan dan penat. Namun tanggungjawab cikgu galas dengan jiwa yang besar. Kerana cikgu ini mahu melihat murid-murid berjaya masa depannya.
Kejadian ‘terjumpa duit seringgit’ ini Cikgu Hussayn (Hussin Bin Ismail) abadikan dalam catatan indah untuk pelajarnya itu.
Kisah Anak Comel Yang Ossem
Alhamdulilllah.. ada juga ruang waktu saya menulis tentang kisah anak comel yang ossem ini. Rasa rugi kalau tidak berkongsi dan diabadikan dalam album Kisah Murid Ossem (KMO).
Berikut adalah situasi semasa saya mencari kelas relief di tingkat satu beberapa hari yg lepas. Semasa berjalan, tiba-tiba terserempak dengan anak-anak comel ini. Ada 3 orang semuanya cuma 2 orang yang mahu bergambar.
Murid : “Cikgu! nah ambil duit ni.”
Guru : “Alaa.. duit macam ni nak buat apa, bukan laku pun.”
Murid : “Kami jumpa dekat tangga tadi. Takpe cikgu ambil la.”
Guru : “Tak nak lah! Cikgu nak buat apa dengan duit macam tu.”
Murid : “Cikgu ambillah.. anggap je ini rezeki cikgu hari ini.”
Guru : “Hahaha.. (ketawa) mari sini pegang duit tu, cikgu nak ambil gambar awak.”
Murid : (tersenyum simpul)
Pandai pula anak-anak ini dengan spontan kata itu rezeki saya hari ini. Alahai sayang.. Korang betul-betul buat cikgu kejang perut. Sikit sangat rezeki cikgu yang korang jumpa ye.
Lain kali usahalah lebih sikit cari rezeki yang banyak untuk cikgu, baru cikgu bersemangat nak terima. Apapun terima kasih kerana sudi hiburkan hati cikgu dengan keletah dan senyuman manis kalian.
Ini Amanah Pendidik
Sedar tak sedar setelah selama 10 tahun berkhidmat dalam bidang pendidikan sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling, kini saya dapat rasakan kemanisan sebenar menjadi seorang guru.
Melihat anak-anak ini ceria, hati terhibur. Mengetahui mereka bersedih, hati gelisah, Dapat membantu mereka, hati bahagia dan apabila melihat kejayaan mereka pula, hati pasti berbunga ceria.
Terima kasih Ya Allah atas anugerah ini. Anugerahkan juga perasaan ini pada guru-guru lain yang belum merasainya agar mereka juga dapat merasakan nikmat dalam menjalankan amanah sebagai seorang pendidik.
Terima kasih juga pada ibu ayah yang menghantar anak-anak yang menjadi penghibur hati kami guru-guru di sekolah. Tanpa murid siapalah guru. Tqvm & UiLove!
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;
“…Manusia yang paling dicintai Allah adalah yang paling bermanfaat bagi manusia, dan pekerjaan yang paling dicintai Allah adalah menggembirakan seorang muslim, atau menjauhkan kesusahan darinya, atau membayarkan hutangnya, atau menghilangkan laparnya. Sungguh aku berjalan bersama saudaraku yang muslim untuk sebuah keperluan lebih aku cintai daripada beri’ktikaf di masjid ini (masjid Nabawi) selama sebulan…” (HR. Thabrani)
Cuba tengok tulisan anak-anak kita, macam mana bentuknya. Kemas teraturkan atau lari-lari dari garisan asal buku latihan?
Puan Faridah Salleh, guru sekolah yang juga pengasas dan juruterapi dari Qaseh Learning Centre berkongsi video panduan membantu anak muridnya menulis dengan kemas dan cantik pada buku garis 1.
“Masalah utama anak ialah di buku garis 3 cantik. Bila di garis 1 ke Laut Cina Selatan jawabnya. Di bawah inilah cara yang Eida gunakan.”
Ada 6 point yang mak ayah perlu ambil perhatian:
1. Pembaris pintar 2. Semak pastikan cara pegang pensel betul ( ada eida share dalam video) 3. Guna 1 jari 4. Huruf tinggi sampai garisan – kisah monyet 5. Huruf rendah – guna pembaris pintar 6 huruf besar kisah monyet. 7. Lagu tanda baca.
Mulakan Dengan Ajar Anak Cara Pegang Pensel Yang Betul
Anak yang tak dapat memegang pensel dengan betul, berkemungkinan berhadapan dengan masalah otot. Sebab itu sesetengahnya bila diminta menulis sikit, cepat saja penat.
Ada sesetengah mak ayah bangga apabila anaknya tak merangkak. Merangkak adalah proses penting dalam tumbesaran anak. Sebab anak perlukan kekuatan otot bahu.
Salah satu cara nak atasi masalah anak tak suka menulis, saya sarankan mak ayah atau guru, buatlah latihan merangkak dalam kelas. Otot yang kuat akan buat anak takkan penat pegang pensel semasa menulis.
Guru Bahasa Melayu, Cikgu Eida tunjukkan cara pegang pensel dengan betul dengan bantuan paper klip. Rujuk video di bawah:
Gunakan Pembaris Pintar Dan Ajar Anak Tulis Huruf Rendah/Tinggi Pada Buku
Lagu Buat Anak Mudah Faham Penggunaan Tanda Baca
Guru sekolah di SK Bukit Mahkota, Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi, Johor ini ketika ini mengajar anak-anak di kelas akhir.
Ekoran kejadian tanah runtuh yang berlaku di perkhemahan Father Organic Farm, Jalan Genting, pertemuan terbaru adalah ibu dan anak berpelukan di bawah runtuhan.
Ibu Dan Anak Berpelukan Antara Satu Sama Lain
Mayat dua beranak ini ditemukan dalam keadaan berpelukan antara satu sama lain. Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, dua mangsa itu membabitkan seorang wanita dan anak perempuannya dianggarkan berusia antara empat hingga tiga tahun ditemui jam 4.40 petang di Sektor C Riverside.
“Seorang lagi mangsa ditemui di sektor sama selepas dikesan anjing pengesan (K9) dan usaha membawa keluar mayat berkenaan sedang giat dijalankan.
“Ia menjadikan jumlah keseluruhan mangsa meninggal dunia yang ditemui seramai 19 orang dan 14 lagi individu masih hilang sedang dikesan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Suffian Abdullah berkata, 16 mayat mangsa yang ditemui sehingga jam 1 tengah hari tadi pada mulanya dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Bagaimanapun, semua mayat mangsa dipindahkan ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.
“Mana-mana pihak yang mahu membuat pengecaman diminta datang ke Hospital Sungai Buloh atau datang ke lokasi untuk berhubung dengan komander operasi,” katanya.
Ditanya sama ada operasi mencari dan menyelamat (Op SAR) akan diteruskan sehingga waktu malam, beliau berkata, pihaknya sedang berbincang dengan pihak bomba berhubung perkara itu.
“Pada waktu malam, pastinya ada halangan dari segi cuaca, teknikal dan faktor keadaan gelap sekali gus menyebabkan ancaman yang tidak nampak.
“Jika keadaan cuaca tidak mengizinkan, kami mungkin akan menangguhkan operasi ini pada waktu malam,” katanya.
Mingguan Wanita : Moga ahli keluarg mangsa tabah hadapi dugaan ini.
Sumber: Harian Metro
Gambar: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Salah seorang daripada tiga bayi kembar perempuan dilahirkan pramatang di Hospital Melaka berada dalam keadaan membimbangkan. Ketahui perkembangan terkini bayi kembar tiga pramatang kepada pasangan Mohd Fikry Amri dan Sabrina Hakiem.