Berani sungguh isteri usia muda yang menghubungi Puan Suzima Hazish pengasas jamu Suzy Honey Herbs ini. Semasa berpantang hari ke 23, ibu muda ini telah ‘bersama’ dengan suami yang dimaklumkannya tinggal berjauhan dengannya.
Tapi ini bukan soal berani atau tak. Ia lebih pada soal kesihatan tubuh ibu muda itu sendiri. Seharusnya suami tak menggunakan alasan susah nak jumpa isteri demi memenuhi tuntutan ‘bersama’ pasangannya.
“Pagi ini ada kes. Seorang ibu dalam pantang wassap saya.
“Kak, saya nak tanya sedikit. Saya dalam pantang sudah masuk 23 hari. Darah nifas dah mulai kering. Bersalin anak kedua. Kebetulan jahitan luka saya pun sudah mulai baik.
“Sebab jahit sikit saja. Saya bersama dengan suami baru-baru ini. Tak dapat nak elakkan. Sebab saya dan suami tinggal berjauhan. Bila berjumpa…terjadilah.
“Lepas tu, esoknya saya keluar darah banyak. Ini darah haid ke kak? Dan badan saya sakit. Habis berdenyut satu badan.
“Tolong lah kak, apa perlu saya buat. Silap saya kerana tak sampai habis tempoh pantang sudah melakukan hubungan.”
Dan wassap itu buatkan Puan Suzy terpaksa menarik nafas dalam-dalam. Memang sukar untuk membayangkan apa yang sudah berlaku.
“Sebaiknya adik ini segera ke klinik/hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.” Dan hadamkan nasihat lanjut dari Puan Suzy ini ya mak-mak muda. Untuk panduan kita bersama juga.
Ini Nasihat Saya Untuk Semua Tentang ‘Bersama’ Dalam Tempoh Pantang
Zaman sudah terlalu moden dan tidak dinafikan ramai para ibu muda yang sudah tidak mengambil berat akan kepentingan dan adab dalam berpantang. Boleh dikatakan berbeza cara berpantang zaman dahulu dan sekarang.
Zaman kami yang emak-emak ini ( macam saya ) sangat takut bila bab berpantang ini. Bersungguhlah kami mengikut cakap mak bidan dan pesan orang lama.
Zaman sekarang ini, ibu dalam pantang mereka seakan bebas mengambil apa sahaja pemakanan dan melakukan aktiviti harian seperti membeli belah, kemas rumah, naik kereta ke sana sini ada juga keluar bersiar waktu malam. Seolah kedatangan nifas ini seperti waktu kedatangan haid saja!
Akibatnya ibu-ibu ini mudah diserang sakit-sakit badan dan sakit sendi seperti arteritis, rhuematoid arteritis juga reumatisme. Malah ada juga di kalangan mereka ini diserang masalah terencat urat besar atau urat sum di bahagian pinggul yang mengganggu pergerakan mereka ini.
Lagi malang hal ini membuat mereka menderita seumur hidup pun ada. Ada sesetengah kes diserang penyakit lumpuh dan terpaksa berkerusi roda seumur hidup.
Hal yang paling tragis ialah bila dalam pantang melakukan aktiviti ‘bersama’. Tindakan ini boleh merosakkan saluran bahagian intim, pintu rahim dan rahim secara keseluruhannya kerana rahim masih lagi uzur dan dalam keadaan lemah. Urat saraf, otot-otot juga tisu saluran bahagian intim belum bersedia lagi menerima untuk melakukan pergerakan kuat dan geselan. Ini boleh mengakibatkan masalah turun darah, peranakan rendah, terkeluar rahim atau tombong!
Pesanan saya buat ibu dalam pantang supaya merawat dan menjaga diri sebaik mungkin.
Beri masa untuk diri sendiri sihat segar pulih sebaiknya. Jangan kita rasakan kita ini sihat. Padahal urat dan dalaman belum lagi pulih sepenuhnya.
Juga minta kerjasama suami dan keluarga untuk saling menolong memberi kerjasama dan sokongan sebaiknya.
Insha allah. Semoga menjadi pedoman.
Uji Darah Nifas Dengan Putik Kapas
Manakala menurut Ustaz Azhar Idrus dalam satu siri ceramah beliau, Siti Aisyah r.a pernah ditanyakan Rasulullah s.a.w tentang bilakah darah nifas berhenti.
“Dulu tak ada tisu. Jadi ambil perca kain (cebisan kain) letakkan dalam bahagian intim isteri. Tengok warnanya. Jika putih bersih bermakna sudah tiada darah nifas.
“Zaman sekarang lebih mudah caranya. Ambil putik kapas, minta isteri mencangkung. Kata ulama masukkan putik kapas sekadar seruas jari ke dalam bahagian intim isteri. Sebelum itu, minta isteri bersihkan dulu bahagian intimnya dengan air dahulu. Minta dia berehat dalam 10 minit barulah dimasukkan putik kapas. Bimbang darah-darah lama masih melekat di sekitarnya.
Masa inilah isteri dah boleh mandi dan wajib bersolat. Tapi adakah bermakna isteri yang dah boleh solat itu, suami boleh gauli?
“Belum boleh. Lagi-lagi isteri yang tiada istihadah iaitu bersalin secara cesarean. Yang mana isteri dalam keadaan kesakitan akibat pembedahan.
“Jadi dalam soal bersama suami isteri dalam pantang ini ia tiada kaitan dengan tarikh boleh solat. Tapi suami hendaklah memastikan darah isteri dah kering dan sekiranya tubuh isteri masih lemah yang mana boleh memudaratkan kesihatan isteri, ‘bersama’ suami isteri tetap tak boleh dilakukan.
“Jika darah isteri dah kering pada hari ke 44 dan isteri minta tempoh untuk dia betul-betul pulih dalam masa 2 minggu. Maka suami kena penuhi.”
Kalau Isteri Sedang Berpantang, Suami WAJIB Buat 9 Benda Ini Tanpa Disuruh
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI