Bapa minta maaf salah “petik” nama sekolah SMKA Tun Datu Mustapha, JPN Sabah nafi pelajar dibuli. Kes kematian adik Zara Qairina yang dilaporkan terjatuh dari tingkat 3 asrama SMKA Tun Datu Mustapha sekitar 2 minggu lalu masih menarik perhatian masyarakat. Ramai mahukan jawapan apa sebenarnya yang berlaku pada malam arwah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri hingga membawa kepada  kematian menyayat hati pelajar ini.

Sama ada wujudnya kes buli terhadap adik Zara dan semua ini dalam siasatan pihak berkuasa, seorang bapa, Zakaria Bulkiah di facebooknya telah berkongsi beberapa keping gambar anaknya dengan mata lebam dan memaklumkan anaknya juga pernah bersekolah di sekolah yang sama adik Zara ditemui mati. Malah bapa ini meminta maaf kerana tidak meneruskan tindakan terhadap pihak sekolah.

Bapa Minta Maaf Salah “Petik” Nama Sekolah SMKA Tun Datu Mustapha, JPN Sabah Nafi Pelajar Dibuli
Posting bapa ini yang berkongsi anaknya juga mengalami situasi sama seperti arwah adik Zara.
Bapa Minta Maaf Salah “Petik” Nama Sekolah SMKA Tun Datu Mustapha, JPN Sabah Nafi Pelajar Dibuli
Bapa ini berkongsi gambar anaknya dengan mata lebam dan mendakwa dibuli

Ramai bersimpati dan mengharapkan pihak sekolah memberikan jawapan atas kejadian kes buli menakutkan di sekolah terbabit. Selepas posting tersebut tular di media sosial, ia mendapat respon dari Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek yang meminta Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk  memberikan penjelasan apa sebenarnya yang terjadi kerana pelajar berkenaan sudah bertukar sekolah selepas kejadian ini.

Penjelasan dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah menafikan wujudnya  dakwaan berlaku kes buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan, Papar, pada tahun 2023.

Memetik laporan Sinar Harian, Pengarahnya, Datuk Raisin Saidin berkata, siasatan mendapati kes tersebut tidak berlaku di sekolah berkenaan, malah identiti pelajar yang terlibat juga tidak dikenali.

Ads

“Kes ini tidak ada berlaku di SMA Tun Mustapha, tiada yang kenal pelajar ini. Malah tidak ada laporan disiplin yang JPN terima berkaitan kes ini sebab ia tidak berlaku di sekolah itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas arahan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam satu hantaran yang meminta JPN Sabah menyiasat kes tersebut.

Bagaimanapun, Raisin menjelaskan kejadian itu sebenarnya berlaku di sebuah sekolah lain dan bukan melibatkan insiden buli, sebaliknya membabitkan pelajar yang terlanggar tiang gol.

Ads

“Ya di sekolah lain, budak terlanggar tiang gol dan tiada kaitan buli. Kes juga telah selesai pada tahun yang sama dan ibu bapa murid telah menarik laporan polis,” katanya.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI