Tak semua orang suka ambil makanan pedas. Mahu berdesing telinga bila pedas nie. Berapa banyak pula air yang nak diminum untuk hilangkan rasa pedas. Tapi, kalau makan pedas, badan boleh kurus. Betul ke?

Tidak tahulah sejauhmana makanan pedas ini boleh membantu kita kurus. Kalau macam tu, orang yang adan berisi bolehlah mengambil makanan pedas. Sebab katanya boleh membantu membakar lemak.

Ikuti perkongsian daripada pakar dietitian, Wan Nusaibah tentang perkara ini.

Makanan Pedas Boleh Bakar Lemak

Zaman sekarang sangat popular dengan vlog Mukbang di Youtube sama ada dari Korea, Jepun dan tak lupa juga dari negara kita. Apa mukbang tu? Video yang orang suka makan-makan tu.

Satu persamaan yang saya selalu perhati daripada video-video Mukbang ini adalah mereka makan dalam kuantiti banyak, selalu makanan pedas-pedas atau bercili dan paling penting badan mereka semua KURUS!

Maka, timbul ideologi ” Ohh, mereka makan pedas banyak.. Itu yang BAKAR LEMAK tu, sebab tu tak gemuk”

Baca Artikel Lain: Jus Diet Sihat, Perut Kenyang Bagi Yang Tak Mahu Makan Malam!

IKLAN

Awas! Gemuk Atau Kurus Bukan Penentu Anda Sihat

Betul Ke?

Pertama sekali kita kena tahu daripada mana datang nya makanan pedas ini. Rasa pedas sangat sinonim dengan penggunaan cili dan cili mempunyai satu bahan aktif yang dipanggil CAPSAICIN.

Menurut kajian, capsaicin ni kesannya adalah meningkatkan kadar metabolisma tubuh dengan meningkatkan kadar degupan jantung, pengeluaran hormon dan tenaga juga.

Sebab itu, kalau makan pedas kita berasa panas dan berpeluh-peluh. Pernah alami kan?

Bakar Lemak

Berbalik pada persoalan, betul ke MAKANAN PEDAS NI BOLEH BAKAR LEMAK DENGAN EFEKTIF?

“Yela kan, dah makan tu kalau berpeluh-peluh mesti bakar kalori dan lemak sekali!”

Memang betul kajian ada mengatakan kesan capsaicin yang meningkatkan penggunaan tenaga sedikit sebanyak membakar lemak. Tetapi, hanyalah dalam jumlah yang kecil.

Bayangkan kalau kita ambil makanan pedas tu tapi kuantiti setalam besar macam dalam vlog mukbang dan jenis masakan pula selalunya bergoreng.. Mana satu lagi banyak?

Lemak yang TERBAKAR ke atau lemak yang MASUK?

Pembakaran lemak hanya efektif melalui AKTIVITI FIZIKAL.. Bergerak badan ye, bukan mulut yang kuat mengunyah

Yang buat mukbang tu pun entah-entah dia buat seminggu sekali je ha lepas tu exercise KAW-KAW.. Yang kita ni begitu percaya makan pedas tu boleh bakar lemak dan kurus.

Sedap kan tengok vlog mukbang? Haa tengok aje, percaya jangan.

Yang suka tengok mukbang juga
Dietitian Nunu

MW: Kalau rasa tak mampu makan pedas, tak payahlah beria nak makan. Banyak cara lagi untuk kita kuruskan badan kan!

Sumber: Wan Nusaibah