Ada sesetengah anak kecil suka tidur malam dengan pasang lampu dan tanpa ambil tahu risikonya, mak ayah ikutkan kehendak anak dan akhirnya jadi tabiat!
Rutin ini sebenarnya tak bagus, boleh mengundang bahaya sekaligus mampu menjejaskan tahap kesihatan anak-anak untuk jangka panjang. Malah ia juga boleh mengakibatkan risiko penyakit kanser.
Menurut beberapa kajian yang dijalankan, tidur dalam keadaan cerah atau ketika lampu terpasang akan mengurangkan penghasilan hormon melatonin. Hormon Melatonin merupakan salah satu hormon yang berfungsi untuk mempertahankan tubuh daripada penyakit berbahaya seperti kanser. Hormon melatonin ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh jika anda tidur dalam keadaan yang cerah.
Bukan itu sahaja, tidur dengan lampu menyala juga mengakibatkan jam biologi tubuh terganggu dan otak tidak dapat berehat sepenuhnya. Kesannya, anak-anak akan mengalami gangguan tidur yang akhirnya boleh menyebabkan ganguan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, stres dan menjejaskan metabolisme tubuh.
Oleh itu, sebelum tidur pastikan lampu ditutup terlebih dahulu. Bukan saja dapat menjimatkan bil elektrik tapi baik untuk kesihatan.
Ads
Kebaikan tidur dalam gelap :
Baiki sel-sel yang rosak
Tubuh kita memerlukan suasana yang gelap dan tenang untuk memperbaiki sel-sel yang rosak atau mati.
Ads
Tidur Lebih Lena
Tidur dengan lampu dipadamkan adalah tidur yang lebih selesa dan lebih tenang berbanding tidur dengan lampu terpasang.
Ads
Cegah penyakit seperti kanser
Tubuh kita hanya akan aktif mengeluarkan hormon melatonin apabila berada dalam suasana gelap. Hormon Melatonin ini diperlukan oleh badan kita untuk mencegah penyakit seperti leukemia dan kanser.
Jimatkan tenaga elektrik
Menutup lampu sebelum tidur pastinya mampu mengurangkan bil elektik di rumah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Nilai Lah Sendiri, Dakwaan Dilemparkan. Bukan Saya Jatuhkan Pasu”. Pelakon Yana Samsudin tampil menjelaskan situasi sebenar membabitkan insiden dirinya yang didakwa sengaja memecahkan pasu antik milik usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri.
Difahamkan pada waktu itu, Yana dan suaminya, Fadzil Zahari berada di kediaman Aliff Syukri itu untuk menjalani penggambaran sebuah program terbitan Alif Farhan.
“Nilai Lah Sendiri, Dakwaan Dilemparkan.”
Menerusi perkongsian di Instagram, Yana tampil bersuara dan mengakui tidak bersalah atas dakwaan memecahkan pasu bernilai RM400,000.
“Assalamualaikum.
Ini lah kejadian sebenar tiba tiba pasu yang di dakwa bernilai yang saya pecahkan di rumah DAS.
Saya menghormati pelawaan pihak Astro untuk program Raya, menjadi pengacara selebriti beraya di rumah selebriti.
Nasib baik saya ada simpan video ini. Saya bukan berlakon dan tangan saya terluka serta berdarah. Tangan saya betul betul berdarah dan saya sendiri tak pasti macamana ia berlaku. Sebab saya pasti saya tak pegang pasu tu.
Korang boleh nilai sendiri, dalam video ini. Bukan saya yang jatuh kan pasu tu.
Tiba Tiba Terhempas Dan Jatuh Pecah
Seandai nya apa dakwaan saya terlibat dalam konten atau nak kenakan saya untuk content semata mata. Perkara ini adalah di luar pengetahuan / tanggungjawab saya.
Dari sudut mana saya pecah kan pasu itu , korang boleh nilai kan.
Pasu tu bukan di tangan saya, tiba tiba terhempas dan jatuh pecah.
Nilai lah sendiri , dakwaan yang dilempar kan kepada saya,” luah Yana Samsudin.
Itulah yang dikongsikan Yana. Diharap perkara ini bukanlah gimik dan semuanya akan diselesaikan secara baik.
Pelakon dan penerbit terkenal, Fauziah Ahmad Daud tiada niat untuk mengaibkan sesiapa menerusi teater terbitannya berjudul Di Sebalik Topeng, sebaliknya sekadar ingin mengusik isu-isu semasa yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.
Fauziah atau mesra disapa Ogy berkata, sekiranya terdapat netizen yang mensensasikan dialog atau jalan cerita yang dilontarkan dia tidak ambil peduli kerana karya yang dihasilkan mencerminkan realiti yang berlaku dalam masyarakat kini.
“Netizen kadang-kadang kita buat sesuatu perkara pun mereka akan kecam. Seperti dialog saya dalam teater ini, mereka suka ‘mengorek’ cerita.
“Apa saja cerita saya yang tidak ‘FYP’ (trending), sampai saya kadang-kadang pun terfikir, cerita apa ni?
“Apa yang dipersembahkan itu adalah cerita benar dan realiti sekarang. Saya tidak rasa sudah buat sesuatu yang salah sebab kami tidak mengaibkan sesiapa. Saya pun tahu Akta Media Sosial,” katanya pada majlis pra-tonton teater Di Sebalik Topeng yang berlangsung di Auditorium Dewan Bahasa Dan Pustaka, di sini, semalam.
Menurut Ogy, dia berharap mesej yang disampaikan melalui teater itu dapat membuka mata segelintir pihak mengenai kesan negatif komen atau kritikan yang dilemparkan di media sosial.
“Saya cuma harap melalui teater ini dapat menyedarkan mereka mengenai kesan komen yang ditinggalkan di media sosial. Ia boleh menyebabkan semangat atau jiwa seseorang itu hilang.
“Teater ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu wadah untuk kita merenung diri dan memahami erti kekuatan dalam menghadapi ujian hidup.
“Setiap watak yang dipersembahkan dalam teater ini melambangkan topeng-topeng yang kita pakai untuk menyembunyikan perasaan dan luka yang kita alami,” katanya.
Teater Di Sebalik Topeng yang akan dipentaskan bermula hari ini dan esok di Auditorium Dewan Bahasa Dan Pustaka, Menara DBP bakal menyaksikan Ogy memegang watak sebagai isteri kepada seorang tokoh politik yang pernah berkuasa sehingga menyebabkan dia mengalami masalah kesihatan mental.
Melalui sesi terapi kumpulan, wanita berkenaan tidak bersendirian, sebaliknya ditemani beberapa individu lain yang juga cuba melepaskan diri daripada trauma dan bebanan hidup.
Singkap Kisah Setiap Watak
Di Sebalik Topeng menggunakan latar belakang sesi terapi sebagai medan menyingkap kisah setiap watak yang penuh adegan rahsia.
Dalam masa sama, teater itu turut menekankan kepentingan mencari bantuan dan memahami kesakitan emosi adalah sebahagian kehidupan yang perlu diatasi, bukan disembunyikan.
“Masyarakat kita masih lagi canggung dan kurang faham kepentingan merawat masalah itu sendiri, dalam dialog monolog pembuka ada menyebut “aku sihat, aku tak sakit” dan itu sendiri menunjukkan dia sendiri tidak sedar dirinya perlu dirawat.
“Saya berharap teater ini juga dapat membantu masyarakat kita ini memahami kepentingan sistem sokongan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kesihatan mental dan emosi” katanya.
Sementara itu, pengarahnya Zainorhisyam Samudin berkata, dia berharap pementasan ini dapat membuka mata masyarakat terhadap kepentingan sokongan emosi.
“Teater ini adalah sebuah experimental kepada situasi sebenar yang berlaku dalam kehidupan kita.
“Dalam teater ini kita persembahkan pelbagai latar kehidupan yang membawa kepada gangguan mental itu sendiri yang mana ada sosok narsisitik, penagih dadah, scammer, wanita yang melalui dugaan dihina dan dikecam, pemerdagangan manusia dan mangsa penderaan.
“Semua ini berlaku di sekeliling kita dan kita tekankan pada pengakhirannya kepentingan sistem sokongan dari semua pihak” katanya.
Selain Ogy, teater terbabit turut dilakonkan oleh Rayden Ahmad, Luqman Muqri, Leesha MK, Nor Azila, Gibran Agi dan Ard Omar.
Tiket untuk menyaksikan teater Di Sebalik Topeng kini dijual pada harga RM54, RM104, dan RM154, dan boleh didapati melalui www.iLassoTickets.com.
Positif Covid-19 tahap 3, Aliff Syukri berterima kasih mendoakan kesihatan. Menerusi perkongsian di laman sosial, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri telah memaklumkan dirinya dijangkiti Covid-19 selepas pulang bercuti dari Turki.
Positif Covid-19 Tahap 3
Malah Aliff juga memaklumkan doktor mengesahkan dia juga positif Covid-19 tahap tiga yang memberi kesan kepada sistem pernafasannya.
“Kepada semua sahabat kenalan yang dikasihi atau sesiapa sahaja yang mengenali saya, saya memohon kemaafan sekiranya pernah menyakiti awak.
“Maaf sekiranya pernah terkasar, maaf sekiranya pernah mengumpat, maaf sekiranya pernah termakan sengaja ataupun tidak.
“Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada saya dan yang baik datang daripada ALLAH SWT. Rasa lega dah mohon maaf dekat semua, takut umur tak panjang,” tulis yang telah bercuti di Turki bersama keluarganya pada 15 Disember lalu.
Dimasukkan Ke Hospital Sejak 5 Hari Lalu
Menerusi hantaran terbaru di akaun rasmi Instagramnya, Aliff berterima kasih kepada mereka yang mendoakan kesihatannya dan akui dirinya telah dimasukkan ke hospital sejak lima hari lalu.
“Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih yang telah mendoakan kesihatan saya.
“Sebenarnya saya telah dimasukkan ke hospital 4-5 hari yang lepas dan sekarang masih di wad hospital damansara bukan sekadar gimik ya.
“Saya memang tak nak infom sesiapa waktu saya tengah lemah sangat sebab saya pitam terlalu sakit.
“Bila saya dah sedar dan beransur pulih baru saya posting video tu, sebab ramai juga yang ingatkan saya sengaja atau demam biasa. Sebab tu saya posting sekali dengan surat pengesahan saya COVID stage 3,” tulis Aliff.
“Semoga Allah Berikan Kesihatan & Kesembuhan Secukupnya”
Menerusi komen di akaun Instagramnya, Aliff dihujani doa daripada rakan selebriti dan juga pengikut setianya.
shieraijoy – Semoga cepat sembuh.. Kami semua doakan
rebeccanuralislamahmad – Assalammualaikum Dear Dato Sri, Semoga Allah SWT Mempermudahkan Urusan DS,And Menarik Segala Sakit DS. Dan Semoga Cepat Sembuh,Dan Boleh balik Cepat Di Samping Keluarga TerCINTA
ashrafmuslim – Semoga Allah berikan kesihatan dan kesembuhan secukupnya. Perbanyakkan berdoa dan tenangkan hati di wad tu. Banyakkan masa dengan Allah. Allah rindukan masa dato dengan dia. Cuba khatamkan alquran, hafaz surah2 pendek dan berzikir setiap masa. InsyaAllah Allah akan bantu dato @aliffsyukriterlajaklaris .
farhatulfairuzah – Allahh.. syafakallah ya dato @aliffsyukriterlajaklaris 🤲🏻Moga diberi kesembuhan dan dpermudhkan sgalanya
annengasri_official – GWS Dato … semoga dipermudahkan segalanya
lizahanim79 – Stay strong Dato , semoga segera sembuh dan redha dengan dugaan Ni
Mingguan Wanita: Semoga Datuk Seri Aliff Syukri cepat sembuh ya!
Kematian Nurul Asyura mengejutkan keluarga dan mengundang kesedihan mendalam. Ikuti kisah penuh detik cemas, luahan pilu si ibu dan perkembangan terkini mengenai punca kejadian.