“Azi dilihat lebih banyak termenung & sesekali menangis, sebelum ditenangkan ahli keluarga” Allahuakhbar, syukur alhamdulillah akhirnya ejen jualan kosmetik, Rosnazira Mohd Naim atau lebih mesra dipanggil Azi akhirnya kembali ke pangkuan keluarga.
Wanita yang berusia 36 tahun itu yang telah lebih tiga minggu berjauhan sejak diculik dari kediamannya di Kampung Semat Jal, dekat Wakaf Bharu, Tumpat pada 13 September lalu pulang ke rumah mentuanya.
Sewaktu melangkah masuk Azi diiringi Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, ke rumah mentuanya di Kampung Kelochor, di sini, jam 2.50 petang tadi.
Sememangnya penantian keluarga tersayang akhirnya berbaloi bila Azi pulang.
Ternyata suasana pilu menyelubungi perkarangan rumah keluarga mentuanya sejurus Azi keluar dari kereta dan terus menerpa ibu bapanya yang menunggu di perkarangan rumah.
Azi Kemungkinan Alami Tekanan Emosi
Wanita itu dilihat lebih banyak termenung dan sesekali menangis, sebelum ditenangkan ahli keluarga. Menurut Datuk Muhamad Zaki Harun seperti mana dipetik menerusi Berita Harian kemungkinan Azi mengalami tekanan emosi dan pihaknya sudah menjalankan sesi kaunseling bagi mengurangkan trauma dialami mangsa.
“Kes penculikan ini mendapat liputan meluas dan kita dengan bantuan semua pihak berjaya menyelamatkan mangsa dan membawanya pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan baik.
“Soal keselamatan mangsa selepas ini, keluarga perlu adakan perbincangan mengenai apa langkah seterusnya kerana tidak semestinya bergantung kepada pihak polis semata-mata,” katanya.
Ads
Mengulas lanjut siasatan kes itu, beliau menyatakakan ia sudah selesai, namun ada banyak yang perlu dipertimbangkan dalam siasatan pihaknya.
“Selagi ada perkara yang menyalahi undang-undang, polis akan siasat,” sambungnya.
Untuk rekod Pada 13 September lalu, Azi yang juga ibu kepada seorang anak diculik di hadapanThailand menerusi Sungai Golok. Mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa pulang ke negara ini pada 29 September lalu hasil kerjasama rapat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand.
Mingguan Wanita : Semoga semuanya baik-baik saja. Syukur kerana Azi selamat pulang ke pangkuan keluarga tercinta!
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Ads
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Alhamdulillah, bayi kembar sembilan dari Mali yang menggemparkan dunia dan kisah mereka viral pada tahun lalu selamat menyambut ulang tahun kelahiran pertama mereka dalam keadaan sihat baru-baru ini, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.
Menurut bapa bayi-bayi tersebut, Abdelkader Arby, isterinya, Halima Cisse juga berada dalam keadaan baik.
“Bayi-bayi itu sudah boleh merangkak. Ada antara mereka yang boleh duduk dan berjalan sambil berpaut pada sesuatu.
“Ia tidak mudah (untuk membesarkan mereka) dan kadangkala agak meletihkan. Namun, apabila melihatkan keadaan mereka yang sihat, semua kepenatan itu hilang,” katanya.
Bayi kembar sembilan itu memecahkan Guinness World Records bagi bilangan bayi yang paling ramai hidup selepas dilahirkan.
Sejurus melahirkan anak-anaknya pada 4 Mei 2021 menerusi kaedah pembedahan, Halima diterbangkan ke Maghribi oleh kerajaan Mali untuk mendapatkan penjagaan pakar.
Dilahirkan Kandungan 30 Minggu
Sembilan bayi itu yang terdiri daripada lima anak perempuan dan empat lelaki, dilahirkan ketika usia kandungan 30 minggu, demikian menurut Menteri Kesihatan Mali, Fanta Siby.
Berat mereka ketika dilahirkan adalah antara 500 gram hingga 1 kilogram.
Bayi lelaki bernama Mohammed VI, Oumar, Elhadji dan Bah, manakala bayi perempuan diberi nama Kadidia, Fatouma, Hawa, Adama dan Oumou.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, memang meriah dikurniakan anak-anak yang ramai ni. Meskipun penat, paling penting bayi-bayi sihat dan membesar dengan sempurna.
Sememangnya berat hati untuk seorang ayah melepaskan anak kesayangannya pergi jauh. Apatah lagi ke luar negara. Namun itulah yang perlu dikorbankan untuk memberikan pelajaran yang terbaik buat si anak.
Pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz menerusi entri di akaun Instagram meluahkan rasa berat hatinya untuk melepaskan anak sulungnya melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Perkongsian yang dimuat naik itu juga menunjukkan Aaron sedang memeluk Danish di sebuah lapangan terbang.
Lindungilah Dia ,Ya Allah
“TabarakALLAH YA ALLAH KAU lah sebaik Baik nya penjaga utk anak ku @danishanaqiaaron I leave him in YOUR HANDS OH ALLAH. Protect him and all students from harm seen or unseen. Berat hati ini melihat anak sulong ku ke luar negara utk 3 tahun di Japan.” luah Aaron
Danish Lanjutkan Pelajaran Kursus Pra-IB dan Diploma
Aaron dan isterinya Diyana Halik, begitu sayu ketika menghantar anak mereka Danish Anaqi, 16 berangkat ke Jepun untuk menyambung belajar.
Danish akan berada di sana selama tiga tahun untuk kursus Pra-IB dan diploma.
Beberapa hari sebelum itu, Aaron mengucapkan Selamat Hari Lahir buat anaknya;
Untuk rekod Aaron mendirikan rumah tangga dengan Diyana Halik turut mempunyai dua lagi cahaya mata, Dwi Ariana, 14, dan Dahlia Arissa, 10.
MW juga ucapkan semoga Danish sukses sebagai seorang pelajar di sana.
Masih ingat lagi dengan penyanyi 150 Juta, Ainan Tasneem. Selepas mendirikan rumah tangga Ainan ambil keputusan mengundur diri dalam bidang seni. Biarpun tak lagi bergelar penyanyi, ramai peminat Ainan masih mengenalinya.
Biarpun ketika Ainan memakai purdah, masih ada yang kenal Ainan. Malah peminatnya itu turut mengenali suami dan anak perempuan sulung hasil perkahwinannya dengan jejaka pilihan hati, Mohamad Ariffuddin Mohammad Swaimi.
Diam tak diam, Ainan kini sedang hamil bayi kembar tak seiras. Akuinya sudah pun memasuki trimester kedua. Dan dah empat bulan usia kandungannya itu.
Ujar Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Ridzuan, jantina anaknya kelak ada kemungkinan bayi lelaki dan perempuan, atau bayi-bayi perempuan, atau bayi-bayi lelaki. Ini kerana kantung dan uri bayi kembarnya itu berbeza.
Teruja Hamil Kembar Tak Seiras – Ainan Tasneem
Kongsi Ainan pada Hari Raya Aidiladha yang lalu,
“Btw ramai yang tanya haritu tentang pregnancy Ainan kali ni. InshaaAllah It’s gonna be a fraternal twin! Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.
Twin ni kembar tak seiras. DCDA type. Dorang berbeza kantung & berbeza uri. So gender pon boleh jadi antara boy and girl, both boys or both girls.
Syukur sangat. Tak sangka juga ada rezeki boleh dapat twin. Mula-mula dapat tau news ni macam terkejut sangat tapi excited! Salsabiela pon excited bila dapat tahu dia bakal dapat 2 adik.
Alahan Teruk Sepanjang Trimester Pertama
Haritu 1st trimester loya teruk sangat, tapi Alhamdulillah dah masuk 2nd ni dah beransur okay. Now dah 4 bulan lebih. Selera pon dah makin banyak sampai berat naik mendadak.
Ainan nak mohon doa daripada semua supaya kandungan Ainan sentiasa sihat & selamat. Ada ke followers Ainan kat sini yang pregnant twin? Jom share pengalaman sepanjang pregnancy dengan Ainan.”
Ibu kepada mangsa tragedi pembunuhan pelajar Bandar Utama mendedahkan anaknya ditikam lebih 200 kali. Beliau menafikan dakwaan palsu dan menyeru agar kejadian tragis ini tidak berulang di sekolah lain.