Ibu kepada dua cahaya mata ini yang berpeluang bersalin secara normal telah memilih untuk menamakan anak kedua mereka sebagai Aysha Arsylia.
Ummi Nazeera yang telah selamat melahirkan puteri kedua pada 2 Jun yang lalu telah menunaikan janji apabila berkongsi nama dan wajah puteri keduanya selepas tujuh hari kelahiran.
Ummi Pilih Nama Aysha Arsylia
Menurut Ummi seperti mana yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya, dia dan suami, Dr. Izzar Anwari memilih nama Aysha sempena nama isteri baginda Rasulullah.
“Alhamdulillah. Dah hari ke-7. Ummi nak share nama anak kami iaitu Aysha Arsylia. Sempena nama isteri baginda Rasulallah SAW.
“Arsylia pula yg bermaksud kehidupan yg tenteram, bahagia dan sempurna.
Alhamdulillah Diberi Peluang melahirkan Aysha Secara Normal
“Semoga Aysha akan membesar menjadi anak yang solehah, dengar cakap ibu bapa dan keluarga, serta berbakti kepada agama dan negara.
“Risau mummy masa empat minggu mengandungkan Aysha dulu dah bleeding. Tapi alhamdulillah, mummy diberi peluang untuk melahirkan Aysha secara normal. Syukur syukur.Allah Maha Besar,” tulis Ummi.
Ads
Pada masa yang sama anak sulung Ummi, Ayra sangat teruja dengan kehadiran ahli keluarga baharu mereka.
Sebelum ini menerusi entri di laman Instagram milik pelakon yang pernah membintangi filem Bisik Pada Langit ini telah berkongsi tentang bayi keduanya yang dilahirkan dengan berat 3.32kg. Walaupun pada waktu melahirkan puteri kesayangan, Ummi kurang sihat namun dia bersyukur segalanya selamat.
Ummi dan suami, mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2017 dan sebelum ini dikurniakan cahaya mata perempuan, Ayra Aneesah pada 22 Ogos 2018.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Hebat tak hebat frontliner ini, dalam kesibukan kerja mengikut syif masih boleh mengatur waktu yang baik untuk menyediakan, memasak malah menyejukbeku kan lauk pauk untuk hidangan keluarga.
Nim Ahmad yang bertugas sebagai jururawat ini berkongsi dengan MW, penyediaan lauk pauk lebih 30 bekas untuk sekali masak dalam sebulan. Kemudian, disejukbekukan untuk dimakan ketika diperlukan suami mahupun anak-anak.
Kata Nim, “buat lauk frozen ini boleh menjimatkan masa dan tenaga. Malah, tak leceh untuk bersihkan dapur setiap kali masak.”
Akuinya lagi, cara ini sangat menjimatkan.
Idea Masak Lauk Pauk Frozen Untuk Keluarga
1. Saya mula terfikir nak buat lauk lauk frozen ini bermula (kira-kira) pada tahun 2013. Sebab utama, kami berdua kerja syif. Jadi masing-masing tak ada cukup masa untuk memasak dan makan bersama. 2. Jadi, saya ambil inisiatif untuk beli stok bahan basah, siap cuci dan packing untuk sekali masak. Pada permulaannya begitulah. 3. Kemudian, kami putuskan untuk bawa bekal ke tempat kerja untuk menjimatkan belanja. Sebab masa itu nak buat saving beli rumah. Masa itu saya buat sikit-sikit saja lauk frozen, sebab cuma ada peti ais 2 pintu sahaja. 4. Sejak ada chest freezer yang saya beli secondhand dari kawan, saya mula buat stok banyak-banyak. Sekali memasak tu dapatlah dalam 30 ke 40 bekas makanan. Jadi boleh digunakan nanti untuk makan dan bawa sekali untuk bekal.
5. Selalunya saya buat stok lauk-lauk ini sebulan sekali time dapat gaji. 6. Lauk frozen ini boleh tahan 1 ke 3 bulan, tapi selalunya tak sampai sebulan dah habis. 7. Biasanya saya ambil masa untuk siapkan semua ini lebih kurang 5 ke 6 jam tanpa gangguan daripada anak-anak. Kalau anak kacau, lebih lagi lah masa diambil. 8. Ketika saya memasak, suami saya tolong jaga anak-anak. Jadi, say aboleh concentrate untuk masak. 9. Mula memasak lepas Subuh sampai tengahari, siap. Senang masak pagi-pagi sebab waktu tu anak-anak masih tidur.
Waktu Berpantang Pun Memasak..
Nim merupakan ibu kepada 2 orang anak lelaki. Yang sulung, 2 tahun 4 bulan dan anak bongsunya baru berusia 2 bulan.
“Semasa dalam pantang pun saya buat juga lauk lauk. Saya perap ayam, frozenkan. Kemudian, masuk dalam airfryer.
Macam yang gambar viral baru-baru ini dalam 10 jenis lauk. Selalu saya tanya husband dia nak makan apa. Sama-sama tentukan. Tapi daging kicap, daging goreng kunyit dan ayam masak asam memang wajib ada. Tu favourite suami.”
Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan rampasan pesawat Biman Airlines milik negara Bangladesh, hinggakan ia terpaksa mendarat cemas. Tak sangka rampasan pesawat tersebut hanya berpunca daripada isu pergaduhan suami isteri dalam rumahtangga.
Gaduh Dengan Isteri
Seorang perampas yang mati ditembak oleh pasukan komando Bangladesh didapati membawa pistol mainan dan memberitahu perunding bahawa dia mahu mengambil alih pesawat menuju ke Dubai tersebut kerana bergaduh dengan isterinya, kata beberapa pegawai semalam.
Lelaki berumur 25 itu mati akibat cedera parah ditembak selepas menjadikan serang anak kapal Biman Airlines sebagai tebusan, memaksa pesawat tersebut mendarat cemas di Lapangan Terbang Chittagong lewat kelmarin.
Kira-kira 134 penumpang dan 14 kru penerbangan itu dibebaskan tanpa sebarang kecederaan selepas operasi pasukan komando yang mengambil masa tidak sampai 10 minit.
Kecelaruan Mental
Pengurus Lapangan Terbang Chittagong, Sarwar-e-Jaman berkata, perampas itu mengalami ‘kecelaruan mental’.
“Punca dia merampas pesawat adalah kerana dia mempunyai masalah dengan isterinya dan dia mahu bercakap dengan Perdana Menteri, Sheikh Hasina,” kata Sarwar kepada agensi berita AFP.
Penerbangan BG147 berlepas dari Dhaka ke Dubai melalui Chittagong apabila insiden rampasan berlaku.
Lelaki itu yang hanya dinamakan sebagai Mahadi, dilaporkan membawa sepucuk senjata api di dalam kabin pesawat dan cuba menyerbu kokpit, memaksa juruterbang melakukan pendaratan cemas.
MW: Pesanan buat suami isteri, jika ada sebarang masalah dalam rumahtangga, kawallah emosi dan selesaikanlah dengan baik.Tak perlulah sehingga melibatkan malah menyusahkan orang lain pula.
Nafkah RM2.1 Juta Sebulan, Wanita Jadi Isteri Ke-5 Bilionair “Hanya Perlu Cantikkan Diri” Memang bertuah nasib badan, dilimpahi segala kemewahan apabila menjadi isteri kepada bilionair. Segala serba serbi sempurna.
Nafkah RM2.1 Juta
Seorang wanita Thailand yang berkahwin dengan bilionair dari Dubai mendedahkan bahawa dia menerima nafkah sehingga 1.7 juta dirham (RM2.1 juta) sebulan daripada suaminya, lapor laman berita Wolipop kelmarin.
Meskipun menjadi isteri kelima hartawan dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE), wanita bernama Muna Al Sarunee itu mengakui ‘tugas’ hariannya kini hanya perlu mencantikkan diri dan menghadiri majlis bersama suaminya.
Menurut Muna, dia sebelum ini pernah berkahwin dengan lelaki lain dan memiliki dua cahaya mata dalam perkahwinan pertama.
Selepas bercerai, wanita itu bekerja keras sebelum bertemu suami terkininya, Ahmed Nu Al Sarunee pada 2010.
Meskipun mengetahui Ahmed seorang hartawan, Muna berkata, dia tidak tertarik kepada lelaki itu sama sekali ketika mula berkenalan, berbeza dengan Ahmed yang menyukai sikapnya yang berdikari serta tabah.
Kahwin Usia Hampir 60 Tahun
Selepas menjalinkan hubungan cinta jarak jauh selama empat tahun, mereka berkahwin ketika usia Muna hampir 60 tahun.
Wanita itu dijadikan isteri kelima Ahmed dengan keempat-empat madunya hidup bersama di bawah satu bumbung di UAE.
Selepas berkahwin dan berhijrah ke Dubai, Muna tidak dibenarkan bekerja, sejajar dengan tradisi golongan hartawan di Dubai selain perlu mematuhi peraturan keluarga suaminya.
“Dalam keluarga Ahmed, banyak peraturan perlu diikuti. Antaranya adalah setiap kali menyertai aktiviti sosial atau sekadar bersarapan, semua anggota keluarga perlu memakai berlian, perhiasan, bersolek dan memakai pakaian mewah,” ujarnya.
Dibantu 16 Pelayan, 20 Pengawal
Tambah Muna, selain diberikan wang nafkah sebanyak 1.7 juta dirham (RM2.1 juta) setiap bulan, dia turut dibantu oleh 16 pelayan untuk menguruskan kehidupannya setiap hari selain 20 pengawal yang menjaganya.
“Tugas harian saya adalah bersolek, berbelanja, pergi ke spa dan menemani suami menghadiri acara orang kaya. Saya sangat berpuas hati dengan kehidupan masa kini.
“Setiap hari saya tidak perlu melakukan apa-apa selain berpakaian cantik untuk dilihat suami,” ujarnya.
Muna bagaimanapun menetapkan syarat kepada suaminya, di mana sekiranya lelaki itu ingin berkahwin lagi, dia perlu menceraikan Muna.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...