Ayda Jebat tak selesa perut disentuh individu tak dikenali, akui agak sensitif ketika mengandung. Setiap ibu yang mengandung mempunyai pelbagai perasaan dan ragam. Tak terkecuali pelakon Ayda Jebat yang kini hamil lebih dari tujuh bulan.
Membuat satu hantaran terbaru di instagramnya, Ayda Jebat ada memuat naik gambarnya memegang perut dan membuat satu pertanyaan kepada ibu mengandung yang lain.
Ayda Jebat Tak Selesa Perut Disentuh Individu Tak Dikenali
Tanyanya, “mommies selesa tak kalau tengah pregnant, orang tiba-tiba kat luar pegang-pegang perut mommies?.
Berkongsi perasaan ini, Ayda Jebat memaklumkan dirinya kurang selesa jika individu tak dikenali memegang perutnya. Dirinya dalam dilema tetapi masa yang sama tak mampu mengucapkan hal ini kepada peminat yang bertindak memegang perutnya secara tiba-tiba.
Ads
Akui Agak Sensitif Ketika Mengandung
“Saya minta maaf. Saya okay je kalau nak selfie pegang bahu ke tangan saya tu dah biasa. Tapi tengah pregnant ni sensatif dia lain sikit bila kakak-kakak or makcik-makcik jumpa terus pegang raba-raba perut kita.
“Nak tegur, tapi tak terkeluar pulak kata. Faham kadang-kadang acik excited. Tapi.. Harap faham situasi kita dan terima kasih atas doa yang baik untuk saya dan baby, sudah memadai,” katanya membuat tanda maaf.
Dalam pada itu penyanyi ini berkongsi ragam peminatnya mengenai kehamilannya.
Ads
“Ada yang sambil pegang sambil ‘acik kalau kuis camni je dulu baby dah tendang, jap tunggu anak Ayda tendang tak..’ (sis muka dah petak).
Walaupun berlainan bangsa dan agama, layanan mak mentua tak pernah berubah. Dia tidak kekok untuk masak dan jaga cucu-cucunya. Cuma, masalah utama kami adalah bahasa. Tapi lama-kelamaan masing-masing boleh terima dan faham. Terima kasih mak..
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkongsi detik cemas bersama pasukan keselamatannya terpaksa membina perisai manusia bagi memastikan keselamatan keluarga serta pegawai beliau, susulan insiden tembakan di pusat beli-belah Siam Paragon di Bangkok, Thailand, petang semalam.
Dalam serangan secara rambang tersebut, suspek berusia 14 tahun yang bersenjatakan pistol, melepaskan tembakan rambang sehingga meragut tiga nyawa dan mencederakan empat yang lain. Dalam insiden menakutkan ini, TMJ turut melalui kejadian ini dan berkogsi detik cemas ini di akaun media sosialnya.
Jelasnya, dalam keadaan tenang tiba-tiba kedengaran orang ramai menjerit dan berlari masuk ke dalam hotel dari pusat membeli-belah tempatnya menginap apabila penembak mula melepaskan tembakan.
“Ia sangat bising dan terdapat begitu banyak jeritan. Kami semua sedang duduk di lobi hotel ketika itu. Kami membawa kanak-kanak/keluarga ke tempat yang selamat, berlari ke ruang bawah tanah bersama pasukan saya, dan fikiran saya tertumpu kepada berapa ramai penembak di luar sana, apa senjata yang mereka gunakan dan apa situasinya.
“Kami perlu berjaga-jaga dan bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana yang kami tahu ketika itu hanyalah bunyi tembakan yang kedengaran. Kami tidak mempunyai maklumat lain dan perlu bersedia untuk apa-apa perkara yang boleh berlaku.
Sepanjang berdepan situasi itu, Tunku Ismail memberitahu anak-anaknya bahawa keadaan akan kembali baik.
“Saya masih terbayang waktu saya memberitahu anak-anak saya, “semuanya akan kembali okay. Babah dan Mama ada di sini” dan menyuruh mereka tunduk sementara menunggu kenderaan tiba,”.
“Saya dan pasukan keselamatan kami berdiri di hadapan keluarga saya, membina perisai manusia untuk melindungi mereka walau apa pun berlaku. Apa yang difikiran saya adalah untuk membawa keluarga dan pasukan saya keluar dari tempat itu. Isteri saya memeluk anak-anak kami, menundukkan diri dan cuba menenangkan mereka kerana mereka ketakutan dan menangis,”.
“Saya menjerit sekuat hati kepada pasukan keselamatan kami untuk membawa kereta ke ruang bawah tanah dan membawa kami ke lokasi yang selamat jauh dari tempat tersebut. Saya memberitahu mereka untuk membawa kami ke Kedutaan Malaysia, dan pemandu memberitahu kami Kedutaan Singapura lebih dekat dan ketika itu saya menghubungi Konsul Jeneral Singapura di Johor,” katanya memaklumkan mereka sekeluarga selamat tiba di Kedutaan.
Kini kami selamat berada di Kedutaan. Saya menghubungi Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pertahanan kita untuk memaklumkan apa yang berlaku. Duta Besar Malaysia turut ada bersama kami.
Setelah semuanya selamat, kami akan ke lapangan terbang dan terbang pulang ke Johor. Malangnya, saya terlepas perlawanan JDT tetapi saya bersyukur keluarga saya dan pasukan kami selamat. Ini adalah pengalaman terburuk yang pernah saya lalui. Melindungi nyawa anak-anak saya daripada pembunuh. 2 orang meninggal dunia. Semoga Allah merahmati roh mereka yang tidak berdosa.
Alhamdulillah, kami selamat. Terima kasih kepada pasukan keselamatan saya dan rakan-rakan kami dari Singapura dan Malaysia. Saya akan selamanya berterima kasih kepada anda semua.
Menerusi ciapan di X pada jam 3.22 pagi tadi, Tunku Ismail menyatakan mereka selamat mendarat di Johor.
“Landed in Johor. Home sweet home. Alhamdulillah,” katanya ringkas, dengan netizen turut memanjatkan kesyukuran mereka.
Sabri Yunus kesal ustaz tuduh pernikahan tak sah, “ia umpama saya & Ardini berzina…”. Gara-gara menyebut “aku terima” tanpa menyebut “nikahnya” seperti kebiasaan bagi pasangan akad nikah, pelakon Sabri Yunus yang baru menikahi Ardini Angeline terpalit dalam kontroversi perselisihan pendapat beberapa Ustaz di media sosial.
Kontroversi bermula apabila kritikan datang dari Sheikh Nuruddin Marbu al Banjari berasal dari Indonesia yang menuduh pernikahan pasangan ini tidak sah kerana tidak menyebut “aku terima nikahnya” dan meminta pasangan ini dinikahkan kembali secepatnya.
Pasti ia menimbulkan pertikaian dan ternyata agamawan di negara kita mengatakan akad nikah pasangan ini adalah sah biar pun tidak menyebut “aku terima nikahnya”.
Masa yang sama, Sabri Yunus menerusi fbnya malam tadi berkongsi luahan hatinya selepas terpalit isu ini.
Catatan pada isu pernikahan kami.
Alhamdulllah pernikahan kami telah selesai. Kami bersyukur kerana semua keluarga, sahabat dan orang ramai rakyat Malaysia dari semua bangsa dan golongan menerima penyatuan kami dengan baik. Ucapan tahniah dan doa agar berkekalan datang dari semua dan dimana mana. Kami sangat menghargainya.
Namun ada juga satu kelompok yang sangat kecil nisbahnya memberi pandangan yang sangat negatif. Satu dua video yang melintas di media sosial.
Saya secara peribadi sedar apa akan berlaku pada sesetengah pihak bila kami buat keputusan untuk bernikah di Perlis dan memohon untuk diakadkan oleh Yg Berbahgia Datuk Mufti sendiri.
Saya ada sebab tersendiri memilih Perlis. Akan tetapi saya tidak menyangka isu lain, isu yang saya tak terbayang pun oleh akal fikir saya.
Seorang ustaz dengan jelas dan terang mengata (menuduh) pernikahan kami tidak sah. Dan terus membuat kesimpulan kami akan berzina. Berat tuduhan itu, juga dalam video yang sama dikatanya qabul yang mengelirukan. Siapa yang keliru?
Dalam majlis tu hanya perlu dua saksi walau hampir 25 orang yang hadir. Saksi dua orang tak keliru dan 25 hadirin juga tak keliru. Orang di luar/ jauh dan tidak bersama dalam majlis tidak ada isu dalam penyaksian majlis itu. Dia dengar atau tidak, faham atau tidak bukan isu pengesahan.
Soal pandangan mazhab dah jelas ada khilaf dan setujunya, saya tak fikir ada orang tak faham bila qabul jawab saya setuju. Tak mungkin ada orang akan fikir setuju pada hal lain selain dari setuju hal nikah.
Tak mungkin ada yang fikir dia setuju pasal kereta, pasal rumah. Jelas wali sebut, aku nikah.. bila qabul sebut setuju tentu saja menyambut pada kata nikah itu. Yang kata dia keliru itu adalah orang yang sangat lemah pemikirannya atau yang sengaja melemahkan fikirannya.. pada yg sengaja melemahkan fikiran dia adalah selemah lemah manusia.
Lagi satu, pernikahan kami di dalam negeri dalam negara kita yang hal ehwal agama di bawah kuasa kerajaan negeri. Sama juga dengan negeri lain. Dan tentunya tidak melanggari apa-apa akta berkaitan urusan pernikahan itu.
Saya tahu bahawa ustaz ini selama ini banyak tidak sependapat dan sealiran dengan Dr Maza jurunikah kami. Dan ada bau permusuhan antara mereka.
Dalam video tersebut saya dapat rasakan permusuhan itu apabila ustaz ini mengheret beberapa isu lain yang tiada kena mengena dengan isu kami. Ini menunjukkan beliau cuba mengukuhkan pandangan beliau terhadap jurunikah kami.
Janganlah kami dijadikan mangsa kebencian tuan kepada seteru tuan.
Hari ini saya baca banyak lagi pandangan ulamak lain akan isu ini. Ternyata berbeza dengan pandangan ustaz ini. Jangan letak hukum atas dasar rasa kebencian semata mata.
Agamawan tidak harus bersikap begitu. Tidak terselit keikhlasannya. Jujurlah.. antara tidak sah dengan tidak sempurna dua perkara berbeza. Sedangkan yang kita rasa tak sempurna itu sempurna pula pada yang lain. Khilaf dan salah dua perkara berbeza. Kalau sama kenapa ada dua sebutan.
Saya tidaklah orang agamawan yang mendalami akan hukum hakam tetapi tidaklah terlalu jahil sehingga tidak tahu apa apa. Saya juga tahu memilih. Memilih bermakna tidak borong semua dari satu bakul.