Ayam Lemon Lada Hitam Sedap, Boleh Makan Dengan Nasi Ayam, Nasi Putih Atau Salad!

Share

Mudah rupanya nak buat sendiri Ayam Lemon Lada Hitam yang sedap. Malah bahan perapnya pula cukup ringkas. Sesuai dinikmati dengan nasi putih, nasi ayam atau dicampurkan ke dalam salad. Kanak-kanak mahupun orang dewasa, pun boleh makan sesuai sangat tak terlalu pedas.

Boleh cuba resipi Ayam Lemon Lada Hitam seperti yang dikongsikan oleh Puan Siti Hazneza Abdul Hamid ini sebagai panduan.

Apabila emak bahasakan saya ‘cek’ dan bukan ‘kakak’, saya tahu emak hendak saya buat perkara yang disebutnya.

“Cek nak buatkah ayam perap cek tu?”
Lemon pepper chicken (Ayam lemon lada hitam).

Bahan perapnya sangat mudah. Dan ayam ini boleh dipadankan dengan nasi ayam, nasi putih ataupun salad (seperti yang saya buat di sini).

Tidak terlalu pedas, sesuai untuk kanak-kanak. Tidak juga terlalu tak berasa (bland/ ‘manja’), sesuai untuk dewasa.

“Tak apalah, mak, kakak buat.”
“Nanti cek ambil isi ayam mak beli sekilo.”

Bahan-Bahan:

1 kg isi dalam dada ayam- basuh bersih dan toskan air

7 ulas bawang putih
1 sudu makan lada hitam biji
¼ cawan jus limau nipis/ lemon

*Saya guna jus limau nipis yang biasa digunakan di kedai-kedai makanan Thai

2 sudu makan mentega

Cara Membuat:

1. Pindahkan ayam (bukan sotong kurita ya, itu bekas kalo ) ke dalam bekas yang sesuai.

2.Tumbuk/kisar kasar bahan perapan. Masukkan dalam ayam dan tambah garam secukup rasa.

3.Gaul rata. Tambah lagi garam, jus limau nipis atau serbuk lada hitam jika perlu.

4. Tutup dan biarkan. Jika hendak masak dalam masa sejam, biarkan pada suhu bilik.

  • Jika hendak masak dalam masa yang lebih, simpan dalam peti sejuk dan keluarkan ~15 minit sebelum masak.
  • Jika hendak buat stok ayam perap lemon lada hitam, biarkan dalam peti sejuk semalaman (~12 jam). Esoknya, toskan air perapan dan pindahkan ayam yang telah diperap ke dalam plastik kedap udara (ziplock bag) atau bekas yang sesuai dan simpan dalam tempat sejuk beku (freezer).
  • Apabila hendak dimasak, keluarkan ayam supaya hilang beku (thaw) dan biarkan ayam ke suhu bilik sebelum masak supaya tidak ada bahagian yang mentah.

5. Untuk memasak, panaskan minyak dan 2 sudu makan mentega/ marjerin.

6. Masukkan ayam apabila minyak-marjerin sudah panas.Masak atas api kecil.

7. Balikkan ayam apabila sebelah telah garing keemasan dan masak sebelah lagi supaya garing keemasan juga.

Untuk dipadankan dengan ayam lemon lada hitam:

Bahan-Bahan:

4 pokok romaine kecil (baby romaine)
1 biji timun
½ biji cili benggala hijau
½ biji cili benggala merah
1 genggam tomato ceri

Cara Membuat:

1. Bina lapisan salad. Mulakan dengan potongan kasar romaine kecil dan tabur sedikit kuah salad pilihan.

Saya guna kuah salad dewi hijau yang telah saya kongsi dalam MAHN sebelum ini.

2.Timun dibelah empat memanjang dan dipotong kasar. Akan dapat bentuk segitiga kecil.

3. Hiris serong cili benggala merah.

4. Hiris ayam dan taburkan.

5. Hiris serong ciri benggala hijau.

 

6. Belah dua tomato ceri (atau biar sebiji-sebiji) dan tabur.

7. Salad yang sesuai jadi satu hidangan lengkap ada sayur dan ada protein.

Mesti Baca:Resipi Jilat Jari Ayam Perap Mayo, Digoreng Boleh Dibakar Lagi Sedap!
Baca Lagi Di Sini:Cara Ekspres Perap AYAM BAKAR, Mudah Sangat Guna Perencah Nasi Goreng!
Artikel Menarik:Sate Ayam SEDAP Perap Minimum 3 Jam, RENDAM Lidi Dalam Air Elak Terbakar!

Mingguan Wanita:Nampak sangat sedap dan mudah resipi Ayam lemon lada hitam ni. Sesuai bagi yang sedang berdiet boleh buat salad nanti. Nak makan dengan nasi putih atau nasi ayam pun boleh. Sedap sangat!

Sumber: Siti Hazneza Abdul Hamid

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

IKLAN