Ayam Kari Kering Pedas Merecik! Buat Yang Tak Gemar Lauk Berkuah

Share

Selera tekak kita ni ada masanya nak lauk yang jenis berkuah dan adakalanya cukup dengan lauk yang simple, kering dan pedas macam ni. Mak-mak yang nak cuba kelainan masak untuk keluarga boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Asmida Asman ini. Cukup senang nak buat, ringkas, bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Paling penting memang mampu membuka selera!

Berikut perkongsian wanita ini;

“Saya tak tau nak letak apa nama masakan ni ‘Ayam Kari Kering’. Lauk ni sesuai untuk orang yang tak berapa gemar makan lauk kari berkuah, macam saya.Kalau masak kari, ambik ayam je makan dengan nasi kicap dan sambal belacan.Jadi..saya buat ayam kari kering pedas ni.”

Bahan-Bahan:

Ayam (Goreng dulu dengan garam dan kunyit)

(Ditumbuk)
Segenggam Cili padi
2 biji lada besar
Sebiji Bawang besar
3 ulas Bawang putih
Sedikit Halia dan lengkuas
2 batang Serai (diketuk)

Serbuk kari ikan (lebih sedap rasanya)
Air Asam Jawa

Cara Membuat:

1.Tumiskan serai dahulu supaya wangi.

2.Masukan bahan-bahan tumbuk.

3.Setelah agak garing, masukan serbuk kari ikan.

4.Gaul sebati, letak garam, gula @aji siap siap.

5.Masukan ayam yang telah digoreng tadi.

6.Masukan air asam jawa dan gaul mesra.

Ok siap!

Ambil pinggan, cedok nasi, letak kicap dan ayam. Dah tak perlu sambal.Pedas merecik..

Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat.

MW:Mudah nak buat lauk ni dan cukup membuka selera terutama bila dimakan dengan nasi panas. Kalau mak-mak nak buat lauk simple yang kering tak berkuah tapi sedap, pedas merecik boleh lah cuba resipi ini.

Sumber: Asmida Asman

IKLAN