“Ayah dah nak sampai”, anak kongsi tragedi bapa meninggal dihempap pokok hujan lebat di ibu kota. Innalilahiwainailahirojiun. Kepada Allah kita datang dan kepada-Nya jua kita kembali.
Hujan lebat yang melanda ibu kota diiringi ribut petir semalam berakhir dengan tragedi apabila seorang bapa dilaporkan meninggal dunia selepas motosikal dinaiki bersama anak perempuannya berusia 12 tahun dihempap pokok tumbang.
Dalam kejadian menyayat hati ini, Hairul Nizam Nawi, 52 sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Ulu sebelum sebatang pokok besar tumbang tepat di atas motosikalnya dalam kejadian di Taman Maluri, Cheras.
“Ayah Dah Nak Sampai”
Pokok besar di Taman Maluri ini tumbang semalam dalam hujan lebat dan mengorbankan arwah. Nasib anak kecilnya berusia 12 tahun selamat
Menurut anaknya, ketika kejadian, ayah dalam perjalanan pulang ke rumah bersama adik sebelum tiba-tiba pokok tumbang dan menghempap pahanya, sementara adik terselamat,” kata Amirul Asyraf Hairul Nizam, 26 tahun yang juga anak kepada mangsa.
Memetik Harian Metro, dalam kejadian 4 petang semalam, bapanya, Hairul Nizam Nawi, 52, menunggang motosikal dan membawa bersama anak perempuannya, Amira Zulaika, 12, selepas anaknya itu habis belajar di pusat tuisyen di Baitulmal di Jalan Perkasa.
Amirul berkata, bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, adiknya terlihat pokok hendak tumbang dan terus memberitahu bapanya dan mereka cuba mengelak, namun batang pokok itu menghempap di bahagian hadapan motosikal.
Ads
“Ketika itu, keadaan hujan sangat lebat dan ayah sudah hampir dengan rumah kami di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Ulu. Saya dan emak hanya mengetahui kejadian itu jam 4.30 petang selepas ada seseorang menghubungi kami memaklumkan kejadian, menyebabkan emak hampir pengsan,” katanya.
Kenangan arwah bersama anak-anak (gambar dari fb keluarga)Kerja-kerja pembersihan dijalankan selepas tragedi ini berlaku. Banyak kenderaan rosak bila pokok besar ini tumbang dalam hujan lebat semalam
Menurutnya, dia kemudian bergegas ke lokasi dan sebaik tiba, bapanya sudah dihantar ke Hospital Ampang dan motosikal miliknya itu yang digunakan arwah didapati rosak teruk.
“Ayah memang ada masalah jantung dan selepas dihempap pokok dia sukar bernafas, malah ketika berada di hospital, ayah seperti meracau apabila dia masih ingat kakinya dihempap pokok dan meminta doktor mengalihkannya kerana dia memberitahu kakinya tidak dapat digerakkan. Bagaimanapun, ketika menerima rawatan, ayah gagal diselamatkan dan meninggal dunia kira-kira 7.30 malam tadi,” katanya.
Menurut Amirul, motosikal itu satu-satunya kenderaan yang mereka miliki dan hutang pinjaman tinggal lagi dua bulan untuk dijelaskan. “Selepas ini, sayalah yang akan mengambil alih tanggungjawab menjaga keluarga selepas ketiadaan ayah.
“Selepas urusan di Hospital Ampang selesai ayah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai,” katanya.
Ads
Dia turut menyifatkan arwah bapanya seorang yang baik dan peramah walaupun tegas dengan anak-anak.
Harian Metro semalam melaporkan enam individu cedera selepas kenderaan mereka dihempap pokok tumbang berhampiran sebuah bank di Jalan Mahkota, Taman Maluri, di sini.
Kanak-kanak perempuan 11 tahun sesak nafas, termakan biskut cokla berperisa ganja buatan bapa. Tindakan tidak akal seorang bapa durjana yang membuat dan menjual biskut coklat berperisakan ganja membawa padah kepada ahli keluarganya sendiri apabila anak perempuannya termasuk biskut tersebut hingga membawa kepada masalah kesihatan serius.
Kanak-Kanak Perempuan 11 Tahun Sesak Nafas
Kanak-kanak ini telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Lawin di sini, selepas termakan biskut coklat berperisa ganja buatan bapanya dalam kejadian pada Isnin.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, laporan diterima daripada pembantu perubatan klinik berkenaan sekitar jam 10.26 malam berikutan keadaan mangsa yang mengalami sesak nafas, pening kepala dan loya.
“Siasatan mendapati biskut disyaki dicampur dengan ganja dibuat oleh bapa mangsa menyebabkan dia mengalami simptom tersebut.
“Mangsa telah dibawa ke Hospital Gerik untuk terima rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Menurut beliau, suspek berusia 38 tahun yang bekerja sebagai penoreh getah ditahan bersama biskut berkenaan untuk siasatan lanjut.
“Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis tetrahydrocannibol (THC).
“Suspek direman selama lima hari sehingga Sabtu ini untuk disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Mohd Yusri berkata, mangsa masih menerima rawatan di hospital dan keadaan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Awal dan Scha pening melihat Lila menyakat Lara. Memang anak kedua selalu perangai begitu ya? Jangan lupa pula ya ibu-bapa di luar sana untuk sentiasa menjaga hygiene gigi anak-anak, penting tu!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tragedi Dua Beradik Lemas Dalam Kereta: Bapa Ada 16 Rekod Jenayah, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kes kematian dua beradik berusia enam dan lapan tahun selepas kenderaan yang dinaiki terhumban ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, pada Khamis kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tragedi Dua Beradik Lemas Dalam Kereta: Bapa Ada 16 Rekod Jenayah, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad memaklumkan, siasatan membawa kepada penahanan ibu dan bapa kanak-kanak tersebut yang berusia 41 dan 46 tahun selepas keterangan mereka menimbulkan keraguan.
Tragedi dua beradik berusia enam dan lapan tahun yang maut selepas kereta dinaiki terjunam ke Sungai Linggi, Tanjung Agas di sini pada Khamis kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai 16 rekod jenayah lampau termasuk empat kes yang masih dikehendaki, manakala suspek wanita tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
“Ujian air kencing terhadap kedua-dua mereka didapati negatif, namun pemeriksaan terhadap kereta yang digunakan mendedahkan ia merupakan kenderaan yang dilaporkan hilang dalam satu laporan polis di Nusa Bestari, Johor pada tahun 2022,” katanya menerusi kenyataan rasmi pada Khamis.
Beliau menambah, pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Seremban untuk permohonan reman bagi membantu siasatan lanjut.
Ibu bapa mangsa masih terkejut dengan kejadian menimpa dua anak mereka. Kredit foto: Sinar Harian
Dalam pada itu, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di talian 06-647 2222 atau pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Husairin Che Hussin di talian 012-965 4927.
Sebelum ini, media melaporkan kereta terbabit diletakkan di tebing sungai dalam keadaan enjin dimatikan sebelum ia dipercayai menggelongsor masuk ke dalam air. Difahamkan, ketika insiden berlaku, bapa mangsa keluar sebentar untuk merokok.
Dua beradik malang itu tidak sempat diselamatkan selepas dipercayai terperangkap di dalam kenderaan sebelum lemas, manakala ibu mereka yang berada bersama di dalam kereta sempat ditarik keluar oleh orang awam.
Kembalikan kesegaran badan yang letih lesu dengan jamu air rebusan rempah daun sirih. Bagusnya air rebusan rempah daun sirih ini, ia juga boleh jadi ikhtiar untuk anak-anak yang batuk. Tapi usia anak mestilah 5 tahun ke atas.
Wanita ini, Amanda Tan yang lebih mesra dengan gelaran Amoi Jamuberkongsi dengan Mingguan Wanita tatacara membuat jamu air rebusan rempah daun sirih ini.
Bahan Dan Cara Membuat Air Rebusan Rempah Daun Sirih
3 lembar daun sirih
1 batang kulit kayu manis
1/2 sudu teh kecil bunga cengkih
1/2 sudu teh kecil buah pelaga
1 inci halia tua
Ketuk buah pelaga dan bunga cengkih supaya boleh keluar bau dan aromanya.
Masukkan bahan-bahan ke dalam periuk bersih.
Sukat 5 cawan air dan masukkan ke dalam periuk dan masak atas api sederhana sampai mendidih. Lepas mendidih, tutup periuk, tutup api dan diamkan periuk selama 10 minit.Tambahkan madu sebagai pemanis (jika perlu). Gunakan sudu plastik.
Air rebusan rempah daun sirih siap diminum.
Nota : Amalkan sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu. Minum air rebusan selepas makan , bila-bila masa sahaja sebagai air teh .
Syarat Nak Jadikan Ikhtiar Anak Batuk & Kegunaan Mak
√ Ia juga sesuai untuk kanak kanak 5 tahun ke atas jika ada masalah batuk. Boleh beri dua sudu besar atau ikut keperluan badan.
√ Sesuai untuk lelaki dan wanita.
√ Sesuai diambil selepas datang bulan untuk mewangikan kembali badan.
√ Sudu Plastik digunakan untuk mengekalkan khasiat madu.
√ Air rebusan digalakkan minum suam-suam panas supaya melancarkan peredaran darah.
√ Tidak digalakkan menambah ais sebab ais akan menyukarkan proses penghadaman kita.
√ Bila amalkan air rebusan herba, tidak digalakkan minum air kelapa dalam waktu terdekat sebab air kelapa akan menawarkan/meneutralkan khasiat herba.
√ Berjamulah untuk mengekalkan kesihatan badan kita menerusi cara tradisi.
Manfaat Air Rebusan Rempah Daun Sirih
– Merawat batuk
– Rawat sakit tekak dan mulut
– Menghilangkan bau badan
– Mewangikan badan
– Membuang angin badan
– Melegakan urat saraf
– Menyegarkan kembali badan
– Merawat masalah keputihan untuk para wanita
Sumber/Foto: Amanda Tan @ Amoi Jamu
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.