Buat Sendiri Susu Pisang Serius Sedap, Tak Muak, Kenyang Sampai Petang!

Share

Buat sendiri je la Susu Pisang.Yang pastinya lebih sedap, berkhasiat guna pisang sebenar.Minum segelas pun, dah kenyang sangat.Tak payah nak pergi Korea cari susu pisang yang famous kat sana tu. Nak beli pun mahal! padahal boleh je buat sendiri. Senang dan lebih jimat!

Yang bestnya minum masa breakfast, boleh kenyangnya sampai ke petang.Paling penting, fuh serius sedap, tak rasa muak langsung!Ikut resipi ini.

Bahan-Bahan:

2 biji pisang (saiz besar)
*2 sudu besar gula perang/ madu (*guna gula perang sebab madu kebetulan dah habis) Tak letak pun boleh.
2 gelas Susu segar
Badam rangup (nak senang beli je dah siap kemudian cincang)
*Esen pisang (optional) sebab memang dah ada kat rumah ni..sayang tak guna. Kalau tak letak pun boleh.

Cara Membuat:

1. Cincang badam rangup dan masukkan dalam blender.
2. Masukkan susu segar dan semua bahan-bahan lain, kisar sampai halus.

Siap! Sedia untuk diminum.

Info Ekstra!

  • Badam tak hancur sangat pun takpa. Ikut citarasa. Badam tu yang buat susu rasa lebih berlemak.
  • Lagi sedap simpan peti sejuk kejap, minum sejuk-sejuk.

Selamat Mencuba!

IKLAN