Baik lelaki mahupun perempuan cenderung untuk menjadi seorang yang baran akibat gagal mengawal amarah.
Sikap atau tabiat seseorang yang pemarah kemungkinan dipengaruhi oleh perubahan persekitaran serta gaya hidup sehingga mencetuskan tindakan luar kawal.
Perempuan baran biasanya mudah bertindak agresif sehingga boleh mencederakan orang lain.
Ego
Pendakwah jodoh, wanita dan keluarga Ustazah Asmak Husin berkongsi satu hantaran di akaun Instagram dan TikTok peribadinya di mana beliau ada menjelaskan dua ciri-ciri perempuan baran.
Usahawan tudung yang tidak lekang kontroversi, Haliza Maysuri menyambut ulang tahunnya yang ke-48 dengan suasana meriah disaksikan 150 tetamu terdiri dari insan-insan yang sentiasa berada di belakang dirinya dalam kehidupan dan perniagaan. Bertemakan Malam Gala Jazz, para tetamu hadir penuh gaya dan keanggunan yang memukau.
Paling mencuri tumpuan sudah pastilah adi busana eksklusif yang disarung oleh Haliza Maysuri hasil rekaan khas dari pelapis pereka Rumah Fesyen Faizuluziaf yang kini mewarisi legasi mewah jenama RI Couture.
Busana mewah itu diinspirasikan daripada konsep fine tailoring dengan potongan dress yang menampilkan sentuhan bespoke men suit namun diolah feminin dengan siluet klasik Dior era 1920-an, sebuah gabungan yang cukup berani, sofistikated dan timeless.
Antara keunikan busana ini termasuklah palet warna dari pale trona charchoal grey dan sentuhan rona hitam dari perincian gabungan renda Perancis, fabrik sutera wool dan taburan batuan Swarovski yang menggabungkan 8 jenis batuan Swarovski yang berbeza bentuk dan saiz!
Adi busana ini sahaja bernilai RM71,100.00 dan jumlah harga untuk batuan Swarovski bernilai RM80,000 sekaligus menjadikan nilai keseluruhan busana ini ialah RM151,100.00.
Di majlis yang sama, Haliza turut melancarkan dua koleksi tudung diberi nama Nafas Maysuri melambangkan nafas baru dalam hidup dan perniagaannya dan Nadi Maysuri menggambarkan nadi kehidupan semangat dirinya.
Meskipun anak dan menantu tidak dapat meraikan bersama ulang tahun kelahiran pada tahun ini, namun kejutan ucapan dari mereka benar-benar menyentuh naluri keibuan Haliza Maysuri yang kelihatan sebak tatkala mendengar ucapan hari lahir melalui video dari anak tersayang.
Tidak terhenti di situ, malam istimewa Haliza turut dimeriahkan dengan kejutan manis apabila beliau menerima hadiah sebuah motorhomes mewah daripada suami tercinta satu simbol kebebasan dan gaya hidup yang semakin menjadi pilihan pasangan berpengaruh masa kini.
Tambah Haliza lagi, suaminya ingin menghadiahkan dirinya sebuah kapal persiaran mewah tetapi hasrat itu terkubur kerana Haliza mempunyai masalah mabuk laut.
“Kalau ikutkan abang haji nak hadiah private yatch tetapi memandangkan saya ada masalah mabuk laut, hadiah tersebut digantikan dengan motor homes ini. Lepas ni, senang la saya nak bawak Money dan Aspen berjalan-jalan sambil boleh memasak di dalam motor homes ni,”ujarnya yang merancang bersiar-siar bersama anak bulu tersayang tidak lama lagi.
“Alhamdulillah, usia ini bukan tentang angka semata-mata, tetapi tentang bagaimana kita memilih untuk hidup sepenuh rasa. Saya bersyukur dan terharu dengan setiap detik malam ini,” ujar Haliza dengan penuh emosi.
“Syukur Alhamdulillah, usia 48 tahun ni Allah dah makbulkan banyak perkara yang saya ingini. Sebenarnya, sebelum usia 50 tahun, anak-anak sudah habis belajar dan apa yang saya impikan sudah tercapai. Saya akan menyerahkan legasi perniagaan ini kepada anak-
Selain itu, saya akan mengembangkan sayap perniagaan ke Jakarta, Indonesia, InsyaAllah. Saya dan suami akan membuka cawangan Bawal Exclusive di Jakarta, InsyaAllah,”ujarnya ketika ditemubual secara eksklusif bersama Mingguan Wanita.
Selain kejutan hadiah hari lahir, kek untuk Haliza Maysuri juga tidak kurang hebatnya. Mana tidaknya, kek tersebut dihiasi hampir 11 ribu kristal Swarovski dan dianggarkan berharga RM 14,800!
“Saya Yang Mengandungkan, Melahirkan Dan Membesarkan Zayn sepanjang usia Zayn” itulah antara pengakuan ibu kepada kepada Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manaf, 30 yang mendakwa dirinya dipaksa membuat pengakuan membunuh anaknya sendiri semasa 13 hari dalam tahanan reman, Jun tahun lalu.
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Ismanira yang juga saksi pembelaan pertama kes pengabaian kanak-kanak autisme memberikan keterangan itu ketika pemeriksaan utama peguamnya, Haresh Mahadevan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.
Menurut laporan akhbar juga Ismanira menyatakan siasatan telah dijalankan di sebuah banglo di Petaling Jaya dikenali sebagai ‘safe house’ selepas enam bulan kematian Zayn Rayyan. Malah dirinya juga dipaksa membuat pengakuan itu di Mahkamah Majistret di sini, namun dia menolak dan pengakuan tidak bersalahnya diterima. Malah Ismanira juga sepanjang siasatan memberikan kerjasama baik, namun pihak polis masih tidak berpuas hati dengan keterangannya.
“Mereka menuduh saya dan mengarang cerita yang perkara saya tidak lakukan.
“Mereka (polis) reka cerita yang saya sebenarnya telah menjumpai anak saya lalu saya membunuh anak saya sendiri.
“Apabila saya menafikan, mereka tetap tidak puas hati,” katanya.
Pada masa sama dirinya juga mendakwa pihak polis terbahagi kepada dua golongan dengan segelintir daripada mereka turut bersimpati dengannya.
“Pihak polis pada masa itu terbahagi kepada dua golongan. Satu golongan bersimpati dan mengatakan yang mereka tahu saya tidak bersalah.
“Mereka yang bersimpati kepada saya pula meminta saya bersabar dan lawan jika perkara itu tidak benar. Bertahan sampai habis reman.
“Namun, satu lagi golongan polis tidak puas hati dan terus menekan saya dengan tuduhan yang saya tidak buat,” kongsinya.
Ismanira juga menegaskan dirinya tidak pernah mengabaikan anak sulungnya itu.
“Saya tidak mengabaikan Zayn seumur hidup saya dan khususnya pada waktu dan masa dalam pertuduhan itu.
“Saya tidak berada di Blok R sepanjang masa. Saya tidak pernah ke kawasan sungai seperti di dalam pertuduhan. Saya benar-benar hilang anak pada hari itu dan bukan saya mengabaikan,” sambungnya.
Malah bila ditanya sama ada dia membiarkan Zayn bersendirian, Ismanira menjawab, dia hanya berpisah dengan Zayn Rayyan ketika bekerja dan kanak-kanak itu berada di sekolah sahaja.
“Saya yang mengandungkan, melahirkan dan membesarkan Zayn sepanjang usia Zayn.
“Saya hanya berpisah dengan Zayn pada waktu saya bekerja dan waktu Zayn di sekolah sahaja.
“Saya tidak pernah membiarkan Zayn bersendirian atau mengabaikan,” luahnya.
Untuk rekod, Hakim Dr Syahliza Warnoh memerintahkan, Ismanira membela diri atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, dua tahun lalu. Keputusan itu diputuskan, selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ismanira.
Pihak pembelaan mengemukakan lima saksi pembelaan termasuk Ismanira dalam prosiding bela diri yang dijangka berlangsung empat hari bermula semalam.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Founder “Yuyu” berdepan hukuman mati, suami & tiga ahli keluarga turut didakwa edar pil kuda. Seorang pengusaha salon dari Kelantan yang sering mempaparkan kehidupan mewah di media sosial, Nur Ayu Fatihah Zaudi, 34 berdepan hukuman mati selepas didakwa mengedar lebih 20 kg dadah jenis pil kuda di tiga lokasi berasingan pada kejadian 27 Jun lalu.
Dirinya yang mengusahakan salun dan kedai makan dikenali sebagai “Yuyu” berdepan hukuman mati itu bersama suami serta tiga ahli keluarga dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini atas tiga pertuduhan.
Memetik laporan Sinar Harian, semasa perbicaraan tiada pengakuan direkodkan oleh kesemua tertuduh iaitu Mohd Faizal Ismail, 35, isterinya, Nur Ayu Fatihah Zaudi, 34, yang merupakan pemilik salun dan kedai makan, Mohamad Farid Ismail, 33, Mohd Khairu Azani Mohd Lawi, 39, bersama Mohamad Asmawi Janudin, 25, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.
Mohd Faizal merupakan abang kepada Mohamad Farid dan mereka berdua adalah bapa saudara kepada Mohamad Asmawi. Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Faizal didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 115 gram di dalam sebuah kereta jenis Perodua Axia di lorong simpang tiga Jalan Gajah Mati di Kampung Banggol Chicha di sini kira -kira jam 11.15 pagi pada 27 Jun lalu.
Bagi pertuduhan kedua, Mohd Faizal dan Nur Ayu Fatihah dituduh mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 112 gram di sebuah rumah di Kampung Banggol Chicha di sini kira-kira jam 11.30 pagi pada hari yang sama.
Berdasarkan pertuduhan ketiga, kelima-lima tertuduh didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 19,866 gram di kawasan kandang lembu di belakang sebuah rumah di Kampung Banggol Chica di sini kira-kira jam 4.30 petang pada hari tersebut.
Kelima-lima tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan sekiranya tidak dihukum mati, hendaklah disebat maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan. Jumlah yang sama juga mampu merosakkan seramai 177,465 orang, sekiranya tidak dibanteras.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syazalia Che Suhaimi manakala Mohd Faizal bersama Nur Ayu Fatihah diwakili peguam, Mohd Norazihan Adnan dan tiga lagi tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 26 Oktober depan sebutan semula kes dan laporan kimia. Kredit:- Sinar Harian.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!