Dalam landskap media yang dibanjiri maklumat palsu dan kandungan berasaskan algoritma, satu jenama kekal menjadi pilihan rakyat Malaysia sebagai sumber berita yang boleh dipercayai. Astro AWANI, saluran berita 24 jam utama negara, sekali lagi diiktiraf sebagai organisasi berita paling dipercayai di Malaysia.

Pengiktirafan terbaru ini adalah menurut laporan tahunan Reuters Institute Digital News Report 2025. Tahun ini menyaksikan tahun kelapan berturut-turut Astro AWANI berada di kedudukan tertinggi kepercayaan pengguna media di negara ini.

Astro AWANI Kukuh Sebagai Pilihan Utama Berita Paling Dipercayai Rakyat Malaysia

Menurut laporan yang dikeluarkan bulan lalu, sebanyak 66 peratus responden rakyat Malaysia menyatakan mereka mempercayai saluran ini.

Pengiktirafan tersebut bukan sahaja mencerminkan kredibiliti Astro AWANI dalam menyampaikan berita yang sahih, malah menonjolkan kepentingan integriti kewartawanan dalam era kecerdasan buatan.

Antara Amanah dan Kepercayaan

Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail menyifatkan pencapaian ini bukan sekadar satu kejayaan editorial tetapi juga satu amanah yang berat.

Ads

Beliau menegaskan bahawa asas kewartawanan ialah perkhidmatan kepada masyarakat dan kepercayaan merupakan nilai teras yang paling bernilai dalam dunia media masa kini.

“Apabila rakyat Malaysia mempercayai kami selama lapan tahun berturut-turut, ia membawa makna yang besar. Ini mengingatkan kami bahawa teras kewartawanan adalah khidmat kepada masyarakat dan kepercayaan ialah mata wang paling bernilai.

Astro AWANI Kukuh Sebagai Pilihan Utama Berita Paling Dipercayai Rakyat Malaysia

“Anugerah ini mengukuhkan iltizam kami untuk terus berikan yang terbaik dalam menggerakkan kewartawanan yang berpaksikan kepentingan awam menerusi pendekatan berperikemanusiaan,” tambahnya lagi.

Ads

Pendekatan berperikemanusiaan yang diambil oleh pasukan editorial AWANI menjadi nadi kepada laporan mereka.

Di sebalik kemajuan teknologi dan ledakan kandungan dalam talian, saluran ini terus mengekalkan pendekatan berwibawa dan bertanggungjawab terhadap setiap laporan yang disiarkan.

Pusat Kandungan Menyatukan Malaysia

Kejayaan Astro AWANI ini turut berkait rapat dengan kekuatan induknya, Astro Malaysia Holdings Berhad.

Ads

Syarikat ini kini memberi khidmat kepada lebih lima juta isi rumah dan mencatatkan lebih tiga belas juta pengguna unik digital setiap bulan melalui pelbagai platform termasuk Astro GO, Gempak, SYOK dan lain-lain.

Peranan Astro AWANI

Astro AWANI berperanan sebagai pemangkin kandungan yang menyatukan rakyat Malaysia menerusi laporan yang bertanggungjawab dan sahih.

Laporan daripada Reuters Institute yang diterbitkan dengan kerjasama Universiti Oxford ini menilai corak penggunaan berita, tahap kepercayaan serta tanggapan umum terhadap organisasi media di 47 buah negara.

Menerusi pencapaian berterusan ini, Astro AWANI membuktikan bahawa kewartawanan yang berasaskan prinsip dan etika masih mempunyai tempat dalam dunia moden yang penuh cabaran.

Dalam suasana yang tidak menentu ini, kepercayaan khalayak bukan sahaja menjadi ukuran kejayaan tetapi juga tanggungjawab yang perlu terus dijaga.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI