Asam Jawa, Makan Begitu Sahaja Boleh Dapat Khasiatnya

Rasanya masam tetapi buah asam jawa amat baik dari segi perubatan tradisional mahupun moden. Boleh juga makan begitu sahaja untuk mendapatkan khasiatnya.

Asam Jawa (Tamarindus indica) adalah sejenis tumbuhan yang penting dari keluarga Fabaceae di mana ia menghasilkan buah asam untuk kegunaan masakan harian di Malaysia.

Kajian menunjukkan bahawa pokok asam jawa adalah tumbuhan semula jadi di benua Afrika. Kini pokok asam jawa telah tersebar luas ke seluruh dunia termasuklah yang ada di Malaysia.

Banyak Khasiat Dan Kebaikan Buah Asam Jawa

Kurangkan Masalah Gangguan Pencernaan

Bagi mereka yang mengalami masalah gangguan pencernaan, sembelit, kekejangan atau kembung, bolehlah meminum air asam jawa. Asam jawa dikatakan mempunyai sifat diuretik ringan.

Bantu Membuang Sisa Toksik Dari Badan

Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, air asam jawa sangat sesuai. Seperti yang disebutkan sebelumnya, ia mempunyai sifat diuretik ringan, yang dapat membantu anda membuang sisa toksik dari badan. Isi buah asam jawa kaya serat dan dikatakan dapat membuat anda merasa kenyang selama berjam-jam. Bahkan pengambilannya dikatakan dapat membantu membersihkan sistem usus anda dari dalam.

IKLAN
Baik Untuk Kulit

Asam jawa dipercayai baik untuk kulit juga. Walaupun secara luaran kita dapat menyapu banyak benda, tetapi jika kita tidak merawat kulit dan memberi makanan dengan makanan yang sihat dan berkhasiat, ia mungkin tidak memberikan hasil yang diinginkan. Oleh itu, pengambilan buah ini amatlah perlu. Ia dikatakan penuh dengan vitamin C, yang dapat memperbaiki tekstur kulit anda.

Membantu Jaga Kolestrol Agar Terkawal

Dikatakan asam jawa ini juga dikatakan baik untuk jantung. Pengambilannya dikatakan dapat menjaga kadar kolesterol dengan terkawal.

Asam Jawa, Makan Begitu Sahaja Boleh Dapat Khasiatnya
Buah Asam Jawa
Sembuhkan Sakit Tekak Dan Batuk

Pengambilan air asam jawa dikatakan mampu menyembuhkan batuk atau sakit tekak.

IKLAN
Mengurangkan Sakit Perut

Bagi mereka yang mengalami masalah sakit perut, boleh mengambil segenggam isi buah asam jawa , diramas kemudian disapukan diperut . Biarkan seketika sebelum dibilas dengan air. Sesuai untuk kanak kanak dan orang dewasa.

Sifat Antiseptik Sembuhkan Jangkitan

Asam Jawa adalah sumber yang kaya dengan vitamin C serta antioksidan lain yang meningkatkan sistem kekebalan tubuh, menghambat pertumbuhan jangkitan mikrob dan kulat. Ini kerana asam jawa memiliki sifat antiseptik yang mampu menyembuhkan jangkitan.

Bersifat Antikeradangan

Dikatakan asam jawa memiliki sifat antikeradangan. Sifat-sifat antikeradangan adalah seperti mengurangi masalah radang sendi, sakit sendi, masalah reumatik, dan asid urik. Asam jawa dikatakan digunakan dalam pengubatan herba untuk menyembuhkan keradangan.

IKLAN

Baca Sini Juga:
Bolehkah Guna Tomato Sahaja Sebagai Bahan Utama Menjaga Kulit?
TIGA Jenis Buah Tembikai Ini Khasiatnya TERBAIK, Sedap Tidak Terkata!

Cara Menyediakan Jus Asam Jawa

1-Untuk membuatnya di rumah, anda memerlukan sedikit madu, asam jawa, air, dan beberapa ketulan ais.
2-Mulakan dengan mencuci isi buah asam jawa dan membuang semua bijinya.
3-Rebus dua gelas air, kemudian masukkan isi buah asam jawa. Biarkan seketika.
4-Padamkan api dapur dan tapis air rebusan ini agar pati asam jawa kekal.
5-Biarkan air ini sejuk.
6-Seterusnya, tambahkan sedikit madu secukup rasa, dan sajikan dengan ketulan ais sebelum diminum.

Sumber: Indianexpress / jawapos

Follow:
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita