Allah… disengat tebuan sampai meninggal! Ya, mungkin sudah ajalnya… adik Muhammad Adrian Aiman Mohd Rosmin dijemput Ilahi ketika dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II), Kota Bharu selepas disengat tebuan ketika bermain di halaman rumahnya di Kampung Benting Lintang, Jertih, kelmarin.
Muhammad Adrian, 8, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan (SK) Benting Lintang disahkan meninggal dunia kira-kira 11 pagi tadi.
Kalau ikut cerita ayahnya, Mohd Rosmin Ong Bo Jit @ Hussin, 30, kejadian berlaku ketika anak sulungnya itu sedang bermain kira-kira 100 meter dari rumahnya.
Sebelum itu anaknya dikatakan bermain badminton berdekatan kawasan itu dan kemudian bermain dengan rakannya di dalam semak berhampiran.
Ads
“Kemudiannya dia bersama empat rakannya diserang tebuan yang bersarang di atas pokok di kawasan itu dan anak saya paling banyak kena sengat di seluruh badan.
“Berdasarkan kesan pada tubuhnya dipercayai dia disengat lebih 60 tebuan,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Muhammad Adrian kemudiannya dihantar pulang ke rumah oleh anak saudaranya dengan motosikal pada 6.45 petang.
Ads
Boleh Bercakap Lagi
Mohd Rosmin berkata, keadaannya ketika itu sudah lemah tetapi masih boleh bercakap dan menyebabkan dia bersama isterinya, Nor Azah Hamid, 27, terus mengejarkannya ke Hospital Besut dengan kereta.
Kata pemandu lori itu, anaknya boleh bercakap sehingga pihak hospital memasukkan tiub ke mulutnya pada 9 malam untuk memastikan dia tidur dan berehat.
Ads
“Memandangkan keadaannya yang agak teruk menyebabkan Muhammad Adrian kemudiannya dirujuk ke HRPZ II untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Namun akhirnya…
Selepas dirawat di hospital itu keadaannya didapati stabil, tetapi bermula 9 pagi tadi anaknya jadi kritikal kerana buang pinggangnya tidak berfungsi sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian.
Jenazah Muhammad Adrian selamat dikebumikan di Kampung Benting Lintang, petang tadi. Moga keluarga mangsa tabah dengan ujian Allah, AL FATIHAH.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Dik, aku mimpi jumpa ayah. Dia panggil aku ikut dia,’ kata Ibrahim Hussin.
Berulang kali juga warga emas berusia 81 tahun ini menyampaikan cerita kepada adiknya dan panggilan “ikut’ itu menjadi kenyataan apabila dirinya maut 15 Mei lalu selepas dirempuh oleh sebuah motosikal berkuasa tinggi ditunggang oleh Muhamad Kamaruzzaman Desa, 39 tahun dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Kampung Lalang, Baling.
Warga emas itu maut di tempat kejadian selepas sebahagian tempurung kepalanya pecah akibat rempuhan manakala penunggang motosikal berkuasa tinggi yang berasal dari Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang meninggal dunia di Hospital Baling jam empat petang hari yang sama.
Berkongsi kesedihan di hati akibat kejadian tak terduga ini, isteri kepada arwah Ibrahim, Siti Aishah Derani, 71 tahun berkata, arwah suaminya keluar rumah sekitar jam 10.00 pagi. Dia mahu membeli gam untuk membaiki paip.
“Makcik tak menyangka yang bukan-bukan sehinggalah datang orang ke rumah memaklumkan pakcik sudah meninggal dunia selepas dilanggar oleh konvoi motosikal. Hanya Allah sahaja yang tahu kesedihan ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya dari Kampung Tanjung Pari, Mukim Siong, Baling beberapa hari selepas kejadian.
Sama sekali tidak menyangka kemalangan itu meragut nyawa suami dikasihi, kata Aishah, sudah berulang kali anak-anak melarang arwah menaiki motosikal berikutan faktor usianya namun suaminya itu sama sekali tidak mengendahkannya.
“Arwah suami tiada sakit apa-apa, tubuh badannya sihat. Mata, pendengaran juga baik. Tak ada pun kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Cuma kudratnya sedikit lemah berikutan usia. Kalau ada masalah pun cuma tekanan darah rendah dialaminya,” memaklumkan suaminya dahulu menoreh getah.
Aishah redha namun tidak sanggup melihat gambar kemalangan biar disuakan melalui telefon di hadapannya.
Ini bukan kes pertama dan diharap tidak lagi berulang kerana ikutkan, sudah ramai yang menjadi mangsa kejadian. Jika tidak maut, pasti ada luka di sana sini kerana masalah lampu isyarat yang bertukar hijau secara serentak biar berlainan simpang.
Menurut bekas guru, Abdul Nasir bin Idris, pihaknya sudah memaklumi tentang masalah lampu isyarat yang kerap bertukar secara serentak mesti berbeza simpang.
“Ada gambar sebagai bukti dan masalah lampu isyarat ini sebenarnya sudah sampai ke pengetahuan pihak polis dan Majlis Daerah. Malah mungkin sudah diperbincangkan dalam mesyuarat mereka.
“Buat masa ini, belum ada jalan penyelesaian namun kita mengharapkan agar insiden begini menjadi pengajaran tidak kita buat penduduk kampung mahupun penunggang-penunggang yang melalui kawasan ini.
“Laluannya memang lurus dan cuma ada lampu isyarat untuk ke simpang-simpang. Mungkin bila semuanya bertukar warna dalam masa yang sama, ia boleh mengakibatkan kekeliruan kepada pengguna,’ katanya.
Cikgu Nasir mengharapkan permasalahan lampu isyarat itu dapat diperbaiki sesegera mungkin agar kejadian ini tidak lagi berulang.
Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Shariffuddin Yusof dalam satu kenyataan akhbar berkata, pelanggaran dua motosikal berkenaan berlaku disebabkan lampu isyarat di persimpangan itu tidak berfungsi.
Ibrahim yang menunggang Honda EX-5 dipercayai dari Pekan Kampung Lalang untuk pulang ke rumahnya di Mukim Siong manakala motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang Muhammad Kamaruzzaman pula dari arah Tanjung Pari ke Baling.
“Ketika melewati persimpangan lampu isyarat berkenaan, motosikal yang ditunggang Ibrahim dirempuh oleh motosikal yang ditunggang oleh Muhammad Kamaruzzaman Desa menyebabkan kedua-duanya tercampak dari motosikal masing-masing,” katanya.
Beliau berkata, Ibrahim mengalami kecederaan di kepala kerana tidak memakai topi keledar dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Shariffuddin berkata, penunggang motosikal berkuasa tinggi dihantar ke HB untuk rawatan namun meninggal dunia di hospital berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu melulu dan menyebabkan kematian.
Kes pembuangan bayi makin berat. Sama ada bayi itu dikandung akibat sumbang mahram, rogol mahupun suka sama suka, anda yang tersilap langkah tidak ada hak membuang bayi itu. Berikan mereka peluang hidup dan membesar dengan keluarga angkat yang lebih baik.
Tak perlu letak bayi yang tak bersalah di tong sampah, surau, longkang mahupun semak belukar. Baby Hatch adalah tempat perlindungan bayi sebegini. Ada 12 cawangan di Malaysia. Moga perkongsian Cik Puan Reyna Ibrahim menerusi Move On Reyna Ibrahimini membuka mata ramai pihak.
“Puan boleh tolong saya? Saya nak bagi bayi saya pada orang. Saya tak nak jaga.”
Lama saya duduk memikir.
Hati cuba saya halangi dari terus membuat tuduhan atau kesimpulan. Siapa saya untuk menuduh si ibu itu bukan – bukan. Dia pasti punya kisah dan ceritanya yang langsung tidak layak untuk saya hakimi.
Saya fokus pada bantuan yang di minta. Lantas terkenang kembali lawatan saya ke Pusat Perlindungan Yayasan OrphanCare yang terletak di Kampung Tunku Petaling Jaya.
Ya….Baby Hatch kan ada?
Baby Hatch adalah tempat perlindungan bayi yang tidak begitu diketahui semua. Baby Hatch yang pertama adalah di Kampung Bukit Tunku Petaling Jaya.
Saya ke sana lebih kurang 2 tahun lepas. Hanya kerana desakan ingin tahu memandangkan ada yang memaklumkan pada saya tidak begitu ramai bayi dihantar ke sana berbanding bayi yang dibuang ibunya merata- rata.
kenapa begitu….
Maka saya ingin tahu?
Apakah di sana ada kamera litar tertutup yang akan mengenalpasti wajah ibu yang meninggalkan anaknya? Maka saya ke sana sekadar untuk melihat sendiri. Umum pasti tidak begitu mengetahui….
Di Malaysia sekarang ada 12 Baby Hatch yang sedang beroperasi selepas Baby Hatch yang pertama dirasmikan pada tahun 2010.
Ia umpama sebuah peti yang ruangnya amat selesa untuk memuatkan seorang bayi. Ada tilam bersih sebagai pengalas.
Ia mempunyai penggera yang akan berbunyi apabila.ada seorang bayi diletakkan. Serentak.dengan itu juga aircon dan lampu akan terpasang.
Penggera akan berbunyi bagi memaklumkan pada petugas bahawa ada bayi telah ditinggalkan di dalamnya. Kemudian petugas akan bergegas menguruskan bayi tersebut.
Di situ juga tiada sebarang kamera yang dipasang dan hal.ini tidak perlu dibimbangkan oleh para ibu yang ingin meninggalkan bayinya.
Saya kira….
Ini tempat paling selamat bagi mereka yang terdetik hatinya untuk membuang bayi. Jangan dibuang….
Serahkan pada tempat yang sepatutnya kerana pihak Yayasan OrphanCare ini juga akan menguruskan urusan pengambilan anak angkat bayi bayi ini.
Kita mungkin boleh membantu menyebarkan info tentang Baby Hatch ini dalam usaha mengurangi masalah pembuangan bayi .
Ini bukan satu sokongan kepada ibu yang tidak ingin menjaga anaknya. Ini hanya satu usaha membela anak anak yang dibuang di tempat yang tidak sepatutnya.
Jangan kita persoalkan tindakan seorang ibu kerana Allah lebih tahu. Seharusnya kita mengalihkan fokus untuk membantu bagaimana seorang anak itu harus mendapat hak yang sepatutnya selepas dilahirkan ke dunia.
Sebak tengok keadaan adik kecil Humaira yang perlukan duit RM40K untuk merawat masalah jantungnya, jadi kalau anda sudi mohon hulurkan takat mana yang mampu dan tolonglah panjangkan cerita ini. Untuk cerita penuh tentang penyakit adik ini, baca perkongsian daripada Wan Gilakasot Lawa ini…
Assalamualaikum wbt,
Saya tidak pandai mengarang ayat puitis. Cukuplah saya nyatakan bahawa si comel Humaira amat memerlukan bantuan sumbangan anda. Humaira dimasukkan ke Hospital Tengku Jafaar dari hari dilahirkan 30 Julai 2017 dan didiagnosis mempunyai masalah jantung terbalik (TGA dlm bahasa perubatan).
Humaira perlu menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) tempoh yg diberikan sehingga 10/10/17(jika ada kekosongan atau secepat mungkin jika keadaan Humaira terpaksa) dan dengan kos pembedahan adalah sebanyak RM40K.
Saya dan keluarga ada memohon bantuan tetapi masih belum ada jawapan dan di sini saya memohon keperihatinan semua untuk menghulurkan walau sedikit sumbangan utk meringankan beban dan sekaligus mengumpul dana utk pembedahan adik Humaira.
In Shaa Allah dengan cara ini serba sedikit dapat membantu adik Humaira. Sumbangan anda boleh terus disalurkan ke akaun saya selaku ayahnya.
Nama: Humaira Binti Azizul Fazly
T/Lahir: 30/07/2017
Ayah Humaira :- 0176460561
Akaun Maybank Azizul Fazly Bin Ahmad Termizi : 155144016627
Kesudian anda semua menghulurkan sumbangan hanya Allah SWT yang dapat membalasnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu bapa anak kanak-kanak yang tertinggal di dalam kereta semalam dilihat sukar mengawal perasaan dan hanya menangis ketika menunggu jenazah anak di Unit Forensik Hospital Rembau.