Baru bernikah 3 bulan, isterinya tak sangka hilang suami secepat ini.

Arwah pesan jika dia tiada, saya mesti kuat.” Rupanya itu petanda suami akan pergi tinggalkan dia buat selamanya.

Lebih menyayat hati, pasangan ini baru saja mendirikan rumah tangga tiga bukan yang lalu. Tentu saja, isteri ini tak sangka akan kehilangan suami secepat ini.

Arwah Pesan Jika Dia Tiada

“Arwah selalu berpesan jika dia tiada, saya mesti kuat. Saya tidak sangka itu petanda dia akan pergi meninggalkan saya,” kata Nur Farrah Ertyka Rahmat, 31, isteri kepada anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pontian yang meninggal dunia akibat serangan jantung petang semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, suaminya, Leftenan Muda Pertahanan Awam (PA) Mohamad Asyraf Zulkifli, 30, pengsan ketika Majlis Apresiasi Warga Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor di Dewan Auditorium, Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (Pulapas), Kluang, Johor.

Artikel Berkaitan:

Dia Panggil Tidur Sebelah, Saya Sibukkan Diri Main Telefon.” Tak Sangka Esoknya Suami Meninggal

Ibu Tunggal Jadi Ketua Keluarga, Suami Meninggal Saat Dia Hamil Anak Ke 6

Hantar Mesej Tak Berjawab, Rupanya Suami Meninggal Dunia Selepas Dijangkiti Covid-19

Suami Meninggal Sakit Jantung, Ibu Paling Tua Di Dunia Terpaksa Besarkan Anak Sendirian

Saya Mesti Kuat

Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom untuk rawatan dan disahkan meninggal dunia pada jam 3.45 petang.

IKLAN

Menurut Nur Farrah, dia tidak menyangka kehilangan suami yang baru dinikahi pada 21 November lalu selepas empat tahun menyulam cinta, apatah lagi arwah tidak pernah mengadu sakit.

“Cuma, malam sehari sebelum kematiannya, saya lihat dia seperti mengalami sakit kaki ketika solat. Bila tanya, dia kata kaki ‘ok’.

“Dua kali saya tegur dia malam itu. Sekali lagi masa dia termenung ketika naik tangga untuk ambil kasut kerja di tingkat atas, tapi dia menafikan ada masalah.

“Paginya dia kelihatan biasa malah sempat payungkan saya ke kereta untuk ke tempat kerja kerana hujan lebat,” katanya sebak.

Rupanya Itu Petanda

Tambah Pengurus stor kedai serbaneka itu, suaminya juga seorang penyabar dan antara kenangan indah mereka selalu bermaafan selepas solat.
“Dia penyabar dan tidak pernah marah. Dia sentiasa ada pada masa saya susah.
“Cuma saya agak terkilan apabila arwah tidak sempat datang mengambil roti yang saya beli sebelum dia ke Kluang untuk mewakili pegawainya yang kuarantin.

“Dia kata tidak sempat datang dan akan jumpa saya bila balik nanti, tapi kini dia sudah tiada,” katanya yang tidak lepas memegang pakaian seragam Allahyarham suaminya sepanjang temubual.

Suami Akan Pergi

Sementara itu, menurut ibu arwah, Salmah Baba, 62, kali terakhir dia berjumpa anaknya ketika majlis kenduri menyambut menantu pada 12 Februari lalu di rumahnya.

IKLAN

Katanya, Allahyarham adalah anak sulung dan satu-satunya lelaki daripada empat beradik.

“Saya tidak tahu dia ada penyakit apa, malah sejak kecil juga dia jarang sakit atau demam,” katanya.

Katanya, walaupun sedih, dia reda dengan pemergian anaknya itu.

“Dia anak yang baik, sejak kecil tidak pernah menyusahkan saya serta mendengar kata.

“Saya memang tidak sangka dia pergi dalam usia muda dan masih belum puas bermanja dengannya,” katanya.

Katanya, allahyarham suaminya meninggal dunia tujuh tahun lalu akibat komplikasi penyakit kencing manis dan jantung.

IKLAN

Mingguan Wanita : Semoga isteri arwah menghadapi takdir ini dan redha dengan pemergian suami tercinta. Al-Fatihah.

Sumber : myMetro

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!

Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar.  Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.   

Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura  

Arwah Pesan Jika Dia Tiada, Saya Mesti Kuat.” Rupanya Itu Petanda Suami Akan PERGI

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI