Lumrahnya mak-mak walaupun surirumah, tetap berusaha gigih cari duit poket sendiri dengan buat macam-macam kerja. Dengan niat bantu suami, ada sedikit pendapatan sendiri. Walaupun pendapatan suami cukup je untuk menampung semua keperluan.
Menjadikan arwah mak sebagai sumber inspirasi, Pelakon Shima Anuar mengambil inisiatif menambah duit poket sendiri dari rumah dengan mengambil tempahan makanan tradisi di Pantai Timur hasil air tangannya iaitu Laksam.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram, seawal pukul 5.15 pagi, pelakon ini gigih membuat persediaan Laksam yang telah ditempah oleh para pembeli.
Kongsi ibu kepada dua orang anak ini;
“Arwah mak dulu macam-macam dia buat walaupun suami kerja, boleh bagi duit semua. Dia buat kuih la, menjahit la. Macam-macam.”
Ads
“Ada 6 orang anak, takde maid pun. Semua buat sendiri. I wanna be like her. That’s why I buat @laksambys and jual sikit-sikit macam ni.”
“Walaupun boleh je duduk goyang kaki, kilatkan kuku 24jam because my husband provides me everything. Tapi I rasa buat kerja lagi cool daripada goyang kaki tunggu duit jatuh dari langit.”
Terdahulu, Shima dan suami mendirikan rumahtangga pada 8 April 2017 dan telah dikurniakan sepasang cahaya mata Marian Sophia dan Mikhael Imaan.
Ads
MW: Mak-mak lumrahnya begitu. Walaupun suri rumah dan suami boleh bagi nafkah secukupnya tetap berusaha buat macam-macam kerja untuk ada duit poket sendiri.Memang penat, menguruskan anak-anak dan rumahtangga. Tapi satu kepuasan dan kegembiraan bila ada duit poket walaupun sikit hasil usaha sendiri.
Suri rumah ini, Umi Watie berkongsi panduan bagaimana dia mencukupkan pembelian barang basah untuk 2 minggu bagi keperluan 6 sekeluarga. Jimat betul jika praktikkan cara yang dikongsikan ini.
Bagi mak ayah yang ada anak ramai, boleh cuba apa yang dikongsikan ini sewaktu membuat pembelian barang basah di pasar mahupun pasaraya.
Pembelian Barang Basah RM128, Untuk 2 Minggu
Semalam (ketika status ini dimuatnaik) ada seorang ibu share menu bekal untuk suami beliau. Beliau juga kongsikan perbelanjaan barangan basah hanya RM 150 untuk 2 minggu.
Hari ini, saya kongsikan belanja untuk kami 6 sekeluarga. Barangan basah cukup untuk 2 minggu hanya RM 128. Cukup ada ayam, daging dan ikan.
Beras, gula, minyak masak dan barangan kering lain saya beli sebulan sekali. Kalau dilihat dari resit hanya 2 item saja berharga RM 20++. Itu pun hanya ayam 2 ekor dan susu kotak sebanyak 4 liter.
Kongsi Umie lagi, bekalan sayuran di rumahnya diperoleh dari tanaman yang ditanam sendiri. “Sayuran saya tanam sendiri di depan rumah. Cuma sayuran yang saya tak tanam saja saya beli.”
Bagaimana Caranya Mencukupkan
Saya Susun Menu
Itu saja. Kalau susun menu kita tak beli berlebihan dari keperluan.
Susun menu untuk seminggu. Kalau ayam kita boleh susun,
Kari ayam
Kicap ayam
Kurma ayam
Sup ayam
Sambal ayam
Lemak cili api ayam
Sama juga dengan ikan atau lain-lain bahan mentah.
Biasa yang jadi over budget tu sebab kita beli tanpa tujuan. Tau tau nak masak apa tapi beli. Konon nanti nak masak senang. Tapi akhirnya banyak yang jadi membazir.
Kira Berapa Ketul Untuk Seorang Makan
Biasa kalau masak saya memang kira berapa ketul untuk seorang untuk membazir.
Kalau ada baki ayam goreng atau ikan goreng biasanya saya olah jadikan rencah nasi goreng atau mas goreng.
Oleh kerana saya selalu buat sarapan dan minum petang anak, saya tak ratah lauk.
Ini belanja saya hari ini. Barang basah RM100 saja. Ada ayam, ikan, udang. Cukup untuk 2 minggu.
Setiap perkahwinan yang dibina, sebolehnya ingin kekal bahagia hingga ke hujung nyawa. Tak dinafikan, dalam tempoh layari hidup bersama pasti ada gelombangnya. Kalau boleh, baik isteri mahu suami akan pertahankan rumahtangga sedaya yang mampu.
Semua ini kerana sayang. Sayang demi memikirkan anak dan keluarga sehinggakan sanggup pertahankan rumahtangga dan berharap agak suatu hari nanti akan kembalikan kebahagiaan itu.
Biasanya, kalau pertahankan rumahtangga, isterilah yang banyak berkorban. Sanggup lakukan yang terbaik untuk pasangan, walaupun mungkin pasangan hanya melihat sebelah mata.
Inilah antara pandangan daripada Firdaus Shakirin tentang sebab isteri sanggup pertahankan rumahtangga dan perkahwinan yang dibina itu.
Ada 5 sebab kenapa isteri selalu berjuang untuk mempertahankan perkahwinan :
1. Org perempuan ni, kalau boleh sekali kahwin sudah cukup dan biarlah perkahwinan itu kekal sehingga maut yang memisahkan.
Sebelum dia pilih lelaki itu jadi pasangan hidupnya, dia sudah fikir masak-masak, berulangkali dan baik buruk selepas dia buat keputusan untuk jadikan lelaki itu teman hidupnya. Dia kena hadapi, terima, tabah dan kena redha, itulah pilihan dia dan dia harap pilihannya itu tidak menyakiti dia, mengecewakan dia dan membuatkan dia terluka.
Andai terjadi sebaliknya, maka masa itu, dia akan menilai semula. Kebiasaannya, dia akan bagi peluang dan tempoh masa yang panajng sebelum dia buat pilihan yang baru.
2. Kalau sudah sayang, bukan senang nak benci dan pergi
Standard orang perempuan, kalau sayang, dia sayang sungguh-sungguh dan kalau bendi, maka nothing can make her happy, Bila dia sayang pasangannya, maka dia akan sentiasa cuba buat yang terbaik untuk pasangannya.
Ada jugak yang sampai dah tak fikir diri sendiri, hanya fikir pasangan sahaja. Hidup dia macam untuk orang yang dia sayang sahaja.
Pe’el orang perempuan, fitrah orang perempuan, susah nak hilangkan perasaan sayang bila sudah sayang. Nak berpaling ketika hati masih sayang itu bukan senan. Dia boleh sengaja tenangkan perasaan dia, letak harapan dan fikir yang baik-baik hanya kerana masih sayang.
Selagi dia masih ada perasaan terhadap pasangannya, maka Insya Allah dia tak akan pergi.
3. Nak tukar pasangan hidup untuk orang perempuan ini tak mudah.
Ketika nak tukar pasangan hidup atau terima pasangan baru, mungkin dia dah ada 2,3 orang anak. Ramai lelaki yang mungkin boleh terima dia jadi pasangan dia tapi dalam ramai-ramai, berapa pula yang boleh terima anak-anak dia, jadi ayah yang baik untuk anak-anak dia.
Atas alasan itu, adakalanya mereka memilih untuk meletakkan diri mereka dalam penderitaan asalkan anak-anak masih dengan ayah kandung mereka walaupun ayah kandung mereka itu tidak memperlakukan dan melayan ibu mereka sebaik yang ibu mereka inginkan.
4. Sentiasa berharap.
Makhluk yang banyak berharap ialah orang perempuan. Berharap untuk perkara yang baik-baik, untuk kehidupan yang tenang dan tenteram, berharap untuk sebuah kebahagiaan dan perubahan yang lebih baik. Tak pernah lekang untuk berharap dan tak pernah putus asa untuk berharap.
Berharap dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah s.w.t. Dalam menunggu Allah memakbulkan apa yang diminta, dia akan bersabar untuk seberapa banyak yang dia boleh terima.
5. Dia dah buat yang terbaik, maka dia ada hak untuk bertahan.
Dia dah all out sepanjang perkahwinan, bebanan yang ditanggung adakalanya melebihi bebanan pasangannya. Sebut apa yang dia tak buat dalam tempoh perkahwinan itu, semua dia dah buat dan korbankan.
Apa yang pasangan nak, semua dia dah tunaikan, jalankan kewajipan dia dengan cukup baik, walaupun tak sesempurna orang lain. Sekurangnya dia dah buat sedaya upaya yang dia ada.
Untuk sebab inilah, tak akan dengan semudahnya dia berputus asa untuk perkahwinan dia? Tak akan dengan sesenangnya dia nak membiarkan hubungan itu hancur? Mempertahankan itu perlu, berjuang untuk hubungan itu juga perlu.
Cukup sekadar “jika diperlukan”. Andai dah tak lagi diperlukan, maka tiada apa yang perlu dia perjuang dan pertahankan. Dirinya dah tak lagi diinginkan pasangan, maka dia kena terima hakikat bahawa dia perlu pergi walaupun dia tak ingin pun untuk pergi.
Renung renungkan…
MW: Betul apa yang dikatakan itu Wahai suami, jangan sia-siakan isteri yang sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaan.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Sebagai seorang ibu muda yang mendapat anak pertama serta kurang pengalaman dalam perkembangan tumbesaran anak pastinya pelbagai perkara yang perlu dipelajari. Pengalaman daripada orang-orang tua yang lebih ‘makan garam’ adakalanya menjadi rujukan dalam pembesaran anak-anak.Sama ada ia mitos ataupun mungkin hanya satu kebetulan.
Baru-baru ini pelakon Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar,33 ada berkongsi satu status dilaman instagramnya bertanyakan, sama ada benarkan bila bayi dah mula menyembur, memberi kesan pada keguguran rambut si ibu.
“Budak belon ni sekarang suka jelir lidah..sembur-sembur (bubbles) agaknya gusi gatal nak tumbuh gigi. Orang tua-tua cakap kalau baby sembur-sembur ni rambut mummy akan gugur banyak!Tapi memang gugur tak hengat ni. Mommies lain pun mengalami keguguran rambut jugak ke? .”
Rupanya pertanyaan dan pengalaman Lufya ini mendapat respon yang sama daripada para pengikutnya.Rata-rata ramai yang bersetuju dan mempunyai pengalaman keguguran rambut apabila anak mulai ‘menyembur’ dan mahu keluar gigi baru.
syazleenzawawi@lufyalaana aah..gugur…tiap kali anak nak keluar gigi baru…rambut saya gugur.
aimi.munirahh Samaa @lufyalaana..macam orang leukimia dah..sedih tengok rambut sendiri,pastu bersepah satu rumah.
izzatihaifasiratSaya anak first rambut gugur banyak sampai rambut depan dah jadi botak sebab banyak sangat gugur. Nak sikat rambut pun takut.
syafaBetul, baby aaqil dah masuk 5month now, suka sembur-sembur, rambut mama ya ampun macam dah kena kimo.
fauziahgeeyahSama sis,sampai potong pendek dah rambut,macam musim luruh dah anak saya pun asyik main air liur pastu jelir-jelir lidah, rupanya tumbuh gigi sebatang dah.
Terdahulu pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada 26 November 2016, setelah bertunang selama 4 bulan pada tahun yang sama. Lufya telah berkahwin dengan Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharom,28 dan dikurniakan seorang puteri yang comel Laana Haura yang kini berusia 7 bulan.
Mungkin ia hanya satu kebetulan. Tidak dapat dipastikan kaitan dan kajian saintifik bila anak mulai menyembur-nyembur, rambut mak-mak mengalami keguguran. Tapi pengalaman mak-mak sendiri bagaimana? adakah alami perkara yang sama seperti Lufya ini?
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.