
Arwah beriya mahu sekeluarga pakai sedondon tahun ini, isteri hanya tahu suami maut dari media sosial. Tiada apa yang lebih menyedihkan menjelang Aidilfitri apabila diuji kehilangan orang dikasihi.
Lebih menyedihkan sudah ada tanda-tanda “kematian” menjelang 40 hari sebelum kematian terjadi ditunjukkan namun semuanya menjadi rahsia Allah taala sehinggalah hari kejadian.
Seorang isteri, Nor Fatin Mohd. Azhar, 36 hanya mengetahui kematian suaminya, Mohamad Shakiran Saidi, 36 yang juga seorang anggota tentera meninggal dalam kemalangan di Kilometer 70 Bandar Permaisuri selepas menerima satu pesanan daripada pengguna Facebook.
Arwah Beriya Mahu Sekeluarga Pakai Sedondon Tahun Ini

Nor Fatin berkata, dia menerima mesej mengenai kemalangan membabitkan suaminya, Mohamad Shakiran Saidi, 36, menerusi peti pesanan daripada seorang pengguna media sosial itu kira-kira jam 2 petang tadi ketika bekerja di sebuah hospital di Kelantan.
“Saya tergerak hati untuk membuka peti pesanan dan terkejut apabila menerima berita duka itu. Saya kemudian bergegas pulang ke rumah dan ke Hospital Setiu bersama keluarga serta anak-anak yang kemudian mendapati benar suami saya telah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di pekarangan hospital berkenaan hari ini.

Memetik laporan Sinar Harian, dalam kejadian itu, Mohamad Shakiran dan Muhammad Aminuddin Amran berusia 21 tahun, kedua-duanya anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang menaiki kereta Honda Civic maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan.
Nor Fatin menzahirkan rasa sedih kerana hasrat suaminya untuk pulang beraya di kampung tidak kesampaian.

11 tahun duduk berasingan kerana kerja dan hajat arwah untuk bersama keluarga berakhir kedukaan
“Arwah beria mahu pulang dan teruja untuk memakai pakaian sedondon dengan tema berwarna merah pada Aidilfitri. Baju itu dibeli sendiri oleh arwah dan dijumpai berada di dalam kereta yang terlibat kemalangan itu,” katanya.
Nor Fatin berkata, sebelum ini mereka sekeluarga tidak pernah memakai pakaian raya dengan warna sama namun tahun ini arwah meminta memakai pakaian itu termasuk tiga anaknya.
Mohamad Shakiran juga beberapa kali menyatakan tidak sabar untuk pulang berjumpa anak bongsu mereka, Muhamad Harasy Mikhail yang kini berusia lapan bulan.
Nor Fatin berkata dia dan arwah suaminya tinggal berjauhan sejak hampir 11 tahun dan tidak menyangka penantiannya untuk tinggal bersama tidak kesampaian.
Sementara itu, Naimah Zakaria, 54 iaitu ibu kepada arwah Muhammad Aminuddin Amran, 21, dari Pulai Chondong, Kelantan yang turut meninggal dalam nahas ngeri ini berkata, arwah anaknya tidak dibelikan baju raya kerana mahu memakai kurta putih yang pernah digunakan ketika menghadiri majlis di kem seakan memberi petanda itulah pakaian akhir dipakainya ketika mengadap Illahi.

”Anak juga tak maklumkan tarikh dia bakal pulang ke kampung tapi naluri keibuan saya dapat merasakan ”kepulangan” arwah yang juga anak kelima daripada enam beradik.
“Pemergian arwah menjelang Aidilfitri ini sebenarnya mengulangi semula peristiwa tragis yang berlaku kepada anak kedua saya yang terkorban dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2024.
”Sehingga kini saya masih trauma setiap kali mahu menyambut Hari Raya kerana teringat peristiwa lalu. Tak sangka sejarah kembali berulang apabila arwah Aminuddin pula mengikut jejak langkah abangnya itu,” katanya.
Katanya, sebelum ini, arwah sering mengatakan dirinya sama seperti Allahyarham abangnya tetapi tidak menyangka cara mereka berdua “‘pergi” juga sama terbabit dalam kemalangan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




