
Jika sebelum ini, pelanggan PTPTN perlu ke pejabat untuk sebarang urusan. Sekarang tidak lagi. Itulah berita baik yang ditunggu-tunggu oleh pelanggan PTPTN. Tak perlu menunggu lama untuk sebarang urusan. Semuanya hanya di hujung jari. Klik-klik saja.
myPTPTN, Pengalaman Baharu Pendigitalan
myPTPTN adalah salah satu manifestasi PTPTN dalam menjayakan dunia pendigitalan. Tak hairanlah dengan aplikasi mudah alih ini dapat memberi manfaat kepada seluruh pengguna PTPTN.
Apa yang menariknya aplikasi ini? Inilah pelanggan PTPTN perlu tahu tentang myPTPTN.
Menariknya myPTPTN
Mesra pengguna
Transaksi lebih cepat, mudah & selamat
Boleh diakses di mana saja, transaksi tanpa sempadan
Menjimatkan masa & kos.
Hanya di satu platform.
Jom Sertai myPTPTN!
Bagi pelanggan yang masih tercari-cara cara untuk muat turun, daftar dan lakukan transaksi, mudah saja. Cuma perlu ikut langkah-langkah ini.
- Muat turun aplikasi myPTPTN di telefon mudah alih melalui platform pengedaran digital seperti “App Store” bagi pengguna iOS, “Play Store” bagi pengguna Android dan “Huawei AppGallery” bagi pengguna Huawei.
- Jangan lupa isi maklumat diri yang diperlukan dengan lengkap dengan betul. Dapatkan TAC di nombor telefon dan aktifkan pendaftaran myPTPTN yang telah dihantarkan kepada e-mel pengguna.
- Lepas itu, log masuk di telefon bimbit untuk pengesahan identiti (eKYC).
Jangan Lepaskan Peluang
Ada lagi menarik buat anda pengguna myPTPTN. Anda boleh menangi hadiah berupa wang tunai bila anda muat turun myPTPTN sekarang melalui Kempen myPTPTN, Klik-klik Je!.
Menarik kan! Jadi apa tunggu lagi. Muat turun aplikasi myPTPTN di Google Playstore, Apple AppStore dan Huawei AppGallery sekarang.
Farah Lee Inspirasi Ibu Tunggal, Genggam Master Di UK “Kemudahan, Keberkatan Hidup Dari Doa Mama”

Farah Lee inspirasi ibu tunggal, genggam Master di UK. Sekalung tahniah diucapkan buat personaliti media sosial popular, Farah Lee yang akhirnya meraikan hari konvokesyen di Majlis Graduasi University Of Leeds, United Kingdom baru-baru ini.
Pemilik nama sebenar Nurfarahin Romli yang juga merupakan seorang ibu tunggal menerusi perkongsian di akaun rasmi instagramnya akui segala penat lelah dan pengorbanan sejak 2018 akhirnya berbaloi apabila kini dia berjaya mengenggam Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak.
Kejayan yang diraih ini juga membuktikan aura wanita sangat hebat dan boleh berjaya walaupun bersendiri.
Bekas isteri, Personaliti TV, Ally Iskandar Mohd Mardzi ini juga memberi semangat dan kekuatan kepada wanita di luar sana untuk berjaya seperti dirinya.
Farah Lee Inspirasi Ibu Tunggal
Farah, 30 akui kejayaan yang dirangkul bukanlah satu perjalanan yang mudah. Apatah lagi menjalani kehidupan di negara asing bersama anak tunggal kesayangan Maream Esabel.
Namun dirinya tidak pernah mengeluh malah menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dengan baik.
Pemilik butik Omma & Esabel ini juga membuat dedikasi istimewa buat anak kesayangannya, Maream yang sentiasa sabar dan menyokong ibunya dalam usaha menuntut ilmu sehingga menamatkan pengajian.
Selain tu, Farah juga mencoretan kejayaan yang digapai juga tidak sempurna jika tidak ada seorang wanita yang bernama ibu di sebaliknya. Farah akui ibu merupakan ratu sebenar dalam dirinya. Malah menerusi doa ibu hidupnya dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.
“Sarjana pendidikan kanak-kanak.
“Above all, this woman over here is the real queen.
“Yang sentiasa encourage anak-anak untuk hidup berdikari dan kutip pengalaman.
“Yang sentiasa percaya anak-anak boleh bawa diri dan merantau ke negara orang. Yang sentiasa offer diri untuk bantu ringankan beban anak-anak cucu.
“Mama Tahu Kakcik Boleh Jaga Diri”
“…buat je kakcik. Mama tahu kakcik boleh jaga diri. Pergi lah kakcik. Mama percaya kakcik boleh. Allah jaga kakcik.
“Jangan risau mama boleh jaga Maream. Pergi je ambil pengalaman…”
Dari Zaman Sekolah, Walaupun Susah Mama Buat Bisnes Kecil-Kecilan
“Dari zaman sekolah, walaupun kami susah, mama siap buat bisnes kecil-kecilan sebab nak support farah yang suka pergi tuition.
“In between buat donut apa semua, hantar ambik Farah untuk kelas tambahan.
“Musim exam, mama mesti nonstop Solat Hajat Solat Dhuha sepanjang tempoh exam tu.
“After result spm, mama yang encourage untuk further study overseas. Dapat scholarship study korea, cuma ralat tak dapat bawa mama datang untuk convo sana sebab masa tu banyak kekangan.
Mama Tolong Jaga Maream DI UK Tiga Bulan
“Masa Farah kat UK, mama sempat datang duduk tiga bulan.
“Tolong jagakan Maream hantar ambik sekolah semua sebab Farah busy siapkan masters thesis keluar awal pagi, balik lewat malam stay dekat library.
“Mama encourage Farah pergi Malawi seminggu lebih untuk my ngo project dekat sana, offer untuk jagakan Maream altho mama pun sorang-sorng kat UK ni.
“Haritu mama travel sorang-sorang dengan Maream datang Europe untuk Attend Convo Farah sebab Farah datang sini terus dari Saudi after my umrah.
“Itulah mama saya, @shikin.abdullah63. Yang disayangi ramai sangat orang, samaada keluarga mahupun orang luar. Yang sentiasa letakkan kebajikan orang lain dulu, baru dirinya.
Percaya Kejayaan Dari Doa Mama
“I strongly believe, kemudahan dan keberkatan hidup farah sekarang ni adalah dari doa mama.
“Cuma Farah jenis tough buat hal sendiri je haha jarang sangat nak call even text sembang dengan mama.
“Doakan Farah lagi dimurahkan rezeki duit, masa dan ruang untuk pay back what she had sacrificed,” luah wanita hebat ini.
Bukan Mudah Besarkan Anak Sendirian
Memetik daripada perkongsian yang pernah diluahkan tidak lama dulu, Farah akui sangat mencabar bergelar ibu tunggal.
“Kanak-kanak yang membesar dengan ibu atau bapa tunggal biasanya sering mempunyai perasaan yang bercampur baur dengan esmosinya yang terganggu.
“Jadi membesarkan mereka akan sedikit sukar, terutama apabila kamu bersendirian. Dan anak ini amat memerlukan perhatian dari kita.
“Usually in my safe space, bila cakap pasal struggle single-parenting, i akan nangis, sebab penat. Penat emosi. Penat bila effort to emotionally and mentally support maream tu goes one way sahaja.
“So i have to keep reminding myself to not to put anyone in the equation. Sebab bila ada expectation – kepada manusia – kita akan kecewa.
“Jadi Allah adalah sebaik-baik tempat bersandar,” kongsi Farah.
Bukan sekadar bijak dalam pelajaran dan bisnes, Farah juga hatinya cukup mulia dan aktif dalam misi kemanusiaan dalam dan luar negara.
Menarik Lagi : Banyak Kali Farah Lee Dikecam, “Umur Maream Patut Dah Diajar Pakai Tudung”
“Tak Perlulah BERKIRA Sangat Untuk Masa Depan & Ilmu Anak-Anak,” Farah Lee
Kenangan Farah Lee sewaktu berkunjung ke Syria Januari lalu.
Mingguan Wanita : Begitu tabah dan gigih ibu tunggal ini. Harap Farah terus sukses!
Sumber / Sumber Foto : Instagram Farah Lee
Sedihnya mak ayah naik pentas konvokesyen wakil arwah anak ambil skroll.
Isteri sememangnya mengharap suami hanya mencintai dirinya.
Cara Eina Azman pikat hati suami, boleh cubalah mak-mak.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
Tip Awet Kayu Supaya Tak Mudah Reput Dan Rosak Walau Berhujan, Berpanas

Tip awet kayu supaya tak mudah reput dan rosak walau berhujan, berpanas. Selalunya masalah yang sering dialami ialah kayu yang digunakan untuk kerja-kerja DIY menjadi reput dan rosak.
Tahukah anda bahawa ada cara untuk mengatasi masalah ini. Seperti tip yang dikongsikan oleh Atama Aaeman ini, tiada lagi masalah kayu reput dan rosak. Jadi tidak perlulah kita kerap beli kayu baru bagi menggantikan kayu-kayu yang reput dan rosak.
PETUA MENGAWET KAYU
Ramai tukang suka menggunakan kayu untuk projek-projek DIY. Kayu memang cantik dan berseni semula jadi selain senang dibentuk, dicantum dan dikendali. Tetapi kayu lama kelamaan akan reput, rosak tekstur asal dan hilang kekuatannya terutama jika terdedah kepada faktor cuaca, kulat dan serangga.
Saya kongsikan di sini petua mengawet kayu supaya tahan lama yang diajarkan oleh bapa saya seorang tukang rumah, tukang kayu dan pernah terlibat dengan industri kayu balak di Sarawak selama berpuluh tahun.
Teknik rawatan kayu ini sangat ekonomik. Saya hanya gunakan campuran ubat gegat (naphthalene) dengan minyak diesel. Sediakan bahan dalam kuantiti sesuai dengan jumlah kayu yang hendak dirawat. Biasanya seliter diesel cukup untuk 1 meter padu kayu.
Saya gunakan sebungkus ubat gegat. Ubat gegat ditumbuk halus sehingga menjadi tepung dan dilarutkan di dalam minyak diesel. Gunakan topeng pernafasan yang sesuai semasa penyediaan dan proses merawat kayu sebab wap naphthalene ini bahaya jika disedut berlebihan.
Kayu yang hendak dirawat mestilah betul-betul kering. Campuran bahan tadi boleh disapu dengan berus atau penggelek cat, ataupun disembur ke atas kayu. Biarkan ia meresap ke dalam kayu dan keringkan. Jangan jemur terus di bawah matahari.
Setelah rawatan, kayu masih boleh diketam atau dilicinkan. Pastikan kayu sudah betul-betul kering dari kesan berminyak pada permukaan sebelum mengecat. Warna asal kayu tidak akan terjejas jika rawatan dibuat dengan betul. Kayu yang saya rawat dengan teknik ini terbukti tahan lama tanpa kesan kerosakan akibat cuaca, kulat mahupun serangga.
Bau ubat gegat akan kekal dalam isi kayu untuk tempoh bertahun-tahun walaupun kayu terdedah dengan cuaca panas dan lembap. Malah kalau naik ke atas syiling rumah saya yang rangkanya dibuat dengan kayu terawat ini kita akan hidu bau ubat gegat walaupun setelah lebih 5 tahun! Lipas, cicak, tikus dan serangga-serangga perosak memang tak berani dekat.
Gambar menunjukkan rak tempat isteri saya menanam bunga yang dibuat daripada kayu terawat dengan teknik ini. Selepas rawatan, kayu tersebut terbiar selama lebih empat tahun di atas tanah sebelum dikutip untuk dibuat rak bunga ini.
Semasa memotong, bau naphthalene masih kuat dan kayu masih kekal elok. Rak bunga ini sudah lebih setahun di situ tanpa dicat dan terdedah kepada cuaca di tepi pantai yang panas dan lembap, di atas tanah tanpa beralas.
Kredit: Atama Aaeman
Nak Cantik Jalan Singkat, Cuma Sapukan Serum Booster Pagi & Malam Untuk Kulit Berseri Dan Awet Muda

Tidak berkerdip mata jika melihat wanita yang cantik menawan! Sememangnya itulah keinginan setiap wanita, namun bukan sesuatu yang mudah untuk maintain ‘cantik’. Terutamanya penjagaan kulit wajah.
Memiliki kulit wajah yang cantik, bersih, cerah, berseri dan flawless idaman wanita. Jika sebelum ini anda cuma memilih serum biasa namun kecewa kerana kesannya agak kurang menyerlah. Cubalah beralih menggunakan serum booster mesti anda akan nampak kesan yang lebih cepat. Sebenarnya banyak tau kebaikan menggunakan serum booster berbanding serum biasa!
Paling best sudah pasti dua jenis Serum Booster pilihan terbaik dari Hada Labo iaitu H.A. Supreme Vita Brightening Booster dan New H.A. Supreme Retin Lifting Booster. Paling mudah bila kedua-dua serum ini cuma perlu disapukan di kulit wajah pada waktu pagi (Vita) dan malam (Retin).
Penjagaan Wajah Berkonsepkan Minimalis
Seperti yang anda ketahui Hada Labo jenama penjagaan kulit wajah dari Jepun ini terkenal dek kerana mengandungi bahan berkualiti tinggi dengan konsep minimalis.
Sememangnya kini menjadi trend dan pilihan popular wanita untuk memilih produk penjagaan wajah yang berkonsep minimalis. Minimalis bermaksud produk ini hanya mengandungi keperluan bahan-bahan tanpa bahan tambahan yang tidak perlu seperti alkohol,minyak mineral, pewangi dan pewarna.
Jalan Terbaik Bantu Kulit Berseri & Awet Muda
Wanita hari ini juga ramai yang bekerjaya dan pentingkan penjagaan masa. Jadi untuk selarikan kecantikan dan masa mereka gemarkan cara mudah untuk penjagaan kecantikan wajah.
Oleh itu Serum Booster dari Hada Labo iaitu H.A. Supreme Vita Brightening Booster dan New H.A. Supreme Retin Lifting Booster merupakan jalan terbaik membantu kulit wajah berseri dan awet muda.
Mencerahkan Kulit Dengan Berkesan
Bagi wanita yang mengutamakan kecantikan, rutinnya senang saja hanya gunakan dua Serum Booster H.A. Supreme Vita Brightening Booster dan New H.A. Supreme Retin Lifting Booster wajah anda akan lagi cerah hanya dalam beberapa minggu sahaja.
Sememangnya anda tidak perlu bersusah payah tau! Hanya dua langkah menjadikan kulit wajah anda berseri dan awet muda.
Mudah Sangat! Hanya Gunakan Pada Waktu Siang & Malam
Bagi kesan yang lebih baik pada kulit wajah, guna Vita pada waktu pagi dan Retin pada waktu malam untuk kulit cerah serta awet muda.
Kebaikan H.A. Supreme Vita Brightening Booster
H.A. Supreme Vita Brightening Booster penggunaan hanya pada waktu pagi. Merupakan serum pencerah membantu menyelesaikan masalah kulit lebih cepat berbanding serum biasa yang lain kerana ramuan kuasanya dan penembusan yang tinggi keberkesanan.
Ia mengandungi formula suntikan pemutihan yang boleh mencerahkan kulit dengan berkesan. Mengandungi 5% Niacinamide, Vitamin B12 & 4 jenis Asid hyaluronic. Menembus jauh ke dalam lapisan dermis 1.5mm. Mengurangkan bintik hitam dan tanda jerawat sebanyak 48%, untuk kulit bercahaya lut sinar dan tekstur ringan untuk penyerapan yang cepat.
Kebaikan H.A. Supreme Vita Brightening Booster
H.A. Supreme Vita Brightening Booster penggunaan hanya pada waktu pagi. Merupakan serum pencerah membantu menyelesaikan masalah kulit lebih cepat berbanding serum biasa yang lain kerana ramuan kuasanya dan penembusan yang tinggi keberkesanan.
Ia mengandungi formula suntikan pemutihan yang boleh mencerahkan kulit dengan berkesan. Mengandungi 5% Niacinamide, Vitamin B12 & 4 jenis Asid hyaluronic. Menembus jauh ke dalam lapisan dermis 1.5mm. Mengurangkan bintik hitam dan tanda jerawat sebanyak 48%, untuk kulit bercahaya lut sinar dan tekstur ringan untuk penyerapan yang cepat.
Kedua-dua Serum Booster ini sangatlah bagus untuk mencapai kulit yang mulus. Sememangnya berbaloi bagi anda yang mementingkan kecantikan kulit wajah. Cuma gunakan Vita pada siang dan Retin pada malam pasti anda tidak akan menyesal!
Cepat-cepat layari website Hada Labo Malaysia atau kunjungi Facebook MY Hada Labo untuk mengetahui lebih lanjut tentang serum ini!
#HadaLaboMalaysia #HadaLabo #HLBoosterSerum #HLRadiantAndYouthfulCombo