Saya anak sulung daripada tujuh beradik perempuan. Alhamdulillah, sehingga kini masih hidup dengan harmoni. Enam sudah berkahwin, tinggal seorang yang masih belajar di USM, mengambil jurusan Komunikasi, mengikut jejak langkah kakak sulungnya ini.
Sama macam adik beradik lelaki, adik beradik perempuan juga suka bergaduh termasuk kami. Tapi lain cara bergaduhnya. Tarik rambut tu perkara biasa sambil saling kejar mengejar sekeliling rumah. Itu adalah antara kenangan ketika kecil.
Zaman membesar, rumah kami jadi perhatian ramai. Mana taknya. Rumah yang ada ramai anak dara. Orang kata, rumah kami nampak cukup ‘berseri’ walau pun sebenarnya rumah kami biasa saja. Rumah Felda. Jarak usia antara kami dua ke tiga tahun.
Kecuali si bongsu yang agak jauh. Ketika adik keenam berusia 8 tahun baru dia lahir. Mak kata, kes ‘accident’. Tapi dialah adik yang paling kami sayang, kami gelarkan dia sebagai ‘Chu’. Kini jadi kesayangan 10 orang anak saudaranya. Garang tapi sangat penyayang.
Sejak dulu kami berbagi tugas jika di rumah. Ada yang memasak, mengemas, menyapu sampah dan membasuh baju. Bangun pagi, masing-masing sudah tahu tugas masing-masing. Sehinggalah sekarang jika kebetulan giliran beraya di rumah mak ayah, kami akan berbagi tugas.
Ads
Tugas ‘mengasuh’ anak-anak diserahkan kepada adik bongsu. Jadi mak-mak boleh buat kerja dengan tenang kecuali ada yang hendak menyusu badan. Itu memang tugas Chu sejak dahulu lagi. Dia memang ‘teror’ bab mengasuh anak-anak saudara.
Kami pula ‘redha’ telinga saja bila dengar dia membebel dan marah anak-anak buah. Tapi takkan simpan di dalam hati kerana tahu dia sayang anak-anak buah macam anaknya sendiri.
Ads
Sepakat Sedondon Satu Keluarga
Mungkin kerana kami semua perempuan, jadi kami mudah sepakat dalam apa juga keputusan. Kami sekepala. Bila balik kampung dan berkumpul ramai-ramai, kami suka duduk berborak bersama. Riuh rendah sedangkan setiap hari pun ‘jumpa’ di dalam grup whatsapp famili.
Ads
Bila hari raya, tahun ini tahun ke 11 kami berpakaian sedondon seluruh keluarga besar kami. Daripada mak, ayah sehinggalah cucu-cucu. Ramai juga yang kagum bagaimana kami boleh sedondon satu keluarga besar.
Entahlah. Mungkin dah terbiasa sejak lama. Tapi, mungkin juga sebab kami semua perempuan. Jadi kami boleh sepakat. Jika ada ipar perempuan, mungkin berbeza. Entahlah kan.
Saya juga dipanggil ‘ibu’ oleh anak buah saya yang lain. Mungkin kerana mereka mendengar anak saya yang merupakan yang paling tua antara sepupunya memanggil saya ‘ibu’. Jadi, adik-adik sepupunya yang lain turut mengikut panggilan itu. Seronok juga kerana saya rasakan saya hanya ada seorang anak sahaja, tapi ada 10 orang anak.
Soal pertelingkahan pendapat perkara biasa. Tapi kena pandai-pandai selesaikan dan masing-masing kena berlapang dada dan tidak menyimpan dendam di hati. Kata orang, air yang dicencang tidak akan putus. Begitu juga dengan hubungan di antara adik beradik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
CARA Simpan LENGKUAS Mudah Guna, Elok Tak Melekat Tahan Berbulan! Lengkuas antara bahan dapur yang sering digunakan dalam masakan. Selalunya kita guna sedikit sahaja, baki lengkuas jadi lembik dan busuk jika salah cara simpan.
Ada caranya untuk menyimpan dengan betul lengkuas ni supaya tahan lama berbulan dan mudah digunakan ketika memasak nanti.
Ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Faizah Husainini sebagai rujukan;
Petua simpan lengkuas. Saja la nak share petua dapur. Rasanya ramai yang dah tau tapi takpe Kakzah bagitau pada hak muda-muda ni.
Lengkuas ni kegunaannya agak jarang juga kan, tapi kalau takde lengkuas tak sedap singgang dan rendang kamu tu dikk. Bau lengkuas ni kalau dalam singgang terus rasa nak ambik nasi.
Lengkuas yang jual kat kedai tu seketul gedabak besaq. Nak guna 5/6 hiris je. Ni Kakzah ajar cara nak simpan lengkuas.
Cara-Caranya:
1. Basuh kesan-kesan tanah dulu, buang kulit, hiris sampai habis dan basuh sekali lagi.
2. Susun hirisan lengkuas dalam bekas leper. Jangan bertindih atau sentuh satu sama lain. Simpan dalam peti beku hingga lengkuas keras macam air batu.
3. Keluarkan dari peti beku terus je masukkan dalam bekas tipuware atau plastik ziplock. Masukkan cepat-cepat sebelum lengkuas berair. Tujuan bekukan supaya bila kita nak ambil untuk masak lengkuas tak melekat satu sama lain. Tak perlu nak defrost semua padahal nak guna 3/4 keping.
4- Simpan semula dalam peti beku. Tahan selamanya jika anda tak gunakan untuk memasak. Tahan lama dan lebih mudah cara ni berbanding rendam dalam air dan kena tukar air selalu.
Video 1
Proses membekukan lengkuas dan proses nak simpan dalam tipuware.
Video 2
Lengkuas yang dah lama simpan dalam peti sejuk beku. Nak guna ambil je. Tak perlu defrost semua sebab dia tak melekat.
Sekian dari Kakzah dengan ilmu yang tak seberapa ni.
Mingguan Wanita: Menarik tip yang dikongsikan ini. Jadi bila beli lengkuas, boleh simpan begini tahan berbulan. Elok tak melekat malah mudah nak gunakan untuk memasak nanti.
Nak simpan sayur agar kekal segar dan tahan lebih lama daripada biasa ada caranya yang tertentu.Cara penyimpanan sayur-sayuran yang betul, mampu membuatkan ia kekal segar, tahan lama dan tidak mudah rosak. Sekaligus menjimatkan belanja dapur dan mengelakkan pembaziran.
Lagi-lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menghadkan keluar rumah. Perkongsian tip daripada Puan Rozlyn Farah Diana ini sangatlah membantu, terutamanya buat mak-mak yang jenis beli sayur banyak untuk seminggu dan tak perlu berulang alik ke pasaraya musim wabak sekarang ni.
Boleh ikut tip ini sebagai panduan;
“Macam mana simpan sayur untuk bagi tahan lama?.Ye la sayur ni kan kalau kita beli lepas tu letak dalam peti ais tahan dalam 2-3 hari je lepas mula la jadi layu di tasik madu gituu.”
“Musim-musim kena ‘Stay At Home’ sekarang tambah-tambah lagi ketua keluarga je yang boleh keluar beli barang so untuk tidak memeningkan ketua keluarga kena keluar banyak kali beli barang dapur boleh ikut tips kat bawah ni.”
“Kak kiah dah seminggu dah beli sayur ni tapi tetap dalam keadaan segar bugar lagi. Hahah. Caranya senang je.”
Sebelum nak simpan sayur tu potong sayur kecik-kecil. Saya tak basuh sayur tu ye. Nak guna baru basuh.
2. Lepas tu ambik bekas kedap udara tak kisah la brand tipuware ke apa ke macam kak kiah bedal je yang mana ada dalam rumah ni tak kuasa nak keluar duit nk beli yang lain.
3. Dah ada bekas kedap udara, boleh lapik tisu kat dalam bekas tu lepas tu isi sayur yang dah potong-potong tadi.
4.Last sekali letak sekali lagi tisu untuk bahagian paling atas sayur tu. Tujuannya untuk menyerap wap-wap air yang akan muncul nanti.
5.Lepas tu tutup dengan penutup simpan elok-elok dalam peti ais. Selamat mencuba
Info Ekstra!
Untuk halia dan lengkuas boleh guna cara ni.Rendam halia/lengkuas dalam bekas yang berisi air. Rendam sampai tenggelam ya lepas tu tutup dengan penutup bekas simpan dalam peti. InsyaAllah tahan satu bulan. Rajin-rajin lah tukar air dalam bekas tu ye untuk bagi dia tahan lagi lama.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat agar sayur-sayuran yang dibeli kekal segar, tahan lama dan tak mudah rosak. Sekaligus mengelakkan pembaziran dan jimat belanja dapur.
Ramai yang suka makan kerang rebus atau jadikan isi kerang sebagai rencah dalam masakan. Meskipun agak renyah untuk kopek isi kerang satu persatu, namun memang lebih berbaloi berbanding menggunakan kerang yang ‘frozen’. Bukan apa, kerang segar lebih manis dan ‘juicy’ isinya.
Ada caranya untuk dapatkan isi kerang yang cantik dan elok berkilat macam ni. Bukan apa, kerang jika terlebih rebus isinya akan liat, kecut dan sebagainya. Malah nak buat sambal, kerabu atau masukkan dalam mee pun jadi kurang sedap kerana dah kurang rasa ‘manis’ kerang tu.
Boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Zila Nur Aril sebagai rujukan;
Ada orang cakap buat apa susah payah nak guna kerang fresh? yang frozen ada, sama je kerang jugak.
Mungkin sama dari segi bentuk rupa tapi tidak pada rasanya ya. Kerang fresh ni dia manis dan juicy, yang frozen tu yang tahu je tahu.
Saya buat niaga kuey teow kerang hari-hari kupas sendiri.. nak bagi orang upah pun dah tak sanggup.
Tip nak dapatkan kerang cantik macam ni.
1. Rebuskan air bagi mendidih dulu baru masukkan kerang. Sekejap saja jangan biar sampai kerang terbuka sendiri.
2. Lepas tu jiruskan dengan air biasa atau air sejuk untuk hentikan proses memasak.
3. Terus kopek jangan masukkan dalam peti ais.
**Pastikan kerang hidup, jangan masukkan dalam peti ais sebelum direbus. Saya tak letak garam masa rebus sebab saya buat niaga kuey teow kerang. Kalau siapa yang nak buat kerang rebus je tu boleh letakkan garam ya.
Mingguan Wanita: Jadi nak dapatkan isi kerang cantik macam ni, ikut tip yang dikongsikan. Pastikan didihkan air dulu, barulah masukkan kerang dan rebus sekejap sahaja.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...