“Azura… Kaulah sinar hidupku Yang mengalirkan cinta Di dalam jiwaku”
“Oh Azura… Kaulah sinar hidupku Moga takdir menyatukan Cinta kau dan aku Azura…”
Lagu dan filem Azura cukup sebati dan memberi makna buat Raja Pop Datuk Jamal Abdillah. Sempena kelahiran anaknya yang ketiga, penyanyi ini turut mengabadikan nama Nur Azura Yamani yang dilahirkan pada 10 Oktober lalu dengan nama indah ini.
Meskipun perjalanan untuk mendapatkan cahaya mata ini tak mudah, kerana isteri penyanyi ini, Datin Zai Izzati Khairuddin,25, pernah mendapatkan rawatan pakar bagi menguatkan rahim setelah tiga kali keguguran sejak mendirikan rumahtangga. Kelahiran Nur Azura Yamani dianggap anugerah terindah dan melengkapkan kehidupan penyanyi ini dan isteri.
“Alhamdulillah ia adalah anugerah terindah daripada ALLAH SWT kerana sudah lama saya menanti kehadiran cahaya mata perempuan sekali gus melengkapkan rumah tangga,”katanya.
Anak Meragam, Nyanyi Lagu Azura
Setelah dua bulan kelahiran, Datuk Jamal Abdillah mengadakan Majlis Akikah Nur Azura Yamani di kediamannya, di Shah Alam, baru-baru ini. Istimewanya penyanyi ini ada membuat kejutan menyanyikan beberapa rangkap lagu Azura disamping anaknya. Malah Jamal menjelaskan setiap kali anaknya meragam akan senyap, apabila mendengar lagu Azura dinyanyikan olehnya dan bagaikan mengerti lagu tersebut ditujukan buat dirinya.
“Dia akan diam kalau saya nyanyikan lagu Azura,”katanya
Ads
Dia mula menyedari perkara itu selepas sebulan anaknya dibawa pulang ke rumah apabila selamat dilahirkan pada 10 Oktober lalu.Menurut Jamal, reaksi itu dianggap unik dan menyifatkan seolah-olah anaknya mengerti lagu itu ditujukan buat dirinya.
“Agak unik juga. Bulan pertama balik rumah dulu, setiap kali dia meragam saya akan nyanyikan lagu ini.
“Dia terus senyap apabila dengar lagu ini. Maknanya dia tahu lagu ini memang untuk dirinya. Dalam majlis tadi pun, dia asyik saja dengar saya nyanyi.
“Saya namakan anak Azura kerana nama ini dekat dengan hidup saya,” katanya.
Menerusi perkongsian Osama Yamani di Instagram, anak sulung kepada penyanyi kelahiran Ipoh, Perak ini ada kongsikan ayahnya mendendangkan beberapa rangkap lagu Azura pada Majlis Akikah adiknya, disamping turut meraikan Hari Lahirnya.
Sementara itu, berkongsi mengenai kehidupannya selepas lebih dua bulan mempunyai anak kecil, Jamal berkata rutin hariannya berubah.
“Saya masih lagi belajar macam mana nak uruskan anak kecil. Maklumlah sudah lama tak ada anak kecil. Namun, tidaklah sampai kekok. Azura senang dijaga.
“Apatah lagi dia menyusu badan. Jadi, saya tak banyak kerja. Kalau dulu, sewaktu Osama dan Zaki bayi, mereka minum susu formula jadi saya kena bangun malam.
Ads
“Kalau keluar kerja pula, saya kerap menghubungi isteri. Saya nak anak dengar suara saya,” katanya.
Ditanya mengenai perancangan menambah cahaya mata, Jamal tidak menolak rezeki.
“Insya-Allah, nak tambah lagi. Isteri pun minta lagi dua atau tiga,”katanya.
Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 1 April 2017 dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat masing-masing.Ia merupakan perkahwinan keempat buat penyanyi lagu Azura ini. Sebelum ini, Jamal berkahwin pernah berkahwin sebanyak tiga kali, dengan Basariah Abdul Latiff, Intan Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad, namun ketiga-tiganya berakhir dengan penceraian. Penyanyi ini juga mempunyai 2 orang cahaya mata lelaki Osama Yamani, 18 dan Ahmad Zaki Yamani,12 daripada perkahwinannya yang terdahulu.
MW: Tahniah buat Datuk Jamal Abdillah dan isteri atas kelahiran puteri kesayangan. Semoga Nur Azura Yamani menjadi anak yang solehah, membesar dengan sihat dan melimpahkan rezeki dan kebahagiaan buat keluarga kecil ini.
Pelajar santuni pengawal sekolah di pagar sekolah. Ketepikan pangkat, inilah didikan terbaik anak-anak. Hidup jangan pernah sombong. Merasa diri itu bagus adalah sifat manusia bongkak. Belajarlah menunduk diri tidak kira dengan siapa kita berhadapan.
Sombong merupakan satu penyakit hati, yang mana penghidapnya merasa bangga dan memandang tinggi diri sendiri.
Dalam satu hadis daripada Abdullah bin Mas’ud Radiallahu’anhu, Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Kesombongan adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia .” (Riwayat Muslim).
Anak-anak ibarat kain putih. Jika dididik dengan baik, insya Allah mereka akan meletakkan Allah di hadapan dalam langkah kehidupan mereka.
Namun manusia itu sifat hatinya berbeza-beza. Ada yang berasa bangga dengan pangkat dan kekayaan dimilikinya. Tak kurang juga merasakan kenapa perlu bergaul dengan orang bawahan sedangkan pangkat mereka tinggi.
Sebelum merasakan kesombongan terus meraja dalam hati, ingatlah kita balik ke alam kubur dengan kain kapan sahaja. Pangkat, darjat, kekayaan semua ditinggalkan.
Satu perkongsian video yang mampu membuat hati kita tersentuh dan dirakam oleh Azwan Mahmin dan dikongsikan di Tik Tok @oh!aldro satu situasi luar biasa yang sangat jarang kita dapat lihat.
Satu situasi di mana kesemua pelajar SK Luagan, Keningau Sabah menyalami pengawal sekolah (tak pasti sama ada waktu balik atau baru masuk ke sekolah) dan hal ini jarang terlihat di sekolah-sekolah lain khususnya di bandar besar.
Budaya hormat menghormati ini diterapkan di kalangan pelajar sekolah ini dan pastikan anak-anak diajar untuk menghormati orang lebih tua darinya tanpa mengira pangkat atau kedudukan. Ya, inilah yang patut diterapkan dalam jiwa anak-anak.
Kerjaya sebagai pemandu lori treler bukanlah satu kerja yang mudah dan ia biasanya ia dipelopori oleh golongan lelaki, memandangkan pekerjaan ini lasak dan agak ekstrim. Namun kini, memandu treler seberat puluhan tan juga menjadi pilihan golongan wanita berbanding memilih kerja dalam bidang lain.
Tarikan pendapatan lumayan yang boleh mendapat purata gaji mencecah RM5,000 sebulan, membuatkan wanita muda ini nekad meneruskan kerjaya dalam bidang yang penuh mencabar ini. Meskipun mendapat ‘tentangan’ keluarga pada mulanya dan kritikan daripada masyarakat.
Pandu Treler Scania Seberat 36 Tan
Nurul Amira Razali, 25, berasal dari Sungai Petani, Kedah, berkata, dia mula berminat dengan dunia lori itu sejak berusia 22 tahun apabila sepupunya mengajar ‘selok belok’ berkaitan lori.
“Tidak lama kemudian, saya mengambil keputusan mengambil lesen E bagi membolehkan saya memandu semua jenis lori,” katanya.
Dia yang memandu treler Scania seberat 36 tan memberitahu tugas mengendali jentera berat itu bukanlah perkara mudah tambahan lagi kerjayanya itu ditentang kedua ibu bapanya.
“Bukan semua orang boleh bawa lori atau treler. Malah ramai lelaki yang tidak mampu mengendali jentera berat ini.
“Apa yang utama adalah perlu ada keyakinan dan kepercayaan pada diri kalau tak macam mana nak bawa jentera seberat ini.
“Ibu bapa saya mulanya menentang keputusan saya menjadi pemandu lori. Hampir setahun mereka memujuk saya menukar kerjaya sebagai kerani atau kerja di pejabat. Bagi mereka, perempuan tidak sesuai membuat kerja lasak dan ekstrim,” katanya.
Nekad Jadi Pemandu Lori
Dia turut menerima kritikan netizen di media sosial yang mempertikaikan pilihan kerjayanya itu.
“Bagaimanapun, saya nekad meneruskan kerjaya sebagai pemandu lori apatah lagi tarikan gaji lumayan diterima.
“Saya mampu memperolehi purata gaji sehingga RM5,000 sebulan. Tidak seperti pemandu lori lain, saya tidak mengejar ‘trip’ dan hanya melakukan sekadar terdaya,” katanya yang ditugaskan menghantar muatan gula dari Shah Alam, Selangor ke Batu Pahat, Johor.
Mesti Baca:Kerja Driver Lori Tak Glamor, Tapi Masyukk! Akak Ni Buktikan Wanita Pun Boleh Bawa lori Kontena!
Baca Lagi Di Sini:Jangan Fikir Wanita Lembut Tak Boleh Buat Kerja Lasak!
Artikel Menarik:3 Tahun Jadi Pramugari, Hilang Kerja Kini Jual Tong Gas
Mingguan Wanita: Memang hebat, usia masih muda namun cukup yakin dan mahir dalam mengendalikan jentera berat seperti lori treler ini. Terbaik!
Rupanya rahsia untuk buat kuih ‘Beko Nyor’ atau lebih dikenali Bingka Kelapa lebih sedap, tak kiralah nak buat yang original mahupun perisa pandan adalah menggunakan kelapa parut yang masih muda. Kuih ni rasanya lembut dan lemak manis, sesuai sangat dibuat untuk minum petang. Bahan-bahannya tak banyak nak buat pun mudah.
Berikut perkongsian resipi oleh Aizaakma Jaafar sebagai panduan;
“Bila hari cuti je sahabat R datang bertandang, sebelah dapur masak lauk sebelah lagi untuk kuih.Alang-alang datang tu maka jadi la kuih feberet kami laki bini.Ada tempat panggil beke nyor, ada panggil beko nyor, ada jugak panggil bingka kelapa.Buat sendiri boleh ikut tekak sendiri nak nyor banyak mana nak manis takat mana.Original kuih ni tak de warna..putih aje..ni saje buat 2 warna.Yang original dengan yang 100% air pandan.Peminat kuih ni mesti ramai kan.
*ni resepi untuk sukatan yang saya buat hari ni.Dapat banyak ni kalau guna acuan besar ni.kalau guna acuan kuih cara tu dapat la lebih lagi.So sahabat-sahabat yang ada acuan ni dekat rumah nak buat banyak, gandakan la bahan-bahan tu ye.
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung pulut
4 cawan kelapa parut (sengaja lebihkan)
Gula (yang ni memang kena rasa ikut tekak sendiri)
1 biji telur
Secubit garam
Air (jangan banyak jangan sikit, biar adunan nampak kelapa parut)
Air pandan (kalau nak buat warna hijau)
Cara Membuat:
1.Satukan tepung pulut, kelapa parut, gula & garam gaul sebati.
2.Pecahkan telur dalam bekas lain baru masukkan dalam adunan kelapa dan gaul rata.
3.Masukkan air sedikit demi sedikit, adunan tak terlalu pekat atau terlalu cair. Biar kelihatan parutan kelapa bila diadun.Masa ni boleh la rasa tahap kemanisan yang kita nak.
4.Panaskan acuan, sapu minyak atau majerin.Saya guna majerin, dah panas boleh masukkan adunan.
5.Perhatikan jugak takut hangit bahagian bawah.
Info Ekstra!
*Kalau nak buat yang pandan, pandai-pandailah bahagi adunan ye *telur pecahkan baru bahagi
*Jangan terlebih tepungnya nanti dah sejuk keras
*Kelapa dapat yang muda lagi sedap!
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!