gas beracun

Terkesan sungguh dengan tragedi pencemaran udara akibat pembuangan toksin secara haram di Sungai Kim Kim, Johor baru-baru ini. Ia merupakan perbuatan yang sungguh tidak bertanggungjawab dan membahayakan orang ramai.

Dilaporkan ratusan pelajar-pelajar di 9 buah sekolah di kawasan Pasir Gudang terjejas dan menjadi mangsa yang tidak berdosa! Lebih menyedihkan ramai jatuh sakit, sesak nafas dan pedih mata, malah ada juga yang kritikal bertarung nyawa sehingga terpaksa dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ibu kepada salah seorang mangsa gas beracun, Puan Noor Atikah Daud ada memuat naik status di Facebooknya, memohon doa dan solat hajat daripada orang ramai agar anaknya yang kini kritikal di ICU agar cepat sembuh. Malah turut berkongsi detik terakhir sebelum anaknya ke sekolah pada hari kejadian.

Berikut catatan yang dikongsikan;

“Assalamualaikum semua sahabat-sahabat FB yang mengenaliku ataupun tidak….Mohon solat hajat dan doa dari kalian semua untuk Allah berikan kesembuhan buat anakanda yang dikasihi AFFZA BALQIS BINTI AHMAD SAHREL panggilan manja “Adik”, 14 tahun dari SMK Tg Puteri Resort Pasir Gudang yang kini dalam keadaan kritikal di Icu Hospital Sultan Ismail, Johor akibat terhidu gas methana (beracun) yang menular di Pasir Gudang. (Perbuatan pihak yang tidak bertangungjawab), mengakibatkan majoriti mangsa-mangsanya adalah anak-anak sekolah yang tak berdosa”.

Anak Kritikal Di ICU, Ibu Mangsa Gas Beracun Mohon Solat Hajat & Doa Orang Ramai

IKLAN

“Masih tergiang-ngiang ditelingaku semasa bersalam sebelum adik keluar ke sekolah di hari kejadian 12/3/19.”

Adik: Ummi.., adik cantik kan.. ( sambil peluk dan cium ummi dengan manja)
Ummi: Ya sayang….adik cannntiiikk sangat-sangat, tapi adik kena ingat adik pakai tutup aurat cantik, cantik niat kerana Allah tau.
Adik: Ya ummi..(sambil kukucup dahinya)

“Dengan bapanya pula dia cium dan peluk erat-erat sambil berkata adik nak peluk bapa.( seorang anak yang manja dan taat pada ibubapa).”

IKLAN

“UmmiBapa redha dengan ujian Allah ini tapi bila ummi, bapa tengok adik terbaring kaku dengan alat bantuan pernafasan dan segala macam alat membuatkan hati ummi, bapa lemah dan longlai seluruh anggota”.

“Ummi bapa hanya mampu menadah tangan pada yang Esa mohon diberi keajaiban dariNya bagi kesembuhan adik sayang.”

IKLAN

#ummibapasertakeluargasygadik
#adikkuatummiyakin
#adikcantikrohanidnjasmani
#doakamisemuabuatadik

Anak Kritikal Di ICU, Ibu Mangsa Gas Beracun Mohon Solat Hajat & Doa Orang Ramai

MW: Semoga ahli keluarga yang terlibat sabar dan redha dengan ujian yang diberikan. Sama-sama kita doakan mangsa yang terhidu gas beracun ini diberi kesembuhan dan cepat pulih. Diharap pihak yang tidak bertanggungjawab ini dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman yang setimpal.

Sumber: Noor Atikah Daud

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI