Hati ibu mana yang tidak risau , bila anak yang masih dalam pantang sudah mula menunjukkan kesan-kesan merah pada kulit badan dan muka. Kadang-kadang anak tidak dapat tidur dengan lena sebab rasa gatal-gatal. Keadaan ini boleh memberi kemurungan pada ibu. Itu dalam pantang.

Bila anak makin membesar, keadaan ini boleh bertambah teruk atau makin berkurangan. Ada sesetengahnya akan hilang bila membesar. Tetapi dalam tempoh tersebut, tentu ibu-ibu telah mencuba pelbagai cara untuk mengurangkan masalah ekzema yang dihadapi.

Mingguan Wanita Talkshow tengah hari tadi telah membincangkan tentang topik Ekzema di Kalangan Kanak-kanak. Menurut Prof Madya Dr Adawiyah Jamil, Pakar Perubatan Dermatologi, Jabatan Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, PPUKM. Antara kupasannya:

“Ekzema BUKAN penyakit berjangkit dan ada pelbagai punca yang menyebabkan masalah ini. Salah satu punca asasa adalah disebabkan genetik atau penyakit keturunan.

IKLAN

Ada beberapa punca-punca ekzema iaitu:
1.Kelemumur
2.Kulit sensitif – mungkin kerana terkena gigitan nyamuk.
3.Resdung
4.Asma

“Bagi bayi yang mempunyai kulit kepala berkerak atau terkena ruam susu pada pipi, ia juga adalah salah satu ekzema tetapi ia boleh sembuh dengan menyapu minyak zaitun.”

Anak Kena Ekzema, Ibu Jangan Rungsing Sebab Ia Bukan Penyakit BerjangkitCegah Awal

IKLAN

Peluh adalah salah satu penyebab rasa gatal-gatal pada kulit. Jadi:
A)Cuci peluh dengan cepat untuk elakkan rasa gatal berterusan.
B)Mandi terlalu kerap TIDAK DIGALAKKAN kerana ia boleh membuatkan kulit menjadi kering.
C)Elakkan berada di tempat sejuk kerana ia boleh membuatkan kulit bertambah kering.

IKLAN

Bagi Widyana Ali, ibu bekas pengidap ekzema, dia tidak berpantang dalam mengambil telur atau ayam, sebaliknya dia mengamalkan pemakanan sihat.

“Semasa menyusukan anak ekzema, saya tidak berpantang dalam mengambil makanan tetapi memilih makanan dan amalkan diet yang betul. Dalam masa yang sama perlu jaga emosi.”

Anak Kena Ekzema, Ibu Jangan Rungsing Sebab Ia Bukan Penyakit BerjangkitBagi anda yang ketinggalan menonton tentang isu ini, boleh saksikan siaran ulangan tentang topik menarik ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 jam 8 malam nanti bersama pengacara Siti Elizad dan Erra Fazira.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI