Anak istimewa Sarjan Mohd Roslan runtun hati warga maya, Muhd Raqin rapat, tidur bersama bapanya. Anak istimewa Muhd Raqin Najmi, 13, mungkin tidak mengerti hidup. Tiada yang tahu apa di fikirannya.
Anak Istimewa Sarjan Mohd Roslan Runtun Hati Warga Maya, Muhd Raqin Rapat, Tidur Bersama Bapanya
Apakah dia faham erti kehilangan tapi tidak mampu menzahirkan? Atau belum menyedari bahawa insan yang amat disayanginya telah pergi selama-lamanya. Semua rahsia Ilahi. Namun yang pasti bukan menjadi rahsia adalah dia kehilangan tempat mengadu dan bermanja.
Tragedi kemalangan melibatkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus – Sungai Lampam di Teluk Intan semalam telah merenggut nyawa sembilan anggota termasuk bapanya Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim.
Ads
Kakak ipar Allahyarham yang enggan dikenali berkata, Mohd Roslan, 46, adalah seorang bapa penyayang dan sangat rapat dengan anak sulungnya itu selain dua lagi anaknya berusia sembilan dan enam tahun.
Muhd Raqin juga sangat rapat dengan ayahnya dan lazimnya mereka akan tidur bersama.
Ads
Malam tadi peluang penghormatan terakhir di FRU Unit 5 Sungai Senam, diberikan sepenuhnya untuk Muhd Raqin menatap jenazah bapanya.
Ads
Semoga Muhd Raqin mampu mengerti yang hidup pasti mati, hanya kenangan indah jadi peneman hati.
Bila saja viral, berduyun-duyun orang datang membeli. Tak kisah harga mahal atau murah, asalkan ia berbaloi dengan apa yang kita dapat.
Sebab itu jangan terkejut, harga mahal sekalipun kita sanggup melabur dan tak anggap itu satu pembaziran kerana ia sepadan dengan apa yang kita makan dan dapat. Tapi sedihnya, bila harga mahal ia tidak berbaloi dengan apa yang kita dapat. Rasa menyesal dan sedih pun ada.
Sebagai peninaga, janganlah letak harga mahal tapi langsung tidak beraloi apa yang pelanggan dapat. Semua ini kena tahu dan faham tentang konsep harga dalam islam seperti yang diterangkan oleh Ustaz Lariba ini.
Isu kerusi plastik dijual dengan harga hampir RM3,000 kerana pernah pemandu F1 duduk di atasnya…
Sebenarnya bukan isu pun.
Tiada isu harga Yahudi, harga Tel Aviv pun (entah dari mana datang perkataan ini), cuma isu jaga mulut sikit, terutama sekali di bulan Ramadan.
Itu dalam hal makanan. Dalam hal kenderaan, contohnya, ada kereta harga murah dan ada kereta harga mahal. Mercedes mahal bukan isu, ada orang yang mampu beli lebih dari satu Mercedes, tak mahal untuk dia, ada orang tak mampu walau nak beli Proton Saga sekalipun.
Allah SWT murahkan rezeki untuk seseorang, Allah SWT sempitkan rezeki untuk seseorang. Ada orang rasa sesuatu harga mahal, ada pula yang rasa ia murah untuk barang yang sama.
Mengenai harga…
Islam wajibkan pasaran yang adil di mana sesiapa saja bebas berniaga apa sahaja, bebas bersaing, semua peniaga boleh letak harga masing-masing.
Dengan syarat tiada monopoli, oligopli dan terdapat free flow maklumat pasaran.
Dengan syarat tiada penipuan, semua barang halal.
Dengan syarat suka sama suka dan persetujuan antara penjual dan pembeli.
Tiada Kawalan Dalam Islam
Tiada had harga dalam Islam. Harga ditentukan oleh penawaran dan permintaan (supply and demand). Dalam pasaran bebas dan adil serta keadaan penawaran dan permintaan yang sempurna, harga diberi nama oleh sesetengah ulama sebagai harga Allah SWT dan harga adalah hak Allah SWT.
Tiada kawalan harga dalam Islam, kecuali aktiviti tas’ir (kawalan harga) oleh ulil amri (pemerintah) bila keadaan memerlukannya untuk barangan asas.
Dari Anas bin Malik berkata : Suatu ketika harga barang telah naik pada zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Maka manusia mula mengadu kepada Nabi seraya berkata: Ya Rasulullah, harga barang makin mahal sekarang, maka tetapkanlah harga untuk kami!
Rasulullah menjawab: Sesungguhnya Allah yang menentukan harga barang, Dialah yang menyempit dan meluaskan dan Dialah sebaik-baik pemberi rezeki, sesungguhnya daku berharap ketika mana daku menemui Allah, tiada seorangpun yang boleh menuntut bahawa dia dizalimi olehku baik berupa darah mahupun harta.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang, orang sanggup beratur panjang dan tak kisah dengan harganya. Sebab mereka tahu ia berbaloi dengan harga. Tapi kalau tak berbaloi, sekali sajalah belinya. Serik.
“Rindu. Genap Seminggu Pemergian Mama”, begitulah luahan pelakon dan pengacara Irma Hasmie yang berkongsi berita duka kehilangan ibunya, Ropitah Robiah yang meninggal dunia pada 27 April lalu. Salam takziah kami ucapkan buat Irma dan keluarga.
Menerusi akaun Instagramnya pelakon itu menyatakan telah genap seminggu pemergian Allahyarham ibu kesayangannya.
“Rindu. Hari ini genap seminggu pemergian mama (6 Syawal 1444, 1:13pm). AlMarhumah Hajjah Ropitah binti Robiah,” tulisnya pada Khamis.
“Rindu. Genap Seminggu Pemergian Mama”
Irma juga turut berterima kasih kepada mereka yang membantu menguruskan jenazah serta mendoakan kesejahteraan Allahyarham.
“Saya dan adik saya Mohd Farooq Hossny ingin sampaikan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua doktor, jururawat dan mana-mana pihak di Prince Court Medical Centre atas setiap rawatan, penjagaan rapi dan layanan yang sangat baik terhadap almarhumah mama kami.
“Begitu juga adik beradik almarhumah mama, ahli keluarga dan saudara mara yang menemani mama hingga saat akhir. Terus memberi semangat pada kami, membantu menyelesaikan urusan-urusan tertentu, prihatin tanpa jemu, berkorban masa dan tenaga, berjaga sepanjang malam bergilir-gilir zikir dan berdoa buat mama,” katanya.
Terharu Terima Banyak Kata Sokongan
Pada perkongsian yang sama Irma juga berasa terharunya apabila menerima banyak sokongan dan kata-kata semangat di saat dirinya dan keluarga berdepan saat sukar.
“Terima kasih semua pengikut dan warga media sosial yang mendoakan almarhumah mama. Walaupun mungkin kita tak pernah bersua atau mengenali secara langsung, ramai yang DM dan saya tak sempat nak respon semuanya.
“Alhamdulillah saya baca dan semoga setiap doa kembali kepada kalian dengan berkat dan kebaikan daripada Allah SWT. Terima kasih dan saya sangat menghargainya,” katanya.
Untuk rekod sebelum ini Irma pernah berkongsi ibunya diuji dengan penyakit kanser. Malah dia juga memberitahu sudah satu tahun ibunya bertarung dengan penyakit terebut.
Ada desas desus mengatakan sebab tersedak susu tetapi sebenarnya punca kematian bayi lelaki, Adam Rayqal Mohd Sufi, berusia lima bulan di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves disebabkan kecederaan di bahagian kepala.
Tiada Sisa Susu Di Kerongkong Bayi
Ini kenyataan daripada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, hasil bedah siasat terhadap mangsa menemui kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri dan pendarahan di bahagian kanan otaknya.
Kalau ikutkan pihak polis masih menjalankan siasatan sama ada bayi itu dipukul, dihempas atau terjatuh ketika berada dalam jagaan suspek. Tiada sisa susu ditemui pada kerongkong mangsa.
Setakat ini, tiada sebarang senjata ditemui berhubung kes ini tetapi pihak polis masih siasat perkara ini.
Fadzil berkata, bedah siasat dijalankan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) bermula jam 9.45 pagi tadi hingga jam 1 tengah hari.
Keterangan Pengasuh Tak Betul
Katanya, dengan laporan bedah siasat itu, ia sekali gus menafikan keterangan awal suspek sebelum ini bahawa bayi berkenaan tersedak susu.
Pada hari kejadian, suspek turut mengasuh dua lagi bayi lain, namun diserahkan kembali kepada ibu bapa mereka.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak sejak dua tahun lalu dan turut mempromosikan perkhidmatannya di laman sosial.
“Siasatan menyeluruh akan dijalankan termasuk berkemungkinan mangsa didera sebelum ditemui mati termasuk motif pembunuhan,” katanya.
Doakan Yang Baik-baik
Malam tadi kononnya Adam Rayqal dilaporkan hilang selepas pengasuhnya dikatakan tersalah serah bayi berkenaan kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai bapanya di Kampung Nakhoda, Batu Caves kira-kira 6.30 petang, semalam. Tetapi rupanya anak kecil itu sudah tiada dan dujumpai dalam peti.
Ya, kematian yang menyayat hati ini agak mencuit emosi kaum mak-mak namun apa pun kita doakan moga Farrah Madihah serta suaminya Mohd Sufi tabah dengan ujian Allah dan segala urusannya dipermudahkan agar pihak yang bersalah dihukum sewajarnya atas kesalahan yang dibuat.
Info: Berita Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.